Monday, March 30, 2015

Mesyuarat Agung Tabika Kemas Bertam Malim B

Hujung minggu haritu saya dan suami terpaksa rela pergi kalau tak Abg Haq akan menangis seharian. Abg Haq: Mama, cikgu suruh datang sekolah. 
Mama : kalau tak pergi boleh tak? 
Abg Haq : ala... (muka nak nangis)
Jadi , terpaksalah mama pergi.


Ilman pun ikut sekali. Memang bising la suara Ilman, siap menyanyi-nyanyi lagi. Yang paling best, si bijak mama ni mengopek apa yang cikgu tampal kat dinding, puas la ayah melayannya. Ilman kopek ayah tampal, ilman kopek ayah tampal, kene marah, menangis bapak kuat. hihihi.

Abg Haq ada kat dalam bilik mengala, ada pertandingan mewarna tapi macam biasa Abg Haq tak menang. hihihi Oleh sebab yang datang setakat 8 Orang ibu/bapa maka kami saumi isteri dengan automatiknya terpilih untuk menjadi AJK. Tak kisah la, kalau ada masa kita turun, Insya Allah. 

Bila ditengok takwim, KEMAS ni memang banyak aktivi la, bagus juga, mengeratkan hubungan ibu bapa dengan cikgu dan ibu bapa kanak-kanak lain. Nantikan aktiviti Tabika Kemas pada entry-entry seterusnya okey. wasalam.

Wednesday, March 18, 2015

Bagaimana Ilman memperngaruhi Abg Haq untuk makan pedas

Asal merah je dah tak nak, padahal kalau spegeti tu merah je lebih bukan pedas pun kan. Itu lah situasi yang dialami oleh Abg Haq, anak sulung saya. Kini Abg Haq dah sekolah. 

Biasanya saya akan puji anak-anak tak kisah lah dieorang buat benda seperti kemas mainan ke atau lap air tumpah ke, "pandainya kemas mainan sayang mama ni, baiknya sayang mama tolong lap air tumpah". Bila puji salah sorang, sorang lagi macam excited nak buat juga supaya dapat pujian. Begitulah, saya tak pasti anak orang lain bagaimana pula situasinya.

Jadi dengan usia Abg Haq yang kini masuk 3 tahun 6 bulan (betul tak aku kira ni) perasaan tak nak kalah tu memang sentiasa ada, lebih-lebih lagi dengan Ilman, memang Abg Haq suka nak menang, nak no. 1 dalam apa-apa hal. Kalau mama puji Ilman, kadang-kadang jeling je dari jauh, nak tengok apa yang Ilman buat tu sampai mama puji.



Jadi dengan usianya begini, saya selalu puji Ilman bila suap makan pedas, Ilman tak luek balik. "Pandai anak mama makan pedas, Ilman kuat, Ilman dah besar" Abg Haq kalau dengar mama puji Ilman macam tu, dia terus cakap "abg nak juga", padahal dulu memang bangkang habis pedas-pedas ni. hihihi. Jadi, nampak tak bagaimana taktiknya mama nak buat supaya Abg Haq terpengaruh untuk makan pedas. Alhamdulillah sekarang dah boleh la makan pedas sikit-sikit. 


Thursday, March 12, 2015

Kelebihan kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten

Saya adalah pengemar kepada ESP. Apa yang membuatkan saya jatuh cinta adalah sebab ia membantu saya untuk alas perut ketika saya sedang sibuk. Mula-mula untuk alas perut, lepas tu rasa kulit macam best je kan. Senang cerita anda cuba baru tahu,. hihihihi  Harini saya nak kongsi apa kelebihan kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten.

1. Mengekalkan awet muda kerana asid amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50 ribu jenis protein dalam badan, 20ribu jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit.

2. ESP mengandungi hormon berasaskan tumbuhan semulajadi. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavoid. Isoflavoid membantu dalam mengurangkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan mencegah penyakit jantung.

3. ESP membantu memulihkan fungsi prostat lelaki. Genistin dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada  merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat dan keupayaan seksual lelaki terpelihara.
4. ESP mencantikan dan menganjalkan kulit. Esp merangsang regenerasi kulit, otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

5. Memulihkan pigmentasi. ESP membantu melanbatkan proses uban, membantu mengurangkan rambut gugur, menyelesaikan masalah rambut, pigmentasi dan jeragat.

