Friday, August 28, 2015

Hernia, bagaimana nak atasinya?

Hernia a.k.a bahasa orang kampung iaitu angin pasang. Saya nak pesan banyak-banyak, bagi sesiapa yang ada hernia, baru muncul hernia tu ke, anak kita yang ada hernia ke, sila lah rujuk kepada doktor bagi dianosis benda tu dulu. Jangan lah terjah kepada bomoh ke ubat-ubat kampung ke. Bagi doktor bertauliah menjelaskan apa hernia tu, punca dan bagaimana cara merawatnya. Lepas dapat penjelasan yang sepatutnya, ada ilmu sikit tentang penyakit itu, barulah kita fikir nak buat apa, kalau nak berubat kampung silakan.

Al-kisah operation anak saya terpaksa ditunda berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau batuk sikit. Bagi pakar bius, batuk seleseme atau demam sikit pun tak boleh sebab ianya melibatkan paru-paru memandangkan usianya yang kecil.

Banyak ilmu yang saya korek daripada en.google, Alhamdulillah ianya terang dan nyata bagi saya supaya saya tak panik atau kalut menghadapinya. Bagaimana nak atasi hernia ini, hanyalah dengan pembedahan sahaja bagi menutup saluran/dinding yang terbuka yang membuatkan usus atau bendalir melaluinya. Kalau ubat kampung wallahualambisawab. Tapi ikut pengalaman saya ianya melalui urutan. Walaubagaimanapun, hernia anak saya semakin teruk, merah dan membengkak serta sakit. 


Sekian sahaja, wasalam...

Thursday, August 27, 2015

#Cabaran31hari, Meriahnya Tabika Kemas Bertam Malim B Sambut Merdeka

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Dengan tema 'Sehati Sejiwa' bulan kemerdekaan pada tahun ini, Tabika Kemas Abg Haq tidak ketinggalan memeriahkan kawasan tabika dengan bendera dan poster. Sungguh teruja mama rasa setiap kali hantar Abg Haq Ke sekolah.


Gambar di atas adalah lambang bendera yang dicorakkan daripada cop tapak tangan setiap pelajar di tabika kemas ini termasuk cikgu dan pembantunya sekali. Cop tangan Abg Haq ada pada warna biru. Abg Haq beriya-iya bagitahu mama cop tanggannya berada di nun atas sekali. Tarikan begini membuatkan pelajar kat situ suka sangat dengan sekolah. Masa bulan puasa yang lepas diaorang ada buat biskut. Memang best la sekolah tabika ni kan bukan takat belajar akademik je tapi macam-macam aktiviti.



Ini lah buah hati pengarang jantung intan belian mama. Sekarang macam-macam pandainya. Kalau mama nak marah pada adiknya, dia akan kata "mama, jangan marah, ilman kan kecik lagi" ataupun "mama, ilman kan adik abg, jangan lah marah dia". hehehe Besar dah anak mama sekarang. Tak sia-sia mama bulatkan tekad untuk hantar Abg Haq ke sekolah walaupun beusia 4 tahun. 



Friday, August 21, 2015

#Cabaran31hari, Cedera ringan akibat bermain bola

Assalammualaikum dan selamat malam.

Bersiaran dari atas katil jam 11:21 malam sambil menjaga anak yang cedera ringan tapi membuatkan mama risau. Masa saya dalam perjalanan pulang ke rumah, pengasuh talifon memberi tahu kepala anak saya berdarah akibat botol kaca jatuh atas kepalanya. Suaranya seakan cemas tapi dia kata ada luka sikit. Walaupun sikit bila dengar botol kaca memang lah risau. Saya tak bertanya banyak, saya cuma kata 'ok kak saya dah nak dekat sampai'.


Apabila tiba je kat rumah pengasuh, nampak abg haq ceria je, alhamdulillah, lega hati saya. Al-kisah rupanya-rupanya Abg Haq bermain dekat beranda rumah, ada beberapa botol hiasan yang diletakkan tinggi atas rak, bola melantun ke arah itu, lalu botol kaca jatuh atas kepala Abg Haq, botol tu tak pecah tapi kepalanya yang berdarah. walaupun koyak lebih kurang setengah inci tapi luka tu dalam. Kepalanya terkena bucu botol kaca empat segi. 

Apa yang merisaukan mama, pengasuh dah letak ubat gamat pada luka tapi bila beberapa jam selepas kejadian darah masih tak kering. Dulu masa tangan saya kene parang, mak saya letakkan serbuk kopi dan darah memang cepat kering. Tapi bila dicari-cari takda pula kopi serbuk halus dirumah, yang ada kopi uncang yang mana serbuknya tak berapa nak halus. 

