Monday, November 10, 2014

Alkisah Abg Haq Elergik Ubat

Hari yang sangat mencemaskan hati saya. Ambil dari rumah pengasuh mulut Abg Haq agak tebal dan muka memang macam sembap je. Kenapa kepelikkan ini berlaku?

Bawah telinga Abg Haq membengkak, bawa ke klinik malam itu juga, rupanya tonsil membengkak walaupun tak demam, jadi salur yang berkaitan dengan tonsil pun turut membengkak. Doktor bekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat untuk dihisap seperti gula-gula. Saya bertanya kepada doktor, "perlu ke bagi antibiotik ni" doktor kata " memang perlu memandangkan kuman telah merebak ke tonsil dan salurnya"

Sebelum tidur Abg Haq makan antibiotik, apabila bangun pagi, bengkak tersebut makin besar dan Abg Haq mengadu sakit. Saya berikan lagi antibiotik dan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan pukul 7 pagi. Tak lama selepas itu, jari Abg Haq bengkak, memang besar kata pengasuh. Tengahari bengkak tu kembali surut. Pukul 3 petang makan antibiotik dan ubat tahan sakit, tak lama kemudian bibir pula bengkak. Tak terdetik pula yang Abg Haq elergik ubat.

Hati seorang ibu, ya allah kenapa lah anak aku ni, memang risau, cemas. Nekad lepas magrib bawa Abg Haq ke hospital. Call adik untuk teman, adik pula sibuk, call orang sebelah rumah, alhamdulillah dapat teman ke hospital.  Siap-siap bawa ubat dan antibiotik untuk bagi pada doktor.

Macam biasa Hospital Melaka di wad kecemasan tu sentiasa je ramai orang. Alhamdulillah kalau kes budak-budak memang didahulukan. Bila tiba giliran memang lega sangat dapat tengok muka doktor. Nampak tak betapa mulia kerja doktor ni, bila cek-cek alkisahnya Abg Haq alergik ubat tapi tak tahu ubat tahan sakit suspension BRUFEN ibuprofen ataupun antibiotik curam 156,25mg/5ml brand sandoz. (tah apa aku tulis, memang sengaja direkodkan diblog ini untuk rujukan kemudian hari) Tapi doktor pesan untuk simpan serpihan dari kotak ubat tersebut untuk rujukan kemudian hari. Berkali-kali doktor pesan. Ye doktor, saya akan simpan.



Harini salur tonsil bengkak lagi, tak tahu lah apa sebabnya, tapi setahu saya kalau kuman dalam salur tersebut masih ada, ianya akan bengkak surut bengkak surut, akhirnya kene juga ambil antibiotik jenama yang lain. Tapi tu lah, fobia lah pula saya nak bagi Abg Haq antibiotik lagi. Ya Allah buntu saya dibuatnya. Kesian Abg Haq. Kene bawa jumpa doktor lah ni. Moga abg haq sentiasa sihat dan gembira. 


Saturday, November 8, 2014

Ilman batuk berlarutan sembuh dengan madu dan omega

Ilman sudah mula makan omega guard shaklee a.k.a minyak ikan. Tahap kesihatan Ilman adalah lebih baik daripada Abg Haq jadi saya rasa tiada keperluan lagi untuk memberikan ilman vitamin seperti Abg Haq. Tetapi apabila ilman batuk berlarutan, kadang-kadang sampai termuntah, kadang-kadang sampai merah mukanya, keras perutnya, ubat batuk dah banyak makan tapi tak hilang juga, mak pun bising sebab dah hampir dua botol ubat batuk saya berikan.

Nak kata saya give up dengan ubat batuk pun iye juga, apabila ubat batuk botol kedua habis, saya tak beli lagi, saya terus berhenti sebab bimbang banyak sangat ubat batuk yang diambil akan memudaratkan ilman kemudian hari. Apabila berhenti saya gantikan dengan madu dan saya selang selikan dengan bagi omega kepada ilman. Batuknya beransur hilang dan 4 hari terus tak batuk lagi. Ya Allah, Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah.     

Sejak dari itu, madu dan omega menjadi supplement kepada ilman. Madu saya berikannya setiap hari manakala Omega Guard saya berikan seminggu 3 kali (1 biji setiap kali pengambilan) berikutan umurnya yang masih kecil.

Saya juga berharap mama mommy ibu diluar sana yang anaknya batuk berlarutan, mahupun orang dewasa, cubalah gambungan mantop madu dan Omega Guard ini. Pasti hasilnya memuaskan hati berbanding ubat batuk.




Friday, November 7, 2014

Si manja Ilman berusia setahun sebulan

Ini lah Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz, Ilman dah nak masuk usia setahun sebulan bulan. Ilman masih lagi bertatih. Setakat malam tadi, dalam 10 tapak pastu tumbang. Alhamdulillah lah, tapi nampak gaya dirinya belum dapat merasai keseimbangan untuk berjalan. Si manja ilman, tak suka kalau orang kata 'tatih, tatih' dia pasti duduk kembali. Jadi saya bangunkan dia dan suruh dia kejar abg Haq, senyum -senyum simpul dia menapak pergi mendapatkan abangnya itu. Abg haq pun ketawe terkekek-kekek bila adik mengejarnya. Suka Abg Haq sebab ada kawan bermain.



Perwatakan ilman agak manja berbanding Abg haq, mungkin sebab dia 'adik'. Walaupun begitu, sifat tak beralah dan suka berebut mainan sama juga seperti kanak-kanak lain. Saya sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan saya dalam menjaga mereka berdua seorang diri kerana suami bekerja jauh. Setelah pulang dari rumah pengasuh, biasanya saya akan memberi mereka makan, lepastu bermain-main hingga penat. Ilman biasanya akan tidur seawal pukul 9. Apabila ilman dah tidur, tak lama lepas tu Abg Haq pun akan tidur juga. Kalau ada kerja yang belum selesai, Abg Haq biasanya jadi peneman mama buat kerja contohnya sidai baju atau basuh pinggan. Nasib ada Abg haq, bising mulut dia buatkan kerja saya cepat habis. hihihi.

Ikuti kisah Si manja ilman dan Abg Haq pada entry yang seterusnya ye. Sekian sahaja, Wasalam.