Friday, July 25, 2014

Jadual pam yang betul banyakkan susu ibu

Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki yang allah bagi. Stok susu ibu untuk ilman yang baru je saya pam di ofis sebentar tadi. Pukul 6 pagi pam susu ibu tapi sekadar pam angin keluar. Sekiranya ini terjadi pada anda jangan kecewa. Saya bila tengok botol masih kosong. Saya ucapkan alhamdulillah.. allah bagi kita sedikit masa untuk merangsang hormon kita. Kita bagitau badan kita 'i need more milk'... saya perlukan lebih susu ibu, lebih!! Dan sememangnya  tujuan saya pam susu ibu itu pun dengan harapan akan dapat banyak susu pada jadual mengepam seterusnya. Dan ini lah hasilnya.


Disini saya ingin tekankan kepada ibu bekerjaya yang ingin menyimpan susu ibu, pam ikut jadual yang anda buat/tetapkan. Misalnya saya akan pam pada jam 6pagi , 9pagi , 12 tengahari, 3 petang. Biasanya jam 6 pagi, saya pam dapatlah 1 atau 2 auns. Sikit kan, tapi takpe. Kita dah ransangan untuk mendapat lebih banyak susu ibu pada jam 9 pagi dan hasilnya jam 9 pagi saya dah dapat 6 auns (bulan puasa). Andai kata anda masih dapat sikit juga, jangan risau, ucap alhamdulillah dengan senyuman. Insyaallah akan dapat lebih pada jam 12 thari nanti. kalau boleh hari-hari ikut jam yang sama anda pam. Kalau lah boleh ye sebab kita bekerja tak tentu masa untuk pam kan. Yang penting SILA PAM!!

Dan satu yang saya dapat rasakan sendiri bila kita tenang, susu ibu akan terhasil dengan lebih banyak. Oleh itu jangan stress, banyakkan selawat zikir. Doa banyak-banyak supaya susu ibu kita banyak melimpah ruah. tak gitu. hihihi


Thursday, July 10, 2014

Rahsia ibu menyusu kekal aktif di bulan ramadhan

Sebagai ibu yang masih menyusu badan, sebelum tibanya bulan ramadhan saya risau, takut-takut produktiviti susu saya akan merundum. Walaupun dah berlatih 2, 3 kali puasa sunat, tetapi hati tetap rasa gusar. Saya memang nak sangat menyusukan anak saya sehingga 2 tahun. 

Harini hari ke 12 berpuasa di bulan ramadhan, saya dah boleh menarik nafas lega. Alhamdulillah susu saya maintain, tak lah meriah dan melimpah ruah tapi cukup untuk si kecik saya tu. Apakah rahsianya? cewah.

Masa hari pertama berpuasa, ya allah memang berkeroncong perut waktu tengahari lepas menyusukan anak. Awal-awal mula berpuasa maka terlupalah vitamin nak ambil, ESP pun tak sempat nak minum. Begitulah 2, 3 hari berikutnya masih belum dapat menguruskan masa dan keadaan dengan betul. My hero 2 orang tu pun ikut bangun sahur sekali, tak ke kacau bilau pepagi tu. 

Biasanya waktu sahur saya akan ambil 2 gelas air masak, 1 biji vitamin C Shaklee, sesudu madu dan beberapa biji kurma. Masuk hari ke 4 kalau tak silap sy, Performance Drink yang saya order untuk bulan puasa telahpun sampai, dan saya nekad untuk minum minuman elektrolit tersebut setiap hari. Memang bertambah tenaga, aktif buat kerja tetapi bila petang mulalah berkeroncong perut saya ni. Mak saya kata 'ko kurus tak de lemak tu yang berkeroncong perut'..ye ke tidak idok tahu ler.. hihihi 
Kemudian hari berikutnya saya mula ambil ESP satu sudu, susu yang terhasil lebih pekat tetapi masih terasa lapar waktu petang. 

Hasil pam susu pada pukul 4.30pm

Jadi beberapa hari berikutnya saya pun cuba ambil 2 sudu esp di waktu sahur. Lepas makan nasi saya akan minum ESP (letak 2 sudu)  Ya allah, alhamdulillah. Memang aktif dan bertenaga sampai ke petang, perut keroncong tiada lagi. Ini lah rahsia saya sebagai ibu menyusu untuk kekal aktif sepanjang menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan ini. 