Buntu saya dibuatnya. Akhirnya cari punya cari terjumpalah minyak gamat, Alhamdulillah, Sebelum Abg Haq tidur saya bersihkan darah, letak minyak gamat pada kapas dan balut kepalanya. Bila tengok macam dasyat sangat tapi cedera ringan je.


Dulu orang tua saya selalu marah kami main bola dalam rumah. Kini saya faham kenapa. Ruang yang terlalu kecil memang tak sesuai malah merbahaya. Selalu bila Abg Haq main bola dalam rumah, saya akan pesan, jangan sepak tinggi-tinggi. Tapi rasanya lepas ni sepak rendah pun tak boleh. Asal bola je kene main kat luar. Kalau main kereta kontrol ke barulah boleh main dalam rumah, 

Sebelum mengakhiri coretan pada malam ni saya ingin kongsikan 9 tanda anak kurang nutrisi. Lepas baca poster ni boleh cek pada anak masing-masing ye. Sekian wasalam.

Klik gambar untuk lebih jelas

Hernia Dikalangan Kanak-Kanak

Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai hernia dikalangan kanak-kanak. Kenapa hernia ye? sebab anak saya bakal menjalani pembedahan untuk menutup bukaan kecil yang menyebabkan air atau usus nya terkeluar lalu jelas kelihatan pada telur (testis). 


Pada raya cina tahun 2015 iaitu awal tahun haritu, telurnya besar sebelah, mula-mula takda risau sangat tapi lama kelamaan ianya semakin membesar. Beliau kerap pegang sebab rasa tak selesa tapi bila mama tanya sakit atau tak? beliau kata tidak sakit. Bila telurnya besar sebelah, telur yang sebelah lagi semakin kecil dan menghilang.

Kami mencuba rawatan alternatif iaitu pergi berurut, keesokkan harinya ianya makin teruk, telurnya menjadi merah dan sakit. Dengan segera saya membawanya ke hospital. Doktor kata bahagian telur jangan diurut kerana takut mendatangkan bahaya. Kami diminta rujuk kepada pakar di Hospital Melaka. Akhirnya doktor memberi penerangan sama seperti penerangan artikel dibawah ini 

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.


Pakar bedah kanak-kanak di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin berkata, sesetengah bayi memang dilahirkan dengan beberapa bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya.


Tetapi pada sesetengah kes, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan tisu-tisu berhampiran menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia. Kata beliau, hernia kanak-kanak lazimnya berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya.


Hernia jenis ini boleh ditutup dan selalunya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Cuma kadangkala, tisu-tisu boleh terjerut di dalam bukaan dan tidak boleh ditarik semula kepada kedudukannya yang asal. Artikel Penuh


Alhamdulillah dari penerangan doktor tersebut baru lega rasanya. Cuma kami diminta buat appoiment untuk hari pembedahan. Oleh sebab pembedahan yang akan dijalankan itu memerlukan pesakit dibius penuh, maka pesakit tidak boleh demam, batuk dan seleseme dalam tempoh 2 minggu. 

Al-kisah tarikh untuk buat pembedahan iaitu pada 3hb Sept 2015, tapi pada 20/8/2015 beliau batuk dan seleseme sikit. Terus upkan dos Chewable Vita C sebanyak 3 biji dan bagi Vita-lea For Kids sebagai multivitamin supaya antibodi lebih kuat. Anak saya apa lagi, suka je sebab dapat tamin lebih, biasanya saya beri sebiji vita c dan sebiji vitalea jew. 

Pada 28hb Ogos, kami akan jumpa lagi sekali pakar bius untuk tahu sama ada boleh buat pembedahan atau terpaksa ditangguhkan. Akhir kata, bukan tidak boleh kita mencuba rawatan alternatif tapi seelok-eloknya rujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu untuk kesahihan. Bagi saya ini adalah pengajaran buat diri saya dan keluarga yang kononya nak cepat elok. Padahal sesuatu itu boleh mendatang bahaya kepada anak saya. 

Sekian, Wasalam. 

Thursday, August 20, 2015

Betul ke PetPet direka semula dengan keselesaan tambahan?

