Monday, February 24, 2014

Antibodi kanak-kanak, abg haq demam lagi

Dah 2 hari dah abg haq demam akibat ulser yang banyak kat tekak die. Dah banyak baru kiteorang dapat detect. Mula-mula ingatkan demam akibat bengkak tonsil seperti selalu tapi bile tengok tekaknya ada banyak tompok putih-putih. Memang pelik la sebab sebelum ni tak pernah tengok. Semalam abg haq punya bibir merah sangat macam pakai gincu, merah dan pedih. Dia pun tak aktif, melepek je, nak pegang handfon tengok boboboi pun tak larat. Kemudian saya dan suami buat keputusan pergi hospital jumpa doktor. Alhamdulillah la tak da yang teruk.. Abg haq demamkan ulser kt tekak je.

Doktor bagi antibiotik, ubat demam dan batuk(untuk legakan tekak).

Semalam dah pergi hospital pantai pagi tadi pergi pulak klinik kesihatan klebang. Sebab pagi tadi hujung kaki nya bengkak macam kene gigit binatang. Alhamdulillah.. mungkin ulat ke ape ke.

Bila demam ni antibodi kurang dan silap sikit je gegata kembali menyerang. Habis satu badan lempap-lempap. Aiii.. macam-macam la abg haq ni. Kesian sangat dengan anak mama yang sorang ni. Mula lah timbul rasa kesal sebab tak menyusukan susu ibu dekat abg haq lama sikit. Full breastfeeding hanya 20 hari je. Antibodi badan tak berapa kuat. Mudah kene jangkitan. Walaubagaimanapun saya berusaha bagi abg haq vitamin untuk kesihatan dia. Semoga abg haq membesar dengan sihat dan cerdik pandai.



Wednesday, February 19, 2014

Abg haq pandai naik basikal setelah baik demam

Abg haq yang berusia 2 tahun 5 bulan dah pandai naik basikal...yahooooo. baru 3 hari (lambat update lor) Tapi kayuh separuh-separuh sebab kaki tak sampai. hihihi comelkan. Abg haq sangat-sangat lah teruja bila pandai naik basikal. Tapi macam biasa kepandaian bermula di rumah pengasuh. Al-maklumlah dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah pengasuh dia. Alhamdulillah saya dapat pengasuh yang menjaga anak saya dengan baik. Masa mula-mula pandai tu abg haq tak sabar tunggu mama ambik sebab nak tunjuk kat mama yang abg haq dah pandai naik basikal. Nampak sangat muka terujanya tu.

'Demam nak pandai'.... pernah dengar tak. Orang-orang tua kata la. Tak lau la mitos ke apa. Abg haq demam, batuk, selesema sebelum ni, sekarangkan musim angin + kering, rumah saya ni berdekatan dengan Pantai Klebang, lagi kuat la angin nya.  Badan kurus makan pun kurang asyik minum susu je. Bila dah baik demam, makan pun dah berselera, badan kejap je naik balik pastu tak lama tu dah pandai naik basikal. 

Alang-alang cakap pasal demam batuk selesema dimusim kering ni, Abg haq ambik ubat 2 kali di klinik. Sekali pergi tak elok juga pastu beli lagi ubat. Akhirnya saya ambik keputusan bagi madu untuk batuknya..alhamdulillah cepat elok. Ubat batuk yang beli kali kedua tu makan sikit je pastu stop dan saya bagi madu je. Ubat selesema pun tak abis, saya stop sebab macam dah banyak sangat ubat yang dimakan dengan antibiotik lg tapi tak elok-elok jadi saya gantikan dengan ambil chewable vit c 100 mg shaklee tapi saya upkan dos nya.. sehari saya bagi abg haq 2 biji (sepatutnya 1 biji sebagai supplement dah cukup) dan teruskan ambil omega guard hari-hari (sebelum ni seminggu 2 kali je). Bagi minum air masak lebih. Tak lama tu alhamdulillah.. kembali sihat. Saya tak sanggup tengok anak-anak tak sihat lama-lama. Kesiankan budak kecik lagi. Tapi abg haq macam biasa tak sihat tapi still aktif. Memang anak soljar lah... :)  huhuhu


Gambar naik basikal saya akan upload kendian ye sebab baru je pandai naik basikal, mama pun tak sempat nak tangkap gambar.

Sekian saja coretan harini. Mengabadikan cerita anak-anak di dalam belog kesayangan saya ni supaya suatu hari nanti mereka akan gembira membacanya. Perkembangan dan pembesaran mereka adalah pengalaman yang indah dalam hidup saya. Saya harap anak-anak akan membesar menjadi anak yang soleh. Insyaallah.


