Friday, September 26, 2014

Rahsia diriku kekal kurus menawan

Hamboiii, tajuk kali ni tak agak-agak ye, kurus tu menawan ker???hahaha
Tergerak hati untuk berkongsi rahsia diriku kekal kurus ni sebab ada yang menegur saya sebentar tadi ketika menghantar surat. 
kakak 1 : Dak hanie ni kurus je aku tengok, apa rahsia ko nie?
Kakak 2 : Ni mesti makan shaklee ni.
Kakak 1 : Ko tak makan malam er?
Hanie : Tersenyum poyo.. hahaha

Sebenarnya ianya bukanlah rahsia lagi. Betul tekaan kakak 1 itu, apabila pulang dari kerja saya akan makan malam, iaitu sebelum pukul 7. Saya agak itulah yang menyebabkan saya kurus dan rahsia-rahsia lain yang bukan rahsia lagi yang menyebabkan diriku kekal kurus menawan adalah pengambilan air putih yang mencukupi iaitu lebih 2 hingga 3 litter sehari, senaman ringkas iaitu sit up max 20 x sehari, senaman cantikkan peha 10x iaitu (gambar senaman yang tengah2 tu, konon nak kecikkan peha buat lah senaman itu ye)  dan menyusukan baby (kalau yang ada baby lah). Itu je. ringkaskan tapi kalau tak biasa mungkin orang akan rasa payah. 

'Nak seribu daya taknak seribu dalih'



Itu je lah nak kongsi harini, mudah je nak kurus ni, tapi kurus sihat tau, bukan kurus penuh kolestrol, makan pun kene jaga juga.

Thursday, September 25, 2014

Breast pump yang bermasalah

Apabila breast pump bermasalah, maka terganggulah sikit kuantiti susu yang dihasilkan. Mana tak nya, selalu pam serentak kedua-dua belah, tetiba pula kena buat satu satu, tak ke stress dak hanie, selalunya 15-20 minit dah siap ni nak kene tunggu hampir 40 minit. ayakkkk... 


Banyak kedai dah dirayau di Melaka ni untuk dapatkan spare part breast pump ni, tapi tak jumpa, kene order online lah jawapnya ni. Ada ke yang alami masalah nak cari getah ni ye. Brand spactra 3 lah. 

Moga Allah beri saya kesempatan masa untuk online cari getah putih ini sebab rasanya sekarang terlalu sibuk untuk survey2. Amin. 


Di harap lepas tukar getah putih, pump ini boleh beroperasi seperti biasa, janganlah benda lain yang gosak. 

Tuesday, September 23, 2014

Tips mengatasi anak susah tidur awal di waktu malam

Di petang yang sejuk beku dengan angin ekon yang sepoi-sepoi bahasa ini, terajin pula harini untuk berkongsi tips untuk mengatasi masalah yang sering dihadapai oleh ibu bapa masa kini iaitu susah untuk anak-anak tidur awal diwaktu malam. 

Kesukaran ini juga pernah saya hadapi ketika Abg haq berumur setahun lebih. Sangat susah untuk Abg Haq tidur awal. Ada kalanya saya tidur pukul 10 malam, Abg Haq akan tidur pukul 12 malam. Tapi alhamdulillah masalah itu dapat diatasi malah beliau akan tidur biasanya seawal 9.30 malam. 


Antara tips untuk atasi masalah anak susah tidur awal ini adalah :
1. Kenali punca Mengapa susah tidur?
Perkara paling biasa adalah kerana anak-anak melakukan aktiviti kegemaran mereka sehingga melekakan dan tiada rasa mengantuk. Penyelesaiannya menyuruh mereka sambung aktiviti kegemaran mereka keesokkan hari.
2. Masuk ke tempat tidur lebih awal. 
Kalau nak anak tidur pukul 10. Pukul 9.30 dah boleh ajak anak ke tempat tidur. Biar mereka bergolek-golek, bercerita di atas katil sehingga tertidur.
3. Gelapkan tempat tidur.
Bukannya nak suruh gelap gelita, tapi biar ada beza terhadap kawasan untuk melakukan aktiviti cahaya terang, untuk tidur, malapkan sedikit lampu. 
4. Makan malam lebih awal
Kalau makan pukul 9.30 pm, lepas makan terus tidur, ayakkkk boleh ker? Oleh itu, sila makan malam lebih awal sebaiknya sebelum jam 7.
5. Lakukan aktiviti riadah dipetang hari
Galakkan anak-anak untuk keluar bermain di waktu petang samada berbasikal, main bola, badminton, kejar-kejar, baling selipar (aktiviti yang mengeluarkan peluh) dan elakkan mereka asyik menonton TV dari balik sekolah hingga malam hari. 
6. Teman anak-anak tidur
Dalam cahaya samar-samar di bilik tidur, bercerita la dengan anak-anak ataupun bacakan ayat-ayat suci quran. InsyaAllah mereka lebih mudah untuk tidur sekiranya ibu atau bapa mereka teman.

