Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Cara Mudah Buat Apam Perisa Coklat

Apam coklat kukus ni bila makan rasa macam kek coklat pulak, sedap & nak buat pun senang. Ni cubaan yang pertama dah menjadi. Alhamdulillah. Bahan-bahan *Susu pekat 1 cawan *Minyak masak 1 cawan *Gula 1 cawan *Air 1 1/2 cawan (Masak atas api hingga ada bubble kecik, xperlu sampai mendidih kemudian biarkan, gunakan bahan bila dah suam) Klik sini :  cara buat apam Telur gred A 2 bij (pukul hingga kembang) Bahan kering Tepung gandum 1 1/2 cawan Serbuk coco 1 cawan Baking powder 1 sudu kecil Soda bikarbonat 1 sudu kecil Kacau rata bahan kering kemudian campur dengan bahan yang kita masak, campurkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali campurkan dengan telur. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Gaji Youtube Beli Iphone

Assalammualaikum dan selamat pagi.  Harini saya nak kongsi gaji you tube yang saya dapat dan belum pernah dikeluarkan lagi sehingga bulan September 2021 ni.  Ini pula iphone yang saya beli menggunakan duit you tube cuma tambah 1k sahaja untuk mencukupkannya.  Alhamdulillah, syukur sangat. Rasa lebih bersemangat pula nak buat video lepas ni. 

Haq Uqasha Masuk Usia 10 Tahun

Buah hati mama dah masuk usia 10 tahun pada 9 September 2021 haritu. Alhamdulillah syukur mama ada bersama Abg Haq dikala usia 10 tahun. Semoga Allah panjangkan usia Abg Haq, Mama sentiasa doakan Abg Haq menjadi anak soleh, jadi hamba allah yang taat, berjaya di dunia dan akhirat. Doa dan restu mama sentiasa mengiringi Abg Haq.  Hadiah birthday Abg Haq, mama beli juga walaupun Abg Haq kata tak yah sebab tak nak susahkan mama, Abg Haq kata xda hadiah pun tak pe.  Ni masa Abg Haq bagi mama hadiah cokelat birthday mama tahun 2020. Abg Haq pakai duit dia sendiri Walaupun mama kata Abg jadi anak yang baik, itu je yang mama minta, tak yah bagi mama hadiah pun tak pe, tapi dia tetap nak juga bagi hadiah. Abg Haq kata mama bagi abg macam-macam, untuk kali ni Abg nak juga bagi mama hadiah. Terima kasih sayang mama.

kuih ketayap atau kuih gulung

  Kuih ketayap atau nama lain yang selalu dipanggil adalah kuih gulung. Kuih gulung ni selalu di hidangkan untuk minum petang. Bahan-bahan Tepung gandum 2 cawan Tepung ubi 1 sudu besar Minyak masak 2 sudu besar Telur sebiji Air + Air pandan 2 1/2 cawan Pewarna hijau Garam #malayfood #kuihtradisional #resepidapuremy Klik sini : video cara buat kuih ketayap

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...

Kari Mamak Seafood

Assalammualaikum Menu kita harini Kari Udang Sotong a.k.a seafood ala mamak tapi versi melayu. Kita masak ni ikut lah citarasa masing-masing. Kang ikut tegak resepi tu orang umah tak makan pulak 😅 Bahan-bahan Udang/sotong Bawang putih 1 biji Bawang putih 3 ulas Halia seinci Bawang holand 1 biji Rempah kari daging babas 2-3 sudu Serbuk cilik 1 sudu (pilihan) Serbuk kunyit 1/2 sudu Daun kari Air asam jawa Klik sini : Video Cara Buat Kari Mamak Kari ni kita masak kuahnya pekat so air tuang sedikit demi sedikit sebab udang/sotong nanti akan keluarkan air juga. Sekian sahaja dari newbie. Wasalm 😆 #takprotapisukamencuba #resepidapuremy #karimamak

Popia Carbonara

  Menu minum petang kalini kita buat popia carbonara. Bahan-bahan Kulit popia Sos carbonara Cheese keping Sosej Carrot Lada hitam Daun sup Secukup rasa @ blh masuk kiub ayam Klik sini : Video Buat Popia

karipap Kentang

Resepi karipap kentang dari mak saya yang pernah berniaga suatu ketika dulu. Karipap kentang resepi mak saya ni sangat mudah nak buat dan sedap. Makan pun sentiasa rangup je. Selamat mencuba ye. Klik sini untuk video :  Cara buat karipap  

Ayam Panggang Air Fryer

Ayam Panggang Air Fryer Oleh sebab bebudak dekat rumah ni suka sangat makan ayam maka pelbagai jenis masakan ayam mamanya masak. Kalini nak kongsi cara masak ayam pakai air fryer. Orang kata ni makanan sihat sebab tak guna minyak, bagus jugak la kan. Kalau masak ayam pakai air fryer ni mudah sebab bila kita dah masuk ayam dalam air fryer tu kita setting suhu dan masa kemudian tu kita dah boleh buat kerja lain.  Ni bahan untuk perap ayam   Ayam 1 kilo  Sos lada hitam  Lada hitam kasar  kicap pekat  Madu  Halia  Bawang putih Gula merah  Secukup rasa  Perap lebih kurang 1/2 jam lebih lama lebih bagus.  Klik sini video :  Cara perap ayam Masuk dalam air fryer guna suhu 160•c selama 25 minit.  Tips:   1- Jangan timbun ayam penuh-penuh dalam air fryer tu.   2- Selang beberapa minit kene terbalikan ayam supaya masak sekata.  

Sotong Kam Heong

Kita baru belajar masak kam heong dari you tube dan facebook. Masak kam heong ni kita boleh pakai udang, ketam ataupun seafood yang lain juga. Ada macam-macam versi tapi kita masak ikut selera kita la ye 😅. Masak Kam heong ni ringkas tetapi sedap.  Bahan-bahan :  Sotong 1/2 kilo  Bawang besar 2 biji ( saiz sederhana tapi kalau saiz besar pakai sebiji)  Bawang putih 4 biji  Cili padi (pilihan)  Udang kering@geragau 1 sudu  Daun kari  Rempah kari ikan 2 sudu  Sos tiram 1 sudu  Kicap pekat 1/2 sudu  Kicap manis 2 sudu  Tepung jagung 2 sudu (untuk goreng sotong) Klik sini video :  Cara buat Sotong Kam Heong  

Daripada jual vitamin kini saya menjadi you tuber

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.  Harini 24 ramadhan 1442h, cuaca sejuk sebab hujan dan redup je. Lama tak menulis dalam blog ni. nama blog ni pun saya dah tukar daripada rujukvitaminku kepada emyilhamie. Nama blog ini ditukar adalah kerana dulu blog ini diwujudkan sebab saya mula berjinak-jinak dalam menjual vitamin Shaklee. Namun beberapa tahun kebelakangan ni saya beli untuk makan sendiri dan tidak lagi berjual. bila diimbas kembali coretan diblog ni ada 440 posting telah saya buat bermula 2014 hingga 2018. Gigihnya saya ketika itu, kagum seketika dengan diri sendiri. Banyak posting yang saya buat terpaksa saya kembalikan kepada draft dan tidak publish atas sebab-sebab tertentu.   Kini keterujaan saya beralih kepada you tube pula. Alahai teruja pulak nak cerita, semalam you tube saya dengan nama emyilhamie telah berjaya mencapai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh you tube iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Alhamdulillah, syukur sangat akhirny...