Wednesday, January 28, 2015

Perkembangan anak 1 tahun 3 bulan, ilman sayang

Alhamdulillah, Ilman nak masuk 1 tahun 3 bulan, kejap je rasanya kan, teringat-ingat lagi proses meneran nak keluarkan Ilman, cewahhh. Perkembangan Ilman sangat bagus setakat ini, dia boleh berlari walaupun tak stabil, suka main bola, gigi dah banyak dan geraham pun ada yang dah tumbuh, sangat suka makan, yang paling best Ilman makan pedas tau, kelass lah anak mama ni, mama tak manjakan Ilman sangat bab-bab makan ni, tak seperti Abg Haq, anak sulong kan, risau je kalau bagi makan bukan-bukan atau pedas ni, kot-kot lah perut tak tahan ke tapi Ilman, mama berjaya, alhamdulillah lah tak meragam perut Ilman. waaa wajar buat satu entry ni pasal melatih anak makan pedas. hihihi. 

Gambar terbaru Ilman tengah tidur, Ya Allah suci nya muka Ilman, tenang, mendamaikan hati mama

Ilman semakin besar semakin panjang akalnya, asal Abg Haq peluk mama nak bermanja dengan mama dia kata lah nak syusyu, hahaha mama dah tau taktik Ilman, pandai ek. Lepas tu Ilman dah pandai berebut dengan Abg Haq, pandai nak kacau-kacau Abg Haq, kadang-kadang saje je dia sikat rambut die pastu sikat rambut Abg Haq, dah goboh rambut Abg Haq yang sikat ke tepi tu. Mengamok lah Abg Haq tengok rambut dah tak cantik. 

Seronok update kisah anak-anak kat blog ni, pukol 12 malam terasa macam pukol 8 malam pula kan, terang je mata, hihihi, pasni InsyaAllah akan menyusul kisah-kisah menarik mereka lagi. 



Thursday, January 22, 2015

Pengalaman pertama Abg Haq di Tabika Kemas

Terlewat sudah mama nak buat entry untuk hari pertama Abg Haq ke sekolah. Kalau nak ikutkan harini ni dah 9 hari Abg Haq pergi ke tabika kemas ni. Tapi takpe lah sebagai kenangan untuk hari pertama anak mama ke sekolah.


Ini adalah dipagi hari pertama Abg Haq untuk ke tabika kemas. Nampak sungguh teruja.
Masa hantar Abg Haq, alhamdulillah abg haq tak menangis walaupun ada jemaah menangis beramai-ramai kat situ. Lepas mama hantar Abg Haq pastu mama tinjau kat tingkap tengok Abg Haq duduk bersandar kat dinding diam-diam, terus je mama balik rumah. Firasat mama mengatakan Abg Haq anak berani, mesti tak menangis punya. Mama ambik cuti hari ni kot-kot nak pergi sekodeng Abg Haq kat sekolah tapi dek kesibukkan kerja rumah tak sempat sungguh nak menjengah Abg Haq kat sekolah. Waktu balik sekolah baru lah pergi jemput Abg Haq.


Cikgu kata Abg Haq walaupum budak 4 tahun (3 tahun 4 bulan) tapi berani dan aktif. Waaaa.. kelasss anak mama.. alhamdulillah perkembangan Abg Haq sangat memuaskan hati mama.


Nanti mama sambung lagi cerita Abg Haq yek. Ada hot story, Abg Haq dah pandai cakap bukan-bukan, ya Allah baru 9 hari kot. 

Wednesday, January 21, 2015

Serik dan fobia berpantang, banyak masalah semasa berpantang, jom atasinya dengan Set Berpantang Shaklee

Masa anak sulung saya hadapi masalah takut untuk buang air besar dan memang dari bersalin sampai hari ke 4 saya tak buang air besar. Bila masuk toilet pula memang lama. Ya Allah memang fobia benau la saya dengan sembelit ini. Kedua nya saya lebih banyak duduk tengok tv (kurang bergerak) kerana luka lambat sembuh. Ketiganya badan saya letih sampai ada buat shif dengan mama untuk jaga baby sebab baby tak nak tidur malam. 




Tapi alhamdulillah saya berpantang dengan set berpantang shaklee segala masalah yang saya hadapi semasa berpantang anak sulung tidak terjadi lagi kepada saya ketika anak kedua. Syukur sangat. 

Sekiranya anda nak tahu vitamin mana lagi yang boleh membantu perjalanan berpantang anda berjalan dengan lancar boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Banyak cerita yang boleh kita kongsikan bersama.

Monday, January 5, 2015

Yuran Tabika Kemas Tahun 2015

Sambungan untuk entry sebelum ini. abg haq sekolah di tadika kemas melaka

Kami terima mesej dari teacher lynn yang berbunyi ini : 

Assalamualaikum..sukacita dijemput tuan/puan hadir pada Majlis Orientasi Tabika KEMAS Bertam Malim B, 2/1/15(jumaat) mulai jam 10pagi. Pendaftaran akan bermula pada jam 9 pagi. Pakaian anak2 tuan/puan adalah bebas.Pembayaran adalah seperti berikut :-Yuran wajib :-Pendaftaran = RM10.00Yuran JAN = RM20.00Baju Sukan = RM25.00 Insurans = RM5.00Yuran Tambahan =Baju Korporat = RM20.00Alat tulis = RM5.00Buku Latihan = RM15.00*yuran tambahan boleh dibayar pada bulan FEB.(uniform tabika KEMAS hendaklah dibeli oleh tuan/puan berikutan tiada lagi keluaran oleh pihak koperasi jabatan. Uniform boleh didapati di Kedai Bee Loon,pasaraya TENTEN, Khelass Bunga Raya)Bayaran boleh dibuat semasa orientasi atau awal sesi persekolahan.Terima kasih kerana memilih Tabika KEMAS Bertam Malim B sebagai prasekolah anak2 tuan/puan. Selamat Tahun Baru 2015 dari seluruh warga tabika. >Teacher Lynn <


Total yuran tabika kemas untuk tahun 2015 adalah RM100.00 sahaja. Yuran bulanan RM20.00 sahaja. Senyum lebau tengok murah sesangat yuran ni. Kalau swasta punya berdenyut telinga dengar. hihihi. Pendaftaran ditunda kepada harini iaitu 5 Jan 2015. Jadi gambar di atas adalah muka cecomel abg haq sebelum pergi ke tabika.