Thursday, February 13, 2014

Masalah ingin beri makanan pejal kepada bayi lebih awal

Masalah ibu yang sering diasak oleh pengasuh anak untuk memberi bayi makanan pejal seawal 3 bulan. Katanya anak tidak puas minum susu dan asyik meragam dan kurang tidur. Saya pasti tentunya ramai ibu menyusu lebih-lebih lagi yang menyusu badan diluar sana. Apatah lagi pengasuh itu lebih tua daripada kita. Mereka merasakan mereka itu betul dan sememangnya tradisi mereka dari dulu semasa membesarkan anak mereka sehingga terbawa-bawa apabila menjaga anak kita. Saya pasti ramai ibu muda yang mengalaminya. Begitu juga dengan seorang kenalan saya. Begini cerita beliau. 

Saya mula menghantar bayi ke rumah pengasuh ketika berusia 2 bulan 3 minggu. Dan selepas sebulan pengasuh telah meminta saya untuk membeli nestum, katanya anak tidur kejap-kejap mungkin sebab lapar. Bila saya cakap susu tak cukup ke saya boleh ke nak tambah susu..pengasuh tu kata susu cukup tak perlu tambah tapi bayi saya lapar. Tapi saya bagi alasan nanti saya tanya emak saya dulu. Sampai sekarang saya belum bagi jawapan. Tapi lepas ni bila pengasuh tanya lagi saya akan cakap nurse tak bagi. Dah siap-siap bagi jawapan. Saya ingin memberi susu ibu sepenuhnya pada bayi saya sehingga 6 bulan.   

 Baby ilman ketika baru seminggu dilahirkan, alahai comel anak mama

Haaa..begitulah ceritanya. Tapi mengikut kata emak, dulu bayi menyusu sepenuhnya sehingga 4 bulan, lepas tu dah boleh bagi bayi makan dan begitulah terjadinya kepada abg haq, masa pergi cek up ketika usia 4 bulan, misi dah bagi lampu hijau untuk cuba bagi abg haq makanan pejal. Mungkin ketika itu abg haq kurus tapi ikut bmi belum sampai kurang berat badan lagi. Yang baby ilman ni belum tahu lagi. Minggu depan baru nak g cek.     

Untuk bayi yang lepas umur 6 bulan para ibu dah boleh la perkenalkan makanan pejal kepada anak-anak sedikit demi sedikit, ajar mereka kerana semakin kanak-kanak itu membesar semakin banyak nutrisi yang mereka perlukan untuk proses tumbesaran dan perkembangan mereka. Tetapi penyusuan susu ibu itu haruslah diteruskan sehingga 2 tahun, bukan sahaja untuk mendapat nutrisi daripada ibu tetapi mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Testimoni vitamin cepat kurus shaklee


Seringkali saya di ajukan pertanyaan, boleh cepat kurus ke makan vitamin ni? berkesan tak makan vitamin shaklee? murah tak harga vitamin cepat kurus ni? 

Kesimpulannya orang biasanya nak cepat dan murah, hihihi.. Baru-baru ni ada 2 customer saya yang baru ambil serentak set kurus ni, jadi saya sering perhatikan perkembangan program cepat kurus meraka. Saya bagi mereka 3 perkara wajib ikut iaitu konsisten makan vitamin shaklee, minum air masak 3 litter sehari dan jangan makan makanan berat selepas jam 8 malam. Baru je bagi 3 perkara ni dah macam-macam alasan takut kang terkencing-kencing, mak masak makan malam sedap tak leh tahan lah..ayakkkk ni baru 3, macam mana nak cepat kurus kalau kita sentiasa beralasan.  

Jadi hanya anda je yang boleh tetapkan nak cepat mana, cepat kurus dalam masa 2 minggu, dalam masa 2 bulan dalam masa 2 tahun, Komitmen dan azam yang tinggi itu harus menebal dalam diri supaya hasrat anda tercapai. Macam saya, saya bukan kurus sebab saya ni dari lahir kurus. Tapi saya berusaha untuk kurus, ikut rulessss utuk cepat kurus yang sebenar. Anda nak tau.. huhuhu meh la sembang dengan saya. 

Ini saya yang telah kurus atas hasil usaha yang gitu, hihihi.. Nak jugak masuk dalam ini cerita.

Ada 2 testimoni kawan-kawan yang telah berpuashati mengambil set kurus shaklee. Konsisten dalam apa yang dilakukan adalah yang terbaik. Letakan sasaran tapi jangan sampai anda tersasar, jom kurus secara sihat. Vitamin kurus ni hanyalah bantuan untuk anda kurus dengan lebih cepat. Jaga kalori intake dan senaman, insyaallah kejayaan menanti anda. Kurus bukan untuk cantik tetapi untuk kita hidup dengan lebih sihat.



Wednesday, February 12, 2014

Cabaran ibu menyusu

Sebenarnya saya tak tahu la nak letak tajuk apa. Entry kali terlintas sekelip mata je, baik tulis, kang lambat-lambat dah sibuk dan lupa pula. Ini adalah keluhan saya sendiri dan masalah saya sendiri. Saya yang cari masalah dan sifat malas menguasai diri, kesian baby ilman.

