Tuesday, October 29, 2013

Rahsia Kurus masa berpantang

Pening jugak nak cari tajuk nak update blog ni kan. Alang-alang 2 hari lepas baru timbang berat, jadi tajuk yang terpilih adalah rahsia kurus masa berpantang.  Kenapa ye?

saya kongsikan suatu fakta:

Sebelum mengandung = 46 kg
Berat akhir sebelum bersalin 56 kg
Hari ke-13 = 49.5 kg

Nampak tak berapa banyak kadar penurunan berat badan saya, cewah.. (berbunga-bunga hati). Nak tahu tak apakah rahsianya.. hahaha..Bukan lah rahsia sangat, sekadar perkongsian untuk sesiapa yang nak kurus masa berpantang. Sebenarnya masa berpantang ini la kita ambil peluang untuk turun berat badan sebab ada banyak makanan yang dilarang makan, jadi dengan automatik la kita kurang makan & kita menyusukan baby, semua sedia maklumkan kalau menyusu baby kalori lebih banyak terbakar.

Ikutilah perkongsikan jadual pemakanan saya.

Makan 1 - Sarapan (8.00 a.m)
Makan 2 - Minum pagi (10.30 am)
Makan 3 - Makan tengah hari (1.00 pm)
Makan 4 - Minum petang (4.00 pm)
Makan 5 - Makan malam (8.00 pm)

Pukul berapa tu mungkin ada lari-lari sikit la. Jadual makan saya ini terbahagi kepada 5. Tapi saya sentiasa ingatkan diri supaya makan dalam kuantiti yang sederhana. Contohnya minum pagi saya akan makan roti, saya tak kan ambil lebih dari 2 keping setiap kali saya makan dan apabila waktu makan tenghari atau malam kuantiti nasi saya adalah sederhana, ada orang tua-tua suruh 'ambil nasi banyak sikit sebab tak boleh tambah' tapi saya memang ambil dalam kuantiti sederhana dan memang saya tak akan tambah tapi saya akan lebihkan makan sayur dan ikan. kadang-kadang kauntiti sayur saya adalah separuh daripada kuantiti nasi. Dengan cara ini juga perut saya bertambah lawas, kadang-kadang 2 kali sehari g melambur kat asb hahahaha.. paham-paham je la ye. ini kot sebab saya cepat kurus.

Sarapan pagi macam biasa la, nasik goreng ke, mee hun goreng ke, bubur ke bersama segelas susu.
Minum pagi biasanya saya minum Nestum bersama ESP . Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESP  ataupun 2 keping roti/kueh bersama segelas ESP yang di mix dengan milo/holik.
Makan tengahari biasanya makan nasi, sayur, ikan.
Minum petang biasanya saya suka campurkan susu anlene dengan ESP dan roti atau sebiji buah samada epal ke pair ke atau mkn anggur dan lain-lain.
Makan malam biasanya makan nasi, sayur, ikan.

Saya mengamalkan minum ESP yang boleh dicampurkan dengan minuman lain. Apakah itu ESP?  ESP itu adalah singkatan Energizing Soy Protein iaitu minuman protein soya yang memberi tenaga dan mengelakkan anda dari kelaparan dan keletihan. KLIK pada perkataan ESP untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk shaklee ataupun ingin berkongsi pengalaman anda mengenai penyusuan susu ibu, boleh email hanie di emy_2912@yahoo.com.my atau Call/SMS/WhatApp : 019-6609951 atau boleh like FB Fanpage : rujukvitaminku