Assalammualaikum

Saya adalah pengguna lampin pakai buang PetPet sejak anak sulung dan sekarang anak kedua saya yang berumur 1 tahun 10 bulan juga masih menggunakan PetPet. Sejak harga lampin pakai buang itu dari harga RM29.50 masa anak sulung iaitu tahun 2011 naik hingga ke RM34.50 pada tahun 2015(after GST) saya masih menggunakan lampin pakai buang PetPet kerana keselesaan anak saya dimana lampin tersebut tebal dan pengudaraan yang bagus. Anak saya jarang kene ruam apabila memakai lampin pakai buang Petpet. Dari segi harga PetPet yang semakin mahal, bagi saya keselesaan anak saya lebih penting. tapi......????


Tapi kenapa saya rasa PetPet mengecewakan saya?

Bagi mereka yang biasa menggunakan lampin pakai buang PetPet pasti mereka akan setuju dengan saya. Lampin terbaru ini nipis, memang berbeza dengan PetPet yang lama. Ianya mudah renyok, apa ye istilah yang sesuai digunakan.. emmm.. dilema pula.. apa-apa pun, dengan slogan "PetPet direka semula dengan keselesaan tambahan" saya rasa ianya benar-benar mengecewakan. Ianya seperti lampin pakai buang yang murah dan tak berbaloi dengan harga.

Kalau begini lah kualiti yang diberikan kepada kami pengguna setia bertahun-tahun lamanya. InsyaAllah saya akan berpaling tadah..... sejak terkena bulan lepas beli PetPet (Julai 2015), shopping bulan Ogos 2015 ini nampaknya akan pilih yang lain kot.

Bukan untuk menjatuhkan, ini adalah sekadar pendapat individu sahaja. Ini adalah hak pengguna untuk memilih. Argghhhh.. siapa ada stok lampin pakai buang PetPet lama boleh jual dengan saya.huhuhu...

Sekian, wasalam.

Monday, August 17, 2015

Rahsia Wanita Turun 20kg Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan selamat petang.

Topik 'kurus' dipilih pada petang ini kerana saya rasa berat badan saya telah naik sikit. Alhamdulillah mengikut seperti yang direncanakan. Saya nak gemuk sikit dari berat asal 46kg. Sangat kurus bagi saya yang ada 2 anak ni. Kalau capai 50kg tu dah sedap dipandang lah mengikut perkiraan saya.

Berbalik kepada rahsia nak turun berat badan. Saya nak kongsi rahsia saya, mudah je nak turun berkilo-kilo. Kacang putih je, cewah berlagak pula kan. Antaranya caranya adalah :
1. Kurangkan makan fast food.
2. Masak dirumah supaya mudah untuk mengagak garam, minyak dan sebagainya.
3. Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
4. Jauhi air berkarbonat.
5. Minum lebih air putih.
6. Bersenam ringkas.

Belanja gambar sekeping
Sebenarnya banyak lagi, tapi kekurangan masa nak tulis ni. Apa kata kita tengok video wanita ini. Bagaimana beliau boleh turun 20kg selepas bersalin? Adakah sebab berat anak yang dikandung itu dah takda atau sebab makanan dalam pantang tak berapa sedap? Jom intai

Sebenarnya kurus dan disiplin amat berkait rapat. Bila berdisiplin semua pun boleh. Jadi, marilah kita tetapkan matlamat untuk mendapatkan berat badan yang seimbang supaya kita dapat menjalankan kerja seharian dengan mudah, nak beribadah pun tak tergangu, suami pun suka, badan pun sihat. 


Saturday, August 15, 2015

Sukanika Tabika Kemas Taman Bertam Malim

Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Harini saya nak abadikan cerita sukanika sekolah Abg Haq iaitu Tabika Kemas Taman Bertam Malim. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran bagi ibubapa dan pelajar serta nama untuk cabutan bertuah.

Selepas itu, bermula lah sukan bagi pelajar tabika kemas ini. Acara pertama yang dijalankan iaitu namanya lari bawa aiskrim tapi bukan bawa aiskrim betul, ianya adalah lari sambil bawa kon yang diletakkan dengan bola. Seronok tengok anak2 bersungguh-sungguh berlari. 

Acara kedua adalah acara ayam bawa telur. Ianya adalah acara dimana pelajar-pelajar ini akan kepit bola dikelengkang dan dibawa sambil melompat. Pada pandangan saya acara ini tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak kecil sebab mereka penat nak kepit bola sambil lompat, asyik2 bila terlepas. Bolanya besar pelajar semua kecik-kecik. Nampak anak-anak ni penat sangat. Ada yang tak nak lompat, mereka lari je. 


