Thursday, May 6, 2021

Daripada jual vitamin kini saya menjadi you tuber

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. 

Harini 24 ramadhan 1442h, cuaca sejuk sebab hujan dan redup je. Lama tak menulis dalam blog ni. nama blog ni pun saya dah tukar daripada rujukvitaminku kepada emyilhamie. Nama blog ini ditukar adalah kerana dulu blog ini diwujudkan sebab saya mula berjinak-jinak dalam menjual vitamin Shaklee.

Namun beberapa tahun kebelakangan ni saya beli untuk makan sendiri dan tidak lagi berjual. bila diimbas kembali coretan diblog ni ada 440 posting telah saya buat bermula 2014 hingga 2018. Gigihnya saya ketika itu, kagum seketika dengan diri sendiri. Banyak posting yang saya buat terpaksa saya kembalikan kepada draft dan tidak publish atas sebab-sebab tertentu. 

 Kini keterujaan saya beralih kepada you tube pula. Alahai teruja pulak nak cerita, semalam you tube saya dengan nama emyilhamie telah berjaya mencapai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh you tube iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Alhamdulillah, syukur sangat akhirnya doa saya termakbul. itulah keberkatan bulan ramadhan kan. syukur alhamdulillah. Kalau senang nanti boleh la ke you tube saya. 

Saya memilih content berkaitan masakan. Saya keliru jugak nak pilih nak buat content apa? mula-mula saya buat pasal keje tapi agak bosan sebab siang hari saya dah bekerja, tak kan la masa lapang saya nak cerita pasal kerja. Fikir punya fikir, akhirnya saya memilih untuk buat content yang lebih dekat dengan saya, yang saya buat hari-hari iaitu memasak. 

Memasak ni pun saya dibantu oleh adik dan mak saya sebab mereka lebih pakar (Terima kasih ye). Perlahan-lahan saya belajar memasak dan membuat kek, ada juga buat kuih tradisional seperti lepat pisang, karipap dan buah melaka, daripada tak tahu, sekarang dah ok sikit. hehehe
Sekian sahaja coretan saya pada hari ini. lain kali kita berjumpa lagi. sekian.