Tuesday, April 16, 2013

Peria ubat terbaik kencing manis

Harini kite nak bagi petua sikit, eh petua ke, tips la.. perkongsian ni kite baca dari akhbar metro kalau tak silap la. Kalau ada yang tak kenal rupa buah peria, tengok gambar ini ye.

 gambar dari en.google, comel tak?

Ramai tidak menggemari peria kerana rasanya yang pahit. Di Negara ini, sering ditemui dua jenis peria iaitu yang panjang berwarna hijau muda dan bersaiz kecil yang lebih dikenali sebagai peria katak.

Pokok peria mudah didapati di negara beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Langka, Malaysia dan Filipina.

Ia biasanya tumbuh menjalar seperti pokok timun. Sayur peria ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria bermanfaat kepada pesakit kencing manis (diabetes) untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan dalam air kencing mereka. Kaedah paling mudah untuk merawat kencing manis (diabetes) ini adalah minum jus daripada empat atau lima biji peria setiap pagi. Mudah je, boleh buat sendiri kat umah, masuk je dalam pengisar kreng kreng dah siap.

Biji peria yang dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Jika tidak mahu meminum jusnya, penghidap kencing manis (diabetes) juga boleh meminum air rebusan peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.

Daunya pula membantu untuk merawat buasir. Caranya dengan mencampurkan jus daripada daunnya ke dalam segelas susu. Minum setiap pagi selama sebulan manakala akarnya yang sudah dihancurkan boleh disapu ke tempat buasir berkenaan. 

Begitulah al-kisah buah peria yang begitu banyak manfaatnya dari akar, daun dan buah. Tapi nak bagi amaran sikit, buah peria ni pahit. Pahit tapi ubat terbaik untuk mereka yang mengalami kencing manis. Akhir kata, kurangkan manis dalam minuman, tambahankan manis dalam senyuman. 

wasalam.