Monday, March 20, 2017

Bintik Merah Dan Berair, Chicken Pox Ke Campak


Assalammualaikum dan selamat pagi. 

Mula-mula mama tengok ada 5 bintik merah kat badan Abg Haq. Ingatkan kene gigit nyamuk. Tak lama tu makin banyak. Kemudian dekat bintik merah tu ada air gelembong, mama dah rasa lain macam je. Abg haq pernah kene campak keladi masa umur setahun lebih dulu tapi xda la macam ni keadaannya. Makin lama makin banyak dan naik ke muka, kepala, tangan. Rupanya kene chicken pox. 

Beza chicken pox dengan campak adalah campak tu ruam yang banyak dekat badan diikuti dengan demam dan keadaan badan yang tidak sihat manakala chicken pox pula bintik dekat badan diikuti dengan gelembong air, air itu kuman yang menyebabkan senang merebak. Bila air di gelembong dah pecah, ia akan kering, masa proses kering tu la ia akan rasa gatal.

Kesian anak mama, harini dah masuk hari ke empat. Bawa Abg Haq ke klinik doc bagi calamine lotion dan ubat syrap tahan gatal. Semoga anak mama cepat sembuh dan tak menjangkiti Ilman dan Ali ye.

 Hari ke tiga kene chiken pox.


Doc kata minum lebih air suam dan jangan berjalan-jalan, duduk je dekat rumah. Jauhkan daripada adik-adik sebab penyakit ini berjangkit. Iktiar mama pula, beli air kelapa dan pantang makan. Makan lauk ikan dan sayur sahaja, ayam ke makanan laut ke semua tak boleh. Baju kene basuh asing dan Abg haq tak boleh berpeluh-peluh sangat sebab bila berpeluh, bintik merah cepat merebak. 


Saturday, March 18, 2017

Nukilan untuk anak mama

Bismillahirahmannirahim

Khas untuk anak-anak mama

Muhammad Haq Uqasha bin Mohd Fairuz
Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz
Muhammad Ali Baihaqi bin Mohd Fairuz

Anak,
Bumi Allah ini besar,
Bumi Allah ini luas,
Kamu teroka lah anak,
Walau banyak cubaan,
Walau banyak dugaan, 
Walau banyak ujian,
Namun, 
Allah lebih dari segala-galanya.

Anak,
Kamu ketenganan mama,
Kamu pembelajaran buat mama,
Kamu suka duka mama,
Kamu syurga dunia mama,
Kamu aset akhirat mama.

Anak,
Gembiralah kamu tika kecil,
Bahagialah kamu tika dewasa
Damailah kamu tika berusia. 

Anak,
Jadi lah sebaik-baik khalifah,
Jadi lah sebaik-baik hambaNya,
Moga Allah beri kamu bahagia,
Restu sentiasa mengiringi kamu semua.



Friday, March 17, 2017

Ali Baihaqi

MUHAMMAD ALI BAIHAQI BIN MOHD FAIRUZ
25 APRIL 2016

Assalammualaikum dan selamat pagi. Dengan sengaja mengupload gambar cahaya mata, buah hati pengarang jantung saya yang ke tiga ini. Alhamdulillah membesar dengan sihat bagai johan. Semoga Allah permudahkan mama untuk membesarkan anak-anak mama semua agar kamu semua jadi khalifah dibumi Allah ini. 















Thursday, March 16, 2017

Setelah Batuk 4 Hari Ali Baihaqi sah kene Bronchial Pneumonia

BRONCHIAL PNEUMONIA
16 JAN 2017
MUHAMMAD ALI BAIHAQI BIN MOHD FAIRUZ
8 BULAN 22 HARI


Semoga anak mama Muhammad Ali Baihaqi cepat sembuh. Naik ambulan kemudian terus ke bahagian kecemasan zon merah di Hospital Melaka. Risau betul mama, alhamdulillah setelah xray dan pemeriksaan daripada doktor pakar kanak-kanak, mereka kata jangan risau. Ali cuma ada jangkitan di paru-paru (pneumonia). 

Pertama kali masuk ke zon merah seumur hidup mama membuatkan mama merasakan keinsafan di dalam diri ini. Kesihatan yang baik adalah benda yang paling bernilai dalam hidup. Ya Allah berikan aku, ibu bapaku, suamiku dan keturunanku kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan dengan baik. Berikan kami nikmat syukur kepada mu Ya Allah. Mama betul-betul merasa kerdil dan tak berdaya tengok pesakit di Zon Merah ini. Semoga Allah permudahkan urusan mereka. 


Hari ke tiga Ali mula aktif semula (gambar kat atas). Tidak seperti hari pertama dan kedua, Ali bangun untuk susu, makan, ambik gas selebihnya ali tidur. Sampaikan mama risau, kenapa Ali tidur je misi? Misi kata takpe kak, dia penat tu, biar dia berehat. Mama rindu anak mama yang aktif tika ini. Moga Ali kuat ye sayang. 


Tika ini Ali dah nak main semula. Bagi mainan dibelek-beleknya, ketawa-ketawa dengan mama, abang-abang datang pun Ali suka main. Abang Haq dan Abang Ziqri tidak datang hari-hari sebab mereka suka bising dan berlari-lari, mungkin abang ingin sini palyground kot. Mereka akan datang 2 hari sekali. Tika ini Ali diberi gas 4 jam sekali dengan 2 kali pam. Tidak seperti sebelum ni, 2 jam sekali dengan 6 kali pam. 


Ali nak keluar ni. Alhamdulillah beransur pulih anak mama ni. 6 hari di Hospital. Kita bagi laluan anak-anak yang lain. Kat Hospital Melaka ni selalu penuh dan katil asyik tak cukup je. Ramai juga yang kene pneumonia macam Ali. Kesian anak-anak kecil, moga cepat sembuh ye sayang-sayang semua.