Menu wajib saya ketika bersahur adalah
 Nasi, 
Segelas ESP(2 sudu), 
Segelas air performance, 
 air putih,
1 biji Vitamin C Shaklee
 sesudu madu 
beberapa biji kurma

Insyaallah kalau tiru menu saya ini, anda juga akan aktif bertenaga seperti saya. Bukan tak terasa letih dan lapar, cuma nak elak perut berkeroncong bergendang yang boleh mengundang gastrik je. 


Thursday, July 3, 2014

Makanan terbaik untuk kanak-kanak yang berpuasa

Makanan memberi kita tenaga sepanjang hari. Oleh itu, makanan yang hendak diberikan kepada kanak-kanak yang berpuasa haruslah dititik beratkan bagi membolehkan kanak-kanak itu melakukan aktiviti harian mereka. Walaubagaimanapun kita boleh melatih anak mengikut kemampuan mereka. Jom ikuti sedikit coretan mengenai makanan terbaik bagi si manja anda. 

- Makanan seimbang
Makanan seimbang yang lengkap  dapat memberikan tenaga kepada si kecil yang berpuasa. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu ditambah dalam setiap hidangan untuk melengkapkan khasiat dan memberi tenaga kepada mereka yang berpuasa. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar bagi memastikan mereka mendapat khasiat sepenuhnya untuk keperluan badan mereka sepanjang berpuasa.

- Makanan berserat
Pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia membuatkan anda lambat lapar. Ia juga baik untuk penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula  memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang. Yang penting pastikan menu makanan mereka adalah makanan kaya serat ketika berbuka dan bersahur.

- Protein dan kalsium
Daging, ikan, ayam, kekacang, susu atau produk tenusu adalah sumber protein penting untuk tumbesaran anak anda sekali gus merupakan sumber untuk protein dan kalsium yang dapat membantu mereka mendapat khasiat dan tenaga secukupnya ketika berpuasa. Berikan susu ketika sahur dan hidangkan ayam goreng kegemaran mereka ketika berbuka pasti merka cukup bertenaga sepanjang hari-hari berpuasa.



- Karbohidrat
Nasi adalah makanan ruji yang tinggi karbohidrat. Ia dapat memberi tenaga kepada si kecil anda yang berpuasa. Namun jika mereka tidak gemar makan nasi, gantikan dengan makanan jenis yang sama berdasarkan piramid makanan seperti mi, mihun, pasta, roti dan bijirin.

- Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi. Ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi  sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya. Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mngandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.

- Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan  dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.

Sumber : pama

Anda juga boleh memberikan memilih milk shake untuk dicampur dalam minuman untuk anak anda supaya anak mendapat nutrisi yang lengkap walaupun di bulan puasa. Mealshake adalah multivitamin berperisa vanilla.. hebat.. terasa seperti makan aiskrim pula ye.. 



Tuesday, July 1, 2014

Petua buang lendir untuk kanak-kanak dengan daun ketumbit

Petua buang lendir ni bukan sahaja boleh digunakan kepada kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh. Al-kisah ilman kene asma dan nafasnya berbunyi. Dah masuk sepital 3 hari pun masih ada bunyi, lendir/kahak tu tak reti nak buang. Tapi alhamdulillah dekat paru-paru nya dah tak da lagi, tu yang doktor benarkan balik rumah. Jadi cara alternatifnya adalah menggunakan petua yang menggunakan daun ketumbit ini selain turut makan ubat yang dibekalkan oleh pihak sepital. 

Cara menggunakan daun ketumbit ni adalah petik 5, 6 helai daun, basuh bersih dan ambil sedikit kapur makan, gesek ditapak tangan dan akhirnya akan keluar lendir maka kita sapu didada dan belakang badan. Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas lagi ye...


Ada sesiapa yang tak kenal daun ketumbit, ini lah dia, rupanya macam rumput ditepi-tepi rumah yang menyemakkan tapi banyak khasiat tu.
 

Sekian sahaja entry kali ni, sebenarnya entry kali ini sangat lah menguji kesabaran sebab ayatnya telah didraf lebih awal, bila masukkan gambar melalui handset semua ayat tu hilang.. sabar je kan.. hihihi.. tak pe lah..