Thursday, April 30, 2015

Puasa di bulan Rejab, melatih diri sebelum bertemu ramadhan

Alhamdulillah terjaga juga harini untuk bersahur setelah beberapa hari kunci jam tapi tak terjaga. Aisyyy.. macam mana bila tiba bulan ramadhan nanti, susah nak bangun, Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini, kuatkan semangatnya. 

Sebab itu dikatakan bulan rejab ini sebagai bulan persediaan bagi kita untuk menghadapi ramadan. Bersedia dari segi apa? dari segi amalan, mula bulan rejab ni kita praktis bangun malam bertahjud, paling tidak pun kita buat 2 rakaat pun jadi lah, lagi banyak lagi bagus. Lepas solat tahajud tu boleh kita berzikir sikit-sikit. Sampai tertidur pun tak pe.

Selain itu, kita perlu bersedia dari segi mental. Haritu masa 1 Rejab saya berpuasa, jadi apabila saya dah lama tak puasa, saya rasa agak letih walaupun pada hari tersebut saya tak pergi ke site/kerja luar, saya hanya buat kerja di pejabat. Agak-agak kenapa tu? Sebab itu kita perlu bersedia dari segi mental dan sentiada la ingat Allah. saya suka sebut Ya Allah, kuatkan semangat aku Ya Allah. Menyebut Ya Allah seolah-olah saya dapat semangat untuk bertahan. Sentiasa la sebut Ya Allah blablabla, Ya Allah blablabla, cakap je apa nak cakap dengan Allah, Allah maha mendengar rintihan hambanya. Dugaannya, kawan depan dok mengunyah kerepek pisang dan jajan seangkatan dengannya, yang belakang buat air nescafe semerbak bau satu pejabat. Tapi Alhamdulillah dapat juga saya berbuka petang tu.   

Azza, Hanie, Radiah, Naimah - Gambar raya tahun 2013

Bersabar adalah yang paling utama. Masa berpuasa bukan sahaja melatih diri berlapar mengenang nasib mereka yang susah tapi melatih sifat sabar seseorang. Jadi banyakkan istigfar, cakap macam senang kan, sabar sabar tapi bila teruji tu, hanya Allah je tau, lagi2 orang seperti saya yang menjaga bahagian aduan. pehhhh... sabau je lah. 

Harini hari khamis (30 April 2015) hari kedua saya mengganti puasa, baki ada 6 hari lagi. Jenuh juga nak mengganti puasa ye. Setakat ini sahaja, nantikan latihan berpuasa saya dibulan rejab pada entry selanjutnya. Bye bye

Friday, April 10, 2015

Anak sembelit teruk, bagaimana nak atasainya?

Sembelit memang macam satu mimpi ngeri, kalau boleh tak nak kena betol tak? itu kita yang dewasa kata, bagaimana pula dengan anak kecil yang menghadapi sembelit, Ya Allah kasihan sungguh, tak sanggup rasanya nak biar anak kita kene sembelit ni kan. Jom tengok video ini, apakah cara kita nak atasi sembelit ini?

Bagi ibu bapa yang buntu mencari ubat atau petua untuk atasi sembelit teruk yang dihadapi oleh anak, boleh mencuba Mealshake dari shaklee untuk masukkan sekali dalam senarai keperluan untuk anak selain buah-buahan dan makanan harian. 

Anak juga boleh diajar supaya lebih kerap mengambil air kosong dan galakkan makan buah-buah dan sayuran. Pelbagaikan makanan harian supaya mereka mendapat khasiat yang mencukupi.