Skip to main content

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense


Alkisah 29 Jun 2021

Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat. 

Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting. 

Kronologinya seperti ini 😅

**30 Oct 2020

Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit. 

Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara) 

**5 May 2021

Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target ni barulah iklan boleh masuk ke dalam video kita dan dari situ kita akan dapat duit. Tapi ada syarat lagi. Ingat senang ke dieorang nak bagi kita duit 😅

Bermula lah episod meletakkan iklan dalam setiap video yang ada. Masa nak letak iklan ni ada beberapa perkara la kita nak kene cek. 


** 22 May 2021 (tarikh ni ingat2 lupa tapi dalam bulan yang sama)

Alhamdulillah.. ada satu Video masak saya yang dapat tontonan yang sangat tinggi dengan izin Allah & saya dapat 10 dollarzz. Bila kita punya akaun ada 10 d tu baru pihak google akan pos no pin.


** 28 Jun 2021 

Sampailah no pin dirumah. Tapi bila tengah malam, jadi bingung sebab tak reti nak masukkan. Aje ler mauttt. Jadi kita tunggu esok pagi, sifu saya akan ajar macam mana nak masukkan no pin. Sifu saya ni Cik Orkid.. Dia lah yang banyak bagi tunjuk ajar dan semangat don give up dalam buat you tube ni... jangan lupa like & subscribe channel beliau k 😉

Family memang sangat banyak membantu sebab skill memasak kita biasa2 jek kn. 😆

Sekian, 

Sebelum terlupa pada yang mebaca post saya ni saya SARANKAN buatlah you tube channel. Rakam lah apa-apa yang berfaedah tak kisah lah masak ke, travel ke, tanam pokok ke, pasal kerja ke, life seharian ke sebab ianya boleh menjana pendapatan. Dalam Covid-covid ni kita istirehat sambil melayan PDPR dan buat video. Janakan pendapatan.  Tak payah pakai telefon canggih pun tak pe. Kalau tengok telefon saya masa pertama kali merakam dan sehingga kini memang sedih dengan retak dah berline hitam ditengah. Xpe.. boleh jek lenjan. 

Saya rasa rugi kalau saya tak bagi tahu pada semua kenalan saya. Sebab benda ni memang boleh buat duit. Bukan scammer bukan skim cepat kaya. Memang bukan senang tapi ianya berbaloi.

Sekian, kalau ada apa-apa nak tanya boleh komen dibawah ye.. 

wasalam.

Jangan lupa tonton video2 masak saya, like & subscribe & komen 

Jangan skip iklan 😉





Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...