Sebelum tidur malam tadi, rutin biasa saya mengeluarkan susu dari freezer ke chiller. Lepas itu dengan muka terkejutnya saya tengok susu tu cukup-cukup untuk harini je (hanya 15 auns je). Masyaallah macam mana saya boleh tak perasan. Memang masalah besar ni. Saya ingatkan disebalik timbunan makanan dalam freezer tu ada banyak saki baki susu ibu tapi rupanya cukup-cukup je. Dengan kecewanya dan keluhan panjang membebel sendiri.

Allah dah bagi semuanya lengkap tetapi saya sendiri yang mencipta masalah, lepastu nak mengeluh pula, harini saya dah insaf dan mengaku bahawa kekurangan stok susu ibu ini disebabkan kesilapan saya sendiri. Beberapa hari kebelakangan ini sifat kemalasan nak pam itu berada pada tahap tinggi dan tergamaknya saya balik kampung tanpa membawa pam. Di manakah motivasi saya sebagai ibu menyusu badan yang telah berazam untuk meneruskannya sehingga 2 tahun.  Saya bersenang-lenang tanpa perlu bersengkang mata untuk mengepam. Tergamaknya saya, masyaallah... Keluhan ini rasanya tak berani saya nyatakan kepada sesiapa terutama sekali my mom & suami, ada pulak yang kene bambu.. huhuhu. 
My hero, Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz

Seorang ibu menyusu badan yang berkerjaya harus kuat semangat, rajin dan berusaha untuk mengepam. Cari waktu untuk pam, jangan bagi ALASAN. Kalau pun susu anda banyak, jangan lah malas untuk mengepam sebab ada waktu-waktu tak terduga, anak memerlukan susu ibu lebih banyak. Contohnya ketika anak perut meragam, minum susu pastu muntah, kene lah stanby extra susu. 

Kisah ini dicoretkan untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan diharap ibu menyusu yang lain menjadikan iktibar dari cerita saya ini. 


Sunday, February 9, 2014

Dengan atau tanpa vitamin shaklee

Harini baby ilman hampir 4 bulan, alhamdulillah saya dengan jayanya menyusukan baby ilman sepenuhnya. Alhamdulillah syukur sangat sebenarnya sebab allah pertemukan saya dengan vitamin shaklee ni. Dengan mengenali vitamin shaklee dan bercampur dengan mereka yang mengamalkannya banyak perkara yang dapat saya pelajari dari pengalaman mereka. Meraka jugak lah antara yang memberi sokongan moral untuk menjayakan penyusuan ini.

Saya menyusukan abg Haq tanpa set ibu menyusu shaklee, saya menyusukan baby ilman dengan mengambil set ibu menyusu shaklee. Memang banyak perbezaannya. Antaranya adalah :-

1. Semangat - Dulu saya terkenal dengan alasan aku takda susu, mungkin sebab Cik B kecik je. Tapi sekarang rasanya dah takda alasan lagi dah. Itu semua mitos-mitos yang dimomokan kat saya, sebab tu la minda saya telah diset untuk takda susu. Kini apabila banyak bergaul dengan ibu yang menggunakan set ibu menyusu shaklee, saya lebih bersemangat dalam menyusukan baby ilman.

2. Cergas - Rutin saya keluar bekerja adalah dari pukul 7.30 - 6.00. Bila sampai je rumah macam-macam kerja yang kena buat, tambahan pula saya duduk berjauhan dari suami tersayang. Semua urusan rumah saya buat sendiri. Tinggal bertiga bersama abg haq dan adik lelaki saya rasanya bukan lah payah sangat tapi memang saya akan tidur awal, badan letih, saya pula kerja bukan di opis je, saya juga ada kerja di site. Memang balik umah saya akan tidur pukul 9. TETAPI setelah ambil set ibu menyusu shaklee ternyata badan cergas, larat pulak saya bangun mengepam malam 2 kali, pastu saya rajin pulak mengupdate belog pukul 3, 4 pagi. 

3. Kuantiti Susu - Dulu saya memang kurang susu TETAPI sekarang susu banyak, boleh lah buat stok untuk baby ilman.

4. Kualiti susu - Apa yang kita makan itu lah yang akan tehasil dan nampak pada susu ibu, apabila makan set ibu menyusu shaklee ni susu lebih pekat dan warna sedikit kekuningan (mungkin sebab saya makan B complex kot). happy bila tengok kaler susu saya :)

5. Rajin minum air - Bila mula je makan vitamin shaklee, saya sebenarnya melatih diri saya supaya rajin minum air masak, dulu satu litter pun payah nak minum, tapi masa berpantang saya minum 2 liter sehari, habis je pantang saya ambil set ibu menyusu saya, minum 3 liter sehari. Bila minum air yang cukup masalah sembelit dalam berpantang pun tak da tau, bagus bagus, hihihi


Panjang dah celoteh saya harini, diharap cerita saya ini dapat dijadikan penguat semangat dan panduan untuk ibu-ibu menyusu yang lain.