Wednesday, January 29, 2014

Breastpump Knapsack/Backpack untuk ibu menyusu

Semestinya banyak barang yang perlu dibawa oleh ibu menyusu badan yang bekerjaya apabila datang ke pejabat. Saya pernah tulis satu entry dimana saya bergondoh gandah membawa barang ke opis, dengan beg tangan, cooler bag & pam yang besar gedabak.
 
Kini saya dah temui jalan penyelesaiannya dengan membeli  Autumnz - Breastpump Knapsack/Backpack(M).. taraaaa.. tengok semuanya akan saya sumbat dalam satu beg.

Gambar dibawah... daripada 3 kepada 1.

Autumnz - Breastpump Knapsack/Backpack ni berfungsi untuk menyimpan pam dibahagian bawah dan bahagian atas, kita boleh letak cooler beg.  Autumnz - Breastpump Knapsack/Backpack(M) merupakan beg sandang macam beg budak sekolah tu, yang membezakannya adalah dekat bawah tu ada tempat simpam pam yang bersaiz agak besar seperti sepctra saya tu dan dibelakang  Autumnz - Breastpump Knapsack/Backpack tu ada lubang untuk keluarkan soket... berbaloi beli, harganya pun ok jew.

Autumnz - Breastpump Knapsack/Backpack(M) ini saya beli dengan harga rm75.00 sahaja.

Semoga perkongsian saya ini membantu ibu-ibu baru yang sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengepam susu di pejabat nanti. Waallahualam.



Monday, January 27, 2014

Keistimewaan penapis air shaklee

Yeehhh.. jag penapis air shaklee saya punya dah sampai.. Terlampau teruja sampai tak sempat-sempat nak tunggu balik rumah nak buka.. 

Saya belum pasang lagi, belum sempat ye, nanti kalau dah pasang saya muaturun demo cara pemasangan jag penapis air shaklee yang semestinya sangat mudah. 

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR SHAKLEE


SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.




HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Keistimewaan yang lain adalah yang hanie rasakan adalah harganya yang murah jika nak dibandingkan dengan penapis air jenama lain dan penapis air ni mudah alih, maksudnya senang nak dibawa kemana sahaja.


Friday, January 17, 2014

Cerita susu ibu : Tanggapan orang mengenai ibu menyusu

Tak tau la apa ye tanggapan orang melihat saya bergondoh-gandah bawa barang-barang utk pam susu badan tiap-tiap hari, tangan kiri kanan pegang barang, bahu pulak sangkut beg tangan sebelah lagi sangkut beg isi susu ibu.

Entah la saya pun tak paham dengan perasaan sendiri, kenapa saya malu lalu depan orang bawa barang-barang untuk pam susu tersebut. Rasa macam orang pandang kita lain je. Alahai..malu nya.. Selalunya saya akan pergi ke opis tumb print dulu. Pastu kalau dah tiba nak pam baru la saya pergi ambil dalam kereta. Masa tu dah tak ramai orang, jadi tak da lah saya malu nak hangkut barang-barang tu.



Ya allah berilah aku kekuatan untuk mengatasi perasaan ini sesungguhnya apa yang engkau berikan itu adalah yang terbaik untuk aku.. Saya cekalkan hati, mungkin ini permulaan je. 

Mungkin sebab ini kat opis tu nisbah lelaki dengan perempuan 2:10(P/L).. Jadi kita tak biasa tengok keadaan gondoh gandah tu kan.hihihi.. Saya selalu mengharap minta-minta jangan ada orang perli saya sudah la. Semoga perjuangan penyusuan susu ibu saya ini berjalan dengan jayanya. 

Untuk mengatasi masalah ni saya akan beli satu beg yang boleh masukkan semua. All in one, dah survey dah tadi. Alhamdulillah harganya mampu milik. Huhuhu.. semoga lepas ni saya akan lebih comfident lagi, tidak stress dan susu badan makin banyak. ibu menyusu badan ni tak boleh stress sangat nanti boleh menyebabkan penghasilan susu badan berkurangan. Jadi jaga emosi anda ye.