Acara ketiga adalah isi air dalam botol. Ha, part ni memang ramai yang teruja. Mereka akan berlari ke baldi ambik span celup air dan lari ke botol dan isi air. Bukan anak-anak je yang terjerit-jerit malah ibu bapa pun teruja. 


Acara ke empat adalah pecah belon. Seorang ketua akan dipilih untuk memecah belon dan dijarakan dari kumpulannya. Setiap ahli kumpulan akan diikat belon pada peha. Ahli kumpulan akan berlari ke ketua dan ketua akan pijak untuk pecahkan belon. Lepas belon pecah mereka akan berlari dan pas pada ahli kumpulan yang lain. Nampak mudah tapi payah belon nak pecah sebab ianya diikat tinggi. 


Itu sahaja 4 acara untuk anak-anak ini. Masa yang diambil adalah selama 1 jam 30 minit. Ada juga acara untuk ibu/bapa bergandingan dengan anak-anak iaitu isi air dalam botol sambil mata ibu/bapa diikat. Jadi anak-anak kene pimpin ibu/bapa ke baldi dan seterusnya ke botol. Saya dan Abg Haq ikut serta dan kami terpilih untuk pusingan kedua malangnya kami kalah. Tak pe lah syg, asalkan.Abg Haq enjoy. 

Sukanika ini diakhiri dengan sambutan Majlis Hari Raya kecil-kecilan(last day raya). Sekian. Wasalam

Friday, August 14, 2015

Memantau Kerja-Kerja membuat cerun

Cukup panas cuaca pada harini, rasa kulit menrenyam-renyam dek panas matahari. Macam manalah nanti panas akhirat kan, Ya Allah, takutnya. Sekarang saya memantau kerja-kerja 3 buah cerun di sekitar Daerah Alor Gajah. Dari satu tempat ke satu tempat. Berada dibawah panas tu perkara biasa bagi kami yang kerja sebagai kuli-kuli ni. Redha je la, saya yang memilih bidang ini, memang serasi dengan jiwa saya. Penat ke panas ke tetap kene tempuh dan kita kerja lillahita'ala. Yang penting niat sebagai ibadah, jadi kita tak lah dapat penat je malah kita dapat pahala. 

Tetiba je petang ni nak cerita pasal kerja saya pulak kan. hehehe sebab ni tengah kepenatan baru balik dari site. Nak tidur tak lelap pula jadi kita story mory lah kat blog. Jom tengok sikit kerja saya di site. 

Gambar dibawah ini adalah kerja-kerja membuat tembok penahan untuk mengelakkan dari cerun tersebut runtuh. Tembok penahan yang dibina ini adalah dari jenis "Rubber Pitching". Nampak macam mudahkan, hanya susun-susun batu sahaja tetapi tahukah anda dibawah batu itu ada asas konkrit yang diletakkan bersama besi, tujuannya adalah supaya tanah tersebut tidak mendap akibat batu-batu besar yang disusun di atasnya.
  

Gambar kedua ini pula adalah permulaan kerja untuk membina tembok penahan dari jenis "Rock Filling". Cerun ini adalah lebih tinggi dan keluasan cerun lebih lebar, jadi kaedah rock filling ini sesuai digunakan. Ianya lebih murah sedikit dan menjimatkan masa. 


Inilah sebahagian daripada kerja-kerja yang saya lakukan. Berada dibawa panas matahari menyebabkan kulit saya menjadi kering dan kerana kering itulah detiknya saya terjumpa vitamin shaklee. Saya mencari penyelesaian kepada masalah kulit saya. Alhamdulillah jumpa shaklee, Saya mula membeli vitamin shaklee, makan dan kesannya nampak dalam masa 3 minggu. Memang terasa syukur sangat. Dulu bahagian tepi mulut memang nampak ketara kekeringannya apabila saya memakai bedak. Tetapi setelah amalkan vitamin shaklee ianya totaly licin, tak kering dan tak mengelupas lagi walaupun asyik berjemu kat site. Alhamdulillah saya suka sangat. Rasanya banyak kali dah kongsi cerita ni tapi tetap nak cerita jugak. hehehehe. 

Masa pertama kali dulu saya beli set D iaitu ada Vitamin C, vitamin E dan B complex. Set D ni memang untuk kulit a.k.a set kecantikan. Sejak merasai keberkesanannya saya mula tambah vitamin-vitamin lain seperti ESP dan Alfalfa untuk masalah kulit dan keputihan. Keputusannya juga memberangsangkan. Sejak itu saya makin yakin dengan shaklee. 