Ada banyak lagi tips menarik yang hendak dikongsikan tapi dengan masa yang terhad, 6 pun cukuplah. Tips ini terpakai untuk kanak-kanak, kalau dah remaja tu lain kot caranya. Anakku belum remaja lagi jadi tiada experiance. Semoga tips ini berguna kepada ibu bapa di luar sana. 

Sekian, salam sayang.

Tuesday, September 9, 2014

ESP menjadi peneman dikala kelaparan

Yeahhh.. dasyat tak tajuk entry kali ni. Baru je habis pam susu badan, tu yang jadi ayat 'ESP menjadi peneman dikala kelaparan' tu. Makan dalam pukul 12.30 tenghari kini sudah pukul 3.30 petang, jadi berkeroncong lah perut saya ni. Saya makan mee hun je, tu yang cepat lapar, kalau makan nasi lambat sikir laparnya. hehehe. ataupun itu hanya mitos diminda saya je, ayakkk..pulak dah, macam-macam hal lah dak hanie ni kan. 

Nasib ada lah ESP ni ada kat opis, kalau tak, kene tunggu balik rumah lah baru makan. Nak keluar dari opis ni cukup la malas tahap gaban, jadi dengan cara mudah dan pantas, penyediaanya kurang dari 5 minit. Hanya koyakkan 1 pek nestum 3 IN 1, letak air panas bagi kembang sikit, campur air suhu bilik biar jadi suam-suam kuku, kemudian masukkan sesudu esp, kemudian kita shake shake shake!!! TARAAAAAA...siap dah.. pantas sungguh penyediaan ESP Shaklee ni kan, eMM..Sedap pula rasanya. Campuran ESP dengan Nestum ni memang kegemaran saya ni. ni cicah dengan bisikut munchys kopi pula tu. memng terbaik. 



Monday, September 8, 2014

Perlukah susu formula untuk anakku

Dengan rasa yang agak kecewa saya menulis entry ini, kalau ada yang mengikut blog saya ni pastinya tahu misi saya sebelum terjadinya anak ini, semasa mengandungkan anak ini, semasa lahirnya anak ini, hati saya teramatlah kuat untuk menyusu badan anak ini sepenuhnya tanpa campur dengan susu formula.

Memang niat suci murni saya itu sentiasa mekar dalam hati saya.  Tapi apakan daya, semakin ilman membesar semakin banyak pula permintaan susu yang agak payah untuk saya tunaikan. Saya ambil keputusan untuk cuti tanpa gaji selama 3 bulan iaitu pada usia ilman 5 bulan hingga usianya 8 bulan. 

Semasa saya bercuti, tiada masalah untuk saya bagi susu badan secara exclusive sepenuhnya. Mula-mula bercuti, dengan penuh semangat saya membuat stok susu ibu untuk ilman, ada 5 botol penuh susu ibu beku di freezer, apakan daya, ianya cair akibat en.suami mendefross peti ais kami. adehhh.. habis semua susu cair. Buang kesemua susu tersebut. Dan en. suami tak bagi saya menyimpan susu ibu lagi kerana peti ais kami yang satu pintu itu perlu di difross selalu. Hampeh dan kecewa juga lah rasa hati ni.