Monday, January 13, 2014

Cabaran berpantang dan membesarkan anak

Terbaca coretan hati seorang kawan blogger saya, beliau seorang ibu yang menyusu badan sepenuhnya, duduk di luar negara, bersalin secara czer, suami sibuk dengan kerja dan kesukarannya untuk bergerak, nak kencing sakit dipundi kencing dan berpantang sendiri, tiada yang menguruskannya, anak sulung pula tu... Masyaallah

Subhanaallah, alhamdulillah, allahuakbar.... tetiba je timbul rasa keinsafan dalam diri saya, ya Allah, betapa aku bersyukur kepada mu ya allah ya rahman ya rahim. Allah menguji sahabaat saya sebegitu, beliau seringkali menangis malam hari tika bangun melihat anak menangis mahukan susu ibu, bergenang juga air mata membacanya tetapi hati beliau sangat cekal, sehingga kini masih menyusu badan sepenuhnya kerana beliau percaya dan yakin pemberian allah itu adalah yang terbaik untuk anaknya, cabaran itu adalah pengalaman indah buat seorang ibu yang bersusah payah untuk anaknya.

Saya seorang ibu yang menyusu badan yang berpantang dalam keadaan yang senang, emak saya menatang saya bagai minyak yang penuh (betul ker peribahasa tu ek) emak saya masakkan untuk saya, mandikan anak saya, pakaikan bengkung, emak pakaikan pilis, buatkan air susu, siapkan air mandi, alhamdulillah ya allah, saya cuma duduk dan menyusukan bayi masa baby nak susu. tu je yang saya buat. Ya Allah Saya rasa sangat bersyukur sangat.

Semoga semua ibu-ibu yang berpantang dan menyusu badan supaya cekalkan hati untuk menyusukan badan sesungguhnya hanya allah sahaja yang membalas jasa kalian. Kalau kita rasa susah sesungguhnya ada orang lagi susah daripada kita... Waa..menaip pun nak sedih ni.. 

  Muka beberapa jam selepas melahirkan ilman

Ilman berusia sehari 

Sekarang Ilman berusia 3 bulan dan beratnya alhamdulillah 5.6kg dan masih menyusu badan sepenuhnya. Ya allah berikan hanie kekuatan dan kemudahan untuk menyusukan ilman sehingga 2 tahun. Amin.



Tuesday, January 7, 2014

Kesilapan cara simpan susu ibu untuk perjalanan yang jauh

Kekurangan ilmu pengetahuan mengenai susu ibu, rasanya dah abis baca mengenai susu ibu tapi bila sampai masa, eh macam mana nak bawa susu ni balik ye?? ting tong ting tong, alahai sayangnya, susu ibu kalau cair, kene habiskan dalam masa 24 jam. Sejak hari itu saya telah mengurangkan waktu untuk saya pam susu.

Oh tidak, saya dah belajar dari kesilapan. Ini la kesilapan saya, motivasi diri saya menurun akibat kekurangan ilmu mengenai susu ibu, tak tahu cara nak bawa balik susu ibu, saya sepatutnya dah siap sedia dengan ilmu tersebut sebelum berjalan jauh. Oleh sebab itu saya nak berkongsi cerita ini kepada ibu-ibu di luar sana supaya mereka dapat pengajaran yang berguna dari kesilapan saya ini. 

Saya ketika itu berada di Jitra, Kedah (duduk selama 1 bulan) hendak ke Morib, Selangor, (duduk disitu 3 hari) kemudian baru balik ke Melaka. 

 Gambar dari bilik saya di Morib Gold Cost Resort

Kesimpulan cerita susu ibu yang saya bawa dengan perjalanan yang jauh dari Kedah ke Selangor tidak cair TETAPI dari Selangor ke Melaka, susu ibu yang saya baru terperasan adik saya letakkan dalam bonet, separuh jalan saya keluarkan susu ibu telah separuh cair, aduhhhh, silap besar ye bila kita simpan susu ibu dalam bonet kereta walaupun dah letak banyak ais ia tetap cair kerana perjalanan kami pada waktu siang dan matahari tinggi mencacak. Sedihkan.

Nantikan entry saya seterusnya dalam tentang cara yang betul untuk simpan susu ibu untuk perjalanan yang jauh. Alhamdulillah kawan-kawan banyak membantu saya dalam misi saya untuk menyusu badan secara exclusive selama 2 tahun. Insyaallah.