Itulah kisah beberapa tahun lepas iaitu tahun 2012. Kini saya masih amalkan vitamin shaklee dan masih lagi berkongsi melalui blog ini. 

Sekian sahaja celoteh saya pada harini. Wasalam. 


Wednesday, August 12, 2015

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah syukur akhirnya saya dapat menghabiskan puasa 6 saya dan harini kiranya hari raya untuk saya. Oleh itu, sempana menyambut hari raya ini, saya buatkan jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan satu opis. Terlaksana niat nak belanja kawan-kawan bila habis puasa ni. Semuanya berjalan dengan lancar.

Menu jamuan raya tadi adalah Nasi Lemak dan rendang, lepas tu ada biskut raya berserta jajan. Jom saya belanja satu gambar.



Ada kisah disebalik nasik lemak ni tau. Al-kisah niat dihati memang nak tempah awal nasi lemak ni, punya lah sibuk sampai tak sempat nak pergi. Nak dijadikan cerita, pukul 7.00 pagi tadi saya berjalan kaki pergi ke gerai sambil dalam hati sebut 'Ya Allah minta-minta Cik Julie buka" berulang-ulang kali sebut. Alhamdulillah buka tapi nasik lemak yang ada cukup untuk 15 orang sahaja. Masa dalam kereta risau takut-takut tak cukup. Dalam hati kata "Ya Allah minta-minta cukup" banyak kali sebut. Akhirnya cukup juga. Ramai staff pergi kursus makanya semua dapat makan. Alhamdulillah.... Allah sentiasa ada untuk saya. Syukur sangat-sangat. 

Sebelum mengakhir story mory pasal puasa dan raya saya ini, saya nak akhirinya dengan berkongsi sebuah poster yang sepatutnya saya kongsi masa bulan ramadan lagi tapi kesibukan melanda jadi saya kongsikan pada harini la ye. Sekian wasalam.

Klik untuk gambar lebih jelas



Tuesday, August 11, 2015

Hari Terakhir Bepuasa 6 Di Aidilfitri

Assalammualaikum dan selamat pagi

Alhamdulillah harini hari yang ke 6 saya berpuasa di hari raya aidilfitri tahun 2015 ini.  Tak sangka saya akan berpuasa 6 pada tahun ni. Tiba-tiba bila dalam radio bercerita pasal fadhilat berpuasa 6 tu terus saya terdetik dan bermonolog sebegini 'eh, aku nak puasa 6 lah, selain dapat fadhilat berpuasa sepertimana berpuasa setahun dapat jugak aku ganti puasa'. Alhamdulillah syukur sangat, semoga harini berjalan dengan lancar. 

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. -Abu Anas Madani-
Harini saya sahur makan nasi berlaukkan sambal sotong, baki lauk waktu berbuka semalam dan semestinya kawan baik saya yang memberi tenaga kepada saya sepanjang hari berpuasa iaitu minuman fav ESP. Harini saya buat ESP plain sahaja.


Sambal sotong dan ayam kunyit oleh Hanie



Monday, August 10, 2015

Sahur dengan roti telur cheese

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Bersiaran dari rumah pada jam 5.53 a.m. Harini menu sahur wastern sikit iaitu roti telor cheese, agak berselera sikit sahur harini ye sebab jarang-jarang buat roti telur ni. Cheese ada dalam freezer, jadi sagat la sikit, bertambah-tambah kesedapannya, al-maklumlah pencinta cheese. hehehehe


Harini selain Roti Telur Cheese, macam biasa minuman fav saya mesti ada iaitu ESP yang dicampurkan dengan bijirin nestum. Memang perut terasa kenyang, penuh... Alhamdulillah. Anda nak tahu kenapa saya suka minum ESP. Jom lihat poster ini ye. 



Wednesday, August 5, 2015

Puasa 6 Di Aidilfitri Sahur Dengan Meggi Kari

Assalammualaikum dan selamat pagi, bersiaran diwaktu 5.30 pagi harini dan dalam keadaan tengah kepedasan makan meggi kari. Tertanya-tanya pula sejak bila meggi kari ni pedas bebenau ye. Nampak sangat dah lama tak makan meggi kari ni. 

Harini hari kedua saya puasa 6 dan di harapkan sempat lah nak menghabiskannya sebab bulan syawal dah tak lama je lagi. InsyaAllah sempat. Menu sahur harini adalah 3 biji kurma, secawan ESP, dan semangkuk meggi kari. Hajat di hati untuk makan kurma dan minum ESP sahaja tetapi bila terrrpandang meggi ni macam sedap je kan, so kita buat je lah. Sebenarnya tak membantu pun makan meggi ni, so sila jangan tiru aksi makan meggi ni ye. Sila lah tiru menu makan kurma dan minum ESP, memang sangat-sangat bangus. 