Dengan kelalain saya sendiri untuk tidak mengepam semasa cuti 3 bulan tersebut, saya kembali bekerja, stress dengan kerja, letih, apabila waktu pam, susu saya semakin kurang. Sepatutnya saya boleh hantar pada pengasuh 5 botol tapi tak dapat. Saya hantar 3 botol sahaja waktu pagi, tengahari saya balik hantar lagi 2 botol, kadang kala ada meeting tak dapat lah saya balik rumah, dan anak saya terpaksa berlapar susu hanya makan bubur dan air kosong sahaja. Malam pula saya tidak mengepam, semangat hilang dek kepenatan dengan urusan seharian. 

Saya cekalkan hati juga, dengan kata-kata mak saya 'kesian ilman', saya bagi juga susu formula lactogen 2 (sama brand dengan abg haq). Tapi sehingga kini ilman masih menyusu badan, dan saya masih bekalkan lagi susu badan cuma di rumah pengasuh, ilman akan minum tambahan 2 botol susu formula. Jadi persoalan perlukah susu formula untuk anakku.. Ya, memang perlu. 

Semestinya susu ibu itu adalah yang terbaik untuk anak dan susu formula adalah alternatif lain bagi memberi nutrisi kepada anak kecil yang kurang mendapat susu dari ibunya

Alkisah perjalanan penyusuan anak ke dua ini. Walau apapun saya bersyukur, ilman menyusu sepenuhnya sehingga berusia 10 bulan, Sewaktu anak sulung, Abg Haq menyusu badan sepenuhnya hanya 20 hari sahaja dam selepas 20 hari, atas nasihat doktor, saya terpaksa juga bagi sus formula. 

Kegagalan penyusuan susu ibu sepenuhnya bukan kerana susu sikit, susu cair, buah dada kecil, perah dapat sikit, anak tak nak hisap puting, TAPI adalah disebabkan ibu itu sendiri. Jadi, dikesempatan ini saya menyeru supaya ibu berkerjaya, sediakanlah mental dan fizikal untuk melakukan penyusuan susu ibu ini. Jangan kita anggap remeh dalam menyusukan anak ini. Ketahanan badan anak-anak akan lebih kuat jika minum susu ibu. 


Friday, September 5, 2014

Anak aktif, Abg haq kini berusia 3 tahun

Alhamdulillah, semalam adalah hari lahir Muhammad Haq Uqasha yang ke 3 tahun. Happy birthday sayang, moga jadi anak soleh ye. Anak aktif, cergas dan pintar ni mempunyai banyak kebolehan di usia 3 tahun ni. Antaranya Abg Haq dan pandai bawa basikal (roda tiga), pandai jaga adik (pegang kaki supaya tak jatuh katil), pandai buang air besar di tandas, tidak lagi memakai pampes (tapi nak tidur saya akan pakaikan), sungguh kuat semangat, kalau berebut mainan tu memang tak mengalah, kalau demam pun masih lagi aktif bermain, kalau pergi taman permainan sejam pun belum penat lagi, sedikit sensitif (merajuk), pandai mengalah dengan adik kalau kene dengan cara pujuk nya. Salah satu caranya, umpan dia dengan bagi vitamin sebab Abg Haq suka makan vitamin. 

Abg haq seorang yang takut dengan gelap & guruh seperti mamanya, berani pegang cicak & katak & sedikit baran seperti ayahnya. Budak-budak sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan sikap ibu bapanya kan. Jadi memang saya berazam untuk menjadi contoh yang terbaik pada anak-anak saya. Moga Allah beri saya kekuatan fizikal, mental untuk mendidik mereka dengan cara yang terbaik. Moga anak aktif, cergas, hebat ini akan membesar menjadi khalifah terbaik di bumi Allah ini. Amin

Itulah sedikit sebanyak perkembagan Abg Haq di usia 3 tahun ini. Sejak usianya 1 tahun, saya memberinya Chewable Vit C, Omega Guard dan MealShake Shaklee. Alhamdulillah perkembangan tumbesarannya berjalan dengan baik. 

Dan gambar di bawah ini cerita semalam, makan dan bermain-main di Tesco Melaka. Lihat perangai anak aktif ini, baring atas meja kedai Secret Resepi. Itu belum lagi dia berdiri menjerit dan ketawa berdekah-dekah atas meja.  Adehhhhh anak oh anak. Akhirnya saya bawa dia keluar jalan-jalan sementara tunggu makanan sampai.