Thursday, October 17, 2013

Detik-detik kelahiran baby

Lama nya tak update blog ni. Agak bersawang la sikit. Alhamdulillah semuanya selesai. Setelah 9 bulan membawa perut, akhirnya keluar seorang lagi putera dalam hidupku. Cepat 12 hari daripada tarikh jangka bersalin.
Detik-detik kelahiran baby kedua aku catitkan dalam blog ini sebagai kenangan dikemudian hari dan juga sebagai panduan dan gambaran bagi mommy2 yang sedang menunggu saat kelahiran yang pastinya agak mendebarkan.. walaupun ini anak kedua ku, debaran itu tetap ada, betul la kata orang setiap anak lain sakit bersalinnya.
Bagi aku, melahirkan anak ke dua ini sakitnya tak lama tapi sakit nya agak teruk sikit.. huhuhu
Sabtu (12 oct 2013) Pagi
Mandi dan terlihat sikit darah. Dalam hati. Eh apa tu, darah ke atau salah pandang. Tapi naluri kuat mengatakan itu darah dan dalam hati kata agaknya arini aku bersalin kot.
Sabtu (12 oct 2013) Petang
Aku, suami & abg haq g jalan naik motor, menghirup udara petang di kampung, siap singgah makan ABC & tapau burger.
Sabtu ( 12 oct 2013) magrib
Nak mandi & terlihat darah bercampur lendir memenuhi pantyliner. Emm... dalam hati berkata, "aku nak beranak dah ker?" Risau, sesudah mandi tanya suami, kalau keluar darah campur lendir ( tanda-tanda awal nak bersalin) "boleh solat lagi ke"?. Suami kate kalau darah tak keluar berterusan boleh. "Ok, pas isyak la kite g hospital, ayg dah kuar tanda dah ni"
Sabtu (12 oct 2013) isyak
Minta pendapat mama & suami samada nak terus pergi ke hospital ke tidak sebab rasa macam malas je sebab tak da rasa sakit lagi. Diaorang kata tunggu sakit nanti baru pergi... oraittt :)
Sabtu (12 oct 2013) 10.00
Mula contraction pukul 10 dan semakin kuat dan air ketuban meleleh pada pukul 10.30? Suami kate "ayg kencing kot". "emmm xkan la ayg kencing.. air ni xleh tahan dia keluar je" (takkan la aku nak kencing dalam bilik pulak) Dengan pantas nya bersiap untuk ke hospital sebab contraction semakin kuat... tapi dalam perjalanan ke hospital sempat singgah petrol pump lagi.
Sabtu(12 oct 2013) 11.30
Tiba di kamar bersalin, salin baju dan doctor cek jalan 3cm baru buka,  buat ujian CTG (carta gerak jantung baby), ya allah, masa tu memang dah sakit, mula-mula baca 'lahaulawalakuwataillabillahialiilazim' dari bacaan nya 8 kali, 10 kali sampai 13 kali.. peh lama tu sakitnya. Bila nurse nak buka alat kat perut tu, dia kata, "kuat jugak contraction awak ni". Lepas itu nurse bagitau doctor dan cek jalan 4cm dan baby dah turun.
Sabtu (12 oct 2013) 12.30
Ditolak ke labour room, dipasang alat CTG dan ada seorang doctor cina masuk untuk cek jalan.. aduh, leceh la kataku dalam hati. Nurse kate doctor pation ni baru je cek jalan tadi. Jadi no need. Maka xjadi la dia nak cek. Alhamdulillah..
Ahad (13 oct 2013) 1.30
Masyallah.. keadaan sakit yang tak tertahan, baby dah sampai bawah tapi jalan tak bukak, contraction semakin kuat, minta nurse epidural, nurse kata gerak jantung baby tak cantik. Aduhhhhh.. hanya ayat-ayat suci alquran je la jadi peneman dikala kesakitan yang teramat itu. Suami ada tapi tak panggil lagi sebab ikut kate doctor 1 jam 1 cm.. jadi pukul 6 pagi la aku bersalin,paling cepat pun pukul 4 atau pukul 5, masyaallah..
Ahad (13 oct 2013) 2.00
Ya allah, tak tertahan sakit, cakap dengan nurse tak tahan sakit, cek jalan baru buka brape tah, tapi yang ingat nurse kata tak pe saya tolong, pastu pesan mengiring ke kiri, tangan sebelah tarik punggung dan teran bila ada contraction bagi buka jalan. Nurse tinggalkan kite sorang-sorang pastu kata akan datang kejap lagi.
Ahad (13 oct 2013)2.15
misi-misi.. adoohhh.. nurse tu kata 'ya allah aku terlupa budak ni' ... sabar je la, dia boleh lupa aku tengah sakit tapi tak pe... jalan dah buka 8 cm teran- teran tak kuar, die tolong buka kan jalan tu, nurse sorang lagi tolong tolak perut dari atas, sorang lagi tolong pegang kaki, aku teran teran sampai terberak, nurse bersihkan dengan cepat, "teran-teran, berak-berak, sikit lagi, ok pandai teran, bagus, teran panjang sikit, berenti ambik nafas sambung teran, cepat kepala dah nak keluar,  bagus, cepat" suara misi memberi semangat, memang terasa as a team la time tu.hahaha sebab tak sempat nak panggil suami, dah sakit sangat dah time tu. Akhirnye keluar juga kepala baby, aku dah keletihan sangat, nurse kata eh teran lagi badan belum keluar, teran-teran keluar juga badan dan uri..
Itulah kisah baby Muhammad ilman ziqri yang dilahirkan pada jam 2.50 pagi hari ahad.