Makan kurma semasa sahur adalah sunnah rasulullah s.a.w. ianya penuh khasiat dan memberi tenaga kepada kita. Jom kita baca sikit apa kata en.google tentang kurma dari blog akuinginsukses

Nilai Nutrisi dari Kurma

Kurma merupakan sumber beragam vitamin dan mineral. Kurma merupakan sumber energi, gula, dan serat yang baik. Mineral penting seperti kalsium, zat besi, fosfor, sodium, potassium, magnesium, dan zinc ditemukan pada kurma. Kurma juga mengandung vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folate, vitamin A dan vitamin K. 

Dipetik dari blog sedakasejahtera


  • Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?
  • Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
  • Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?
  • Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?


Setakat ini sahaja entry untuk kali ini. Wasalam

Monday, August 3, 2015

Khasiat Mahkota Dewa untuk seorang wanita

Harini saya terkesima dengan bicara seorang tua yang saya gelar Haji. Dari perbualan mereka saya dapat menangkap satu perkataan. Haji kata kepada seorang staff 'perempuan umur 35 tahun ke atas kene banyak makan ulam-ulam, kene jaga kesihatan dan blablabala'. Ayat pendek tu je yang saya dapat tangkap. Oh.. mereka sedang berbicara pasal Mahkota Dewa

Ayat tersebut terngiang-ngiang kat kepala saya. emmm.. kenapa perempuan je, lelaki pun sama. Adakah sebab dia sedang berborak dengan perempuan atau pun sebab lelaki akan nampak lebih gagah bila semakin berusia. Selesai menghadap komputer saya pun menyampuk, kata Haji 'Mahkota Dewa ni sangat bagus untuk kencing manis, buang toksin dalam badanm, elak kanser dan banyak lagi. Mahkota Dewa ni kalau dekat Indon memang glamour untuk perubatan tradisional tapi kat Malaysia agak kurang'Perkara itu diiyakan oleh kakak sebelah. Dari perbualan dengan mereka timbul satu hasrat untuk mengamalkan perkara-perkara tradisional yang selalu nya saya malas nak buat. Mungkin faktor umur yang masuk 30-an ni kot.  

Di akhir perbualan kami Haji berpesan 'buka google cari dan baca khasiat Mahkota Dewa ni dan amalkan. Haji bagi kakak sebelah buah Mahkota Dewa yang telah dikeringkan oleh sebab kakak ada kencing manis walaupun muda lagi. Saya pun ambil kesempatan mengecek sikit. hehehe

Pertama kali minum air Mahkota Dewa

Rujukan dari blog buahmahkotadewa2u 

SIFAT DAN KHASIAT MAHKOTA DEWA

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun. (Perlu di rebus dahulu bijinya)

Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid. Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi). 
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan

Rujukan dari blog herbadantumbuhan.blogspot 

Keseluruhan bahagian dari tumbuhan biji, buah, daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama-herba-herba lain untuk mengiatkan kesannya dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota Dewa rasanya agak manis adalah perludiingatkan bahawa ianya tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubat. Ianya merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut.

Sebenarnya banyak lagi blog-blog yang menyediakan informasi mengenai Khasiat Buah Mahkota Dewa ni, taip je kat google. Niat dihati nak tanam pokok Mahkota Dewa ni, InsyaAllah akan diusahakan. Nantikan sambungan cerita pokok Mahkota Dewa saya ni k. Wasalam. 

31 Entry Di Bulan Ogos #Cabaran31hari

Assalammualaikum dan selamat petang 

Harini tiba-tiba saja saya terniat untuk mengimarahkan lagi blog saya dengan cerita-cerita hidup saya, keluarga saya, vitamin saya dan tips-tips dari saya. InsyaAllah dengan cabaran kepada diri saya ini blog rujukvitaminku akan lebih meriah dan tiba-tiba rasa macam banyaknya perkara nak kongsi bersama. hehehe.

Jadi sepanjang bulan Ogos 2015 ini setiap tajuk akan bermula dengan #Cabaran30hari. Sebelum ini ada rakan blogger buat so kita tiru lah. Benda baik tiru is dibenarkan, jangan benda buruk ye.  

Dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim kita mulakan ye. 

Cari ideal nak tulis blog