Wednesday, September 29, 2021

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense


Alkisah 29 Jun 2021

Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat. 

Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting. 

Kronologinya seperti ini 😅

**30 Oct 2020

Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit. 

Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara) 

**5 May 2021

Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target ni barulah iklan boleh masuk ke dalam video kita dan dari situ kita akan dapat duit. Tapi ada syarat lagi. Ingat senang ke dieorang nak bagi kita duit 😅

Bermula lah episod meletakkan iklan dalam setiap video yang ada. Masa nak letak iklan ni ada beberapa perkara la kita nak kene cek. 


** 22 May 2021 (tarikh ni ingat2 lupa tapi dalam bulan yang sama)

Alhamdulillah.. ada satu Video masak saya yang dapat tontonan yang sangat tinggi dengan izin Allah & saya dapat 10 dollarzz. Bila kita punya akaun ada 10 d tu baru pihak google akan pos no pin.


** 28 Jun 2021 

Sampailah no pin dirumah. Tapi bila tengah malam, jadi bingung sebab tak reti nak masukkan. Aje ler mauttt. Jadi kita tunggu esok pagi, sifu saya akan ajar macam mana nak masukkan no pin. Sifu saya ni Cik Orkid.. Dia lah yang banyak bagi tunjuk ajar dan semangat don give up dalam buat you tube ni... jangan lupa like & subscribe channel beliau k 😉

Family memang sangat banyak membantu sebab skill memasak kita biasa2 jek kn. 😆

Sekian, 

Sebelum terlupa pada yang mebaca post saya ni saya SARANKAN buatlah you tube channel. Rakam lah apa-apa yang berfaedah tak kisah lah masak ke, travel ke, tanam pokok ke, pasal kerja ke, life seharian ke sebab ianya boleh menjana pendapatan. Dalam Covid-covid ni kita istirehat sambil melayan PDPR dan buat video. Janakan pendapatan.  Tak payah pakai telefon canggih pun tak pe. Kalau tengok telefon saya masa pertama kali merakam dan sehingga kini memang sedih dengan retak dah berline hitam ditengah. Xpe.. boleh jek lenjan. 

Saya rasa rugi kalau saya tak bagi tahu pada semua kenalan saya. Sebab benda ni memang boleh buat duit. Bukan scammer bukan skim cepat kaya. Memang bukan senang tapi ianya berbaloi.

Sekian, kalau ada apa-apa nak tanya boleh komen dibawah ye.. 

wasalam.

Jangan lupa tonton video2 masak saya, like & subscribe & komen 

Jangan skip iklan 😉





Kari Mamak Seafood


Assalammualaikum


Menu kita harini Kari Udang Sotong a.k.a seafood ala mamak tapi versi melayu. Kita masak ni ikut lah citarasa masing-masing. Kang ikut tegak resepi tu orang umah tak makan pulak 😅

Bahan-bahan Udang/sotong Bawang putih 1 biji Bawang putih 3 ulas Halia seinci Bawang holand 1 biji Rempah kari daging babas 2-3 sudu Serbuk cilik 1 sudu (pilihan) Serbuk kunyit 1/2 sudu Daun kari Air asam jawa
Kari ni kita masak kuahnya pekat so air tuang sedikit demi sedikit sebab udang/sotong nanti akan keluarkan air juga. Sekian sahaja dari newbie. Wasalm 😆 #takprotapisukamencuba #resepidapuremy #karimamak

Popia Carbonara

 Menu minum petang kalini kita buat popia carbonara.

Bahan-bahan Kulit popia Sos carbonara Cheese keping Sosej Carrot Lada hitam Daun sup Secukup rasa @ blh masuk kiub ayam

Klik sini : Video Buat Popia



Monday, September 27, 2021

karipap Kentang

Resepi karipap kentang dari mak saya yang pernah berniaga suatu ketika dulu. Karipap kentang resepi mak saya ni sangat mudah nak buat dan sedap. Makan pun sentiasa rangup je. Selamat mencuba ye.

Klik sini untuk video : Cara buat karipap
 


Ayam Panggang Air Fryer

Ayam Panggang Air Fryer Oleh sebab bebudak dekat rumah ni suka sangat makan ayam maka pelbagai jenis masakan ayam mamanya masak. Kalini nak kongsi cara masak ayam pakai air fryer. Orang kata ni makanan sihat sebab tak guna minyak, bagus jugak la kan. Kalau masak ayam pakai air fryer ni mudah sebab bila kita dah masuk ayam dalam air fryer tu kita setting suhu dan masa kemudian tu kita dah boleh buat kerja lain. 

Ni bahan untuk perap ayam 

 Ayam 1 kilo 
Sos lada hitam 
Lada hitam kasar 
kicap pekat 
Madu 
Halia 
Bawang putih
Gula merah 
Secukup rasa 

Perap lebih kurang 1/2 jam lebih lama lebih bagus. 

Klik sini video : Cara perap ayam

Masuk dalam air fryer guna suhu 160•c selama 25 minit. 

Tips: 
 1- Jangan timbun ayam penuh-penuh dalam air fryer tu. 
 2- Selang beberapa minit kene terbalikan ayam supaya masak sekata.

 

Sotong Kam Heong

Kita baru belajar masak kam heong dari you tube dan facebook. Masak kam heong ni kita boleh pakai udang, ketam ataupun seafood yang lain juga. Ada macam-macam versi tapi kita masak ikut selera kita la ye 😅. Masak Kam heong ni ringkas tetapi sedap. 

Bahan-bahan : 
Sotong 1/2 kilo 
Bawang besar 2 biji ( saiz sederhana tapi kalau saiz besar pakai sebiji) 
Bawang putih 4 biji 
Cili padi (pilihan) 
Udang kering@geragau 1 sudu 
Daun kari 
Rempah kari ikan 2 sudu 
Sos tiram 1 sudu 
Kicap pekat 1/2 sudu 
Kicap manis 2 sudu 
Tepung jagung 2 sudu (untuk goreng sotong)

Klik sini video : Cara buat Sotong Kam Heong