6. ESP memberi tenaga segera. ESP membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. Oleh itu, ia memulihkan keletihan, migrain, insomia dan tekanan serta gejala yang berkaitan seperti kebingungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

7. ESP membantu menguatkan memori, ia adalah kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yang cukup.

Protein ESP  yang bermutu tinggi pasti berbeza dari soya-soya yang ada dipasaran. Ramai yang telah mencuba ESP ini dan jatuh cinta. Sekiranya anda pula ingin mencuba,Boleh hubungi saya di 019-6609951 (wasap/sms) untuk maklumat lanjut.

Saya adalah pengedar sah shaklee yang berada di Melaka dan pos keseluruh Malaysia.


Tuesday, March 10, 2015

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah. 

Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.  

Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat.

1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih. 
   
2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam atau sotong). Saya suka siap cincang, potong-potong, nanti nak masak terus masuk je.


3. Cili dah siap blender, jangan bubuh air banyak masa blender, bila kurang air, jimat masa menumis. Boleh mesin untuk masak dua minggu, asingkan 2 bekas, seminggu masuk kat chiller, seminggu masuk kat frezeer. Untuk elak cili berbau dan berlendir kalau lama sangat dalam chiller tapi kalau yang tempat chiller nya memang cukup sejuk, itu boleh la letak. Saya tak pasti boleh guna tak cili yang dah blender dalam tempoh yang lagi lama contohnya sebulan ke sebab yang biasa mak saya buat adalah 2 minggu.

4. Kalau nak perap ayam atau ikan, boleh siap-siap gaulkan rempah dan simpan dalam bekas dan letak dalam chiller. 

5. Gunakan bekas yang mudah dilihat dari luar (transparent) supaya mudah nak tengok apa benda dalam bekas tu.

Itulah 5 tips masak dengan cepat untuk sediakan lauk dalam masa seminggu. Ada lagi satu, lagi best, contoh kalau masak asam pedas, bila kita dah siap-siap tumis bawang cili semua sebelum masuk ikan, asingkan dulu kuah, jadi bila lain kali kita nak makan asam pedas, keluarkan kuah dari frezeer, cairkan terus masuk ikan. waaaa... sangat senang kan.

Al-kisah bagaimana saya dapat tips ni, mak saya yang ajar. Dulu masa duduk Sarawak, kawan-kawan ayah suka suruh mak masakkan kuah asam pedas sebelum mereka pergi memancing di tengah lautan, jadi bila dapat tangkap ikan, siap basuh semua masukkan je dalam kuah asam pedas tu. Haaaaa, sedapkan makan ikan fresh atas kapal. Begitu lah kisahnya.

Banyak lagi nak kongsi tapi lain kali lah, kita tulis entry lain. Teruskan melawat ke blog saya ni, InsyaAllah saya akan penuhi dengan cerita best. Wasalam.

Sunday, March 1, 2015

Majlis Bacaan Yassin Tabika Kemas Bertam Malim

Alhamdulillah saya diberi kelapangan masa untuk hadir ke majlis bacaan yasin Tabika Kemas Bertam Malim yang diadakan di Tabika Kemas Bertam Malim A bersebelahan Majlis Kg. Bertam Malim. Dalam Majlis ini dibuat bersekali dengan Tabika Kemas Bertam Malim B (sekolah Abg Haq). Ibu bapa dijemput hadir.

Walaupun begitu, kehadiran gabungan kedua-dua tabika ini tidak lah memberangsangkan. Nasib baik la dijemput sekali orang-orang masjid sebelah, terasa lah ramai sikit. Kalau tak, ada lah 7, 8 ketol manusia. Hihihihi.. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan ataupun terlupa.

Majlis bacaan yasin ini berlangsung selepas magrib (27hb feb), jadi saya ambil kesempatan untuk solat di Masjid bersebelahan dengan Tabika tersebut.

Abg haq cukup teruja jumpa kawan-kawan, bermain kejar-kejar sampai songkok baju basah akibat peluh. 3 orang yang aktif dan bising tu rasanya bagai 10 orang plak yang bermain. Sesekali Abg Haq masuk ke dalam tabika jengah mama ada ke tak lepas tu sambung main lagi pastu jengah lagi..  hihihi risau mama balik tingalkan dia lah tu.

Makanan yang dihidangkan sedap dan saya yang dah makan kat rumah pun makan lagi. Cuma Abg Haq makan 2 suap je dah kenyang, sebenarnya Abg Haq leka nak bermain dengan kawan-kawan.