Wednesday, October 2, 2013

Tanda-tanda nak bersalin (awal kelahiran)

Assalammualaikum

Harini kite dah 37 minggu, macam biasa cek up setiap hari rabu. Setelah mengecek bagai, jumpa la misi, 

'Ibu sihat?
'Banyakkan makanan seimbang'
'Sekiranya ada tanda nak bersalin cepat-cepat ke hospital'
'Ambil vitamin setiap hari'

uit.. berat badan kite turun..aisyyy compius.. tak lama lagi ke ni.. 

Bagi ibu yang pertama kali melahirkan pastinya pelbagai perasaan di dalam hati, rasa gembira sebab nak sambut orang baru tapi seram sebab tak tau macam mana sakitnya.

Kite ni anak yang kedua pun tak tentu arah rasa, gembira, seram pun ada tapi alhamdulillah pengalaman menjadikan kite lebih tenang.

Masa anak sulung kelahiran berlaku pada 38 minggu. 

Apakah tanda-tanda kelahiran yang saya alami?
1. Keluar lendir cair yang banyak tidak berwarna tiada bau, jadi kebetulan hari yang keluar lendir tu misi datang melawat rumah, dia suruh ke hospital, waktu tu pagi lagi. Bila sampai hospital dah cek doktor kata bukan air ketuban cuma discaj (keputihan), disuruh balik pada waktu petang (5.30pm).

2. Malam tu (9.30 pm) kite dan suami pergi makan KFC, naik kat tingkat 2, jenuh ibu mengandung naik tangga, dalam pukul 11 pm terasa sakit dibahagian bawah perut, tegang, kejang dan macam senggugut pun ada. Sakit tu berterusan dan agak lama, kite tahan sampai berpeluh-peluh hingga pukul 12.30am, kejut suami sebab dah tak tahan sakit, kite rasa dah tiba masa untuk bersalin, terus ke hospital. Bila sampai, cek jantung baby (CTG), doktor seluk baru buka 2 cm, servik masih tebal dan tinggi, rupanya tu tanda kelahiran 'Braxton Hicks'.

 ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar. 

Kontraksi Braxton Hicks:

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
info Baby center

Lepas tu ditolak ke dalam wad, sakit yang teramat sangat tu dah hilang tapi bermula petang, sakit tu datang semula, sakit di bawah perut, tegang, kejang dalam setengah jam sekali, semakin malam semakin kerap 15 minit sekali, sakitnya sekejap-sekejap, pukul 12.30am kite dah tak tahan dan panggil misi & doktor, cek-cek dah bukak 5 cm, doktor pun pump ubat kat buntut dan tak lama tu kite buang air besar, ditolak masuk labour room, call suami, Doktor kata sejam bukak 1 cm biasanya bagi kelahiran pertama, yup.. memang betul, bila saat nak melahirkan tu tiba kita akan tahu, sakitnya lebih teratur, lebih lama, 10 minit sekali, 5 minit sekali, lebih tetap. Masa ni hanya ayat alquran yang membuatkan kite lebih tenang disamping suami disisi menemani. sakitnya hanya tuhan je yang tahu, 10 kali ganda dari senggugut, 

Antara tanda-tanda lain nak bersalin (awal kelahiran)
1. Keluar cecair seperti lendir bercampur darah
2. Kerap buang air kecil ini kerana kepala baby dah ke bawah, jadi rambut baby tu membuatkan kite punya pundi kencing geli dan asyik nak kencing je. 
3. Kerap sakit pinggang dan punggung, 
4. Keluar air, kadang-kadang ada kebocoran air ketuban, jadi bila anda rasa keluar air macam lendir sikit tu sila pakai pad dan terus ke hospital. 
5. Berat badan statik ataupun berkurangan.
6. Perut di bahagian atas terasa lebih ringan dan kosong.

Sekiranya ada tanda-tanda sebegini, itu bermakna anda perlu berhati, adakah masa anda dah tiba? anda akan tahu sendiri. Tak da siapa boleh bagitau waktu yang spesifik untuk anda bersalin tau. 

Kesempurnaan bagi seorang wanita itu apabila kita boleh melahirkan zuriat, waktu terindah dan sangat hampir dengan allah. 

Tuesday, October 1, 2013

Demam ketika mengandung Episod 2

Siap berpisod bagai yer...
Demam ketika mengandung Episod 1
Sambungan

Hari Khamis
Malam rabu lebih kurang 11.30 malam ditolak masuk ke wad 2-4 katil no. 24, sampai je ke wad tu sebenarnya kite dah siap-siap mandi kat dalam toilet kamar bersalin, walaupun toiletnye kecik, gagahkan jugak la mandi sebab badan melekit, ingtakan tak dapat wad, rupanya dapat jugak, dapat la kite tidur dengan selesa malam tu. Malam ni, kite tido dengan mengigil sebab kesejukan, mesej suami pukul 3 pagi, suami tak perasan sebab penat tertidur, mesej adik pun sama, alamak tahan je la. Masa tengah tidur misi ada datang cek perut, tekanan darah, masuk antibiotik kat tangan. Khamis siang ni suhu badan kite dah ok dah, 36.5 darjah, bila doktor datang kite tanya, doktor, bila saya boleh keluar, dia cakap "eh nanti dulu"... adeh lemah je dengar, kat wad ni kite di bagi ubat batuk, padahal tak batuk pun tapi doktor tu kata untuk elak kite dapat batuk, isy-isy pelik-pelik je, dah asyik makan ubat je, tidur je la keje ku, sampai pening sebab banyak sangat tidur. Anak kite yang kecik Muhammad Haq Uqasha yang 2 tahun tu ada datang melawat. Ala cian anak mama, tidur malam dengan ayah, sepanjang duduk kat hospital aku cekalkan hati untuk tidak menangis merindui sekecik tu, walaupun hakikatnya rindu sangat, kiteorang tak pernah berpisah waktu malam selama dia dilahirkan.. aik masa tulis blog pulak meleleh air mata ni.. huhuhu... rupanya kite lebih kuat dari yang disangka.. Malam khamis ni tak dapat tidur sangat sebab ada baby kecik yang baru lahir, jadi suara die menangis kuat sangat, jerit sambil meneran, cian baby tu, baru nak sesuaikan dengan dunia baru.

Hari Jumaat
Rutin pagi doktor pakar datang melawat dari satu katil ke satu katil, pagi tu doktor cakap suhu badan awak dah ok, nanti petang cek suhu kalau ok, petang ni awak dah boleh discaj... ya allah, alhamdulillah syukur, gembiranya dapat kuar, yang dalam bilik tu, 3 orang la yang dapat kuar. Kawan-kawan satu bilik tu sorang je yang dah melahirkan, yang lain di tahan wad sebab kencing manis, darah tinggi, uri bawah & saya demam. Wad Hospital Melaka selalu je penuh, ada yang kene duduk atas kerusi, kesian betul. Mentang-mentang la nak kuar hospital, tengah haritu makan jugak la makanan yang hospital bagi, kalau tak kite tunggu husban bawakan nasi. Alhamdulillah, petang jumaat pukul 5 lebih dapat keluar.

Sekian sahaja pengalaman ibu mengandung ini kene tahan wad. Lepas ni kalau demam ibu-ibu mengandung sila la makan ubat yang diberi, mungkin kite rasa kite boleh tahan lagi tapi hakikatnya baby kat dalam pun demam jugak, kesian kat baby. Daripada kene tahan wad masuk air, masuk antibiotik kat tangan, baik kite telan ubat, sakait kene cucuk ni. huhuhuhu..