Saturday, February 14, 2015

Penyakit bawaan ibu hamil, sakit pinggang, kaki kejang, simpul biawak dan lain-lain

Persoalan untuk sakit-sakit bawaan ibu hamil, macam-macam masalah, lagi bagus kalau kita dapat elakkan daripada kita cari cara nak mengatasinya bila dah sakit kan. Jadi bagi ibu-ibu yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah ini, jejom kita baca apa ibu-ibu ni kata : 

  • Eizan Adzan Sekarang ni dh 33weeks...sebelum pregnant hgga skrg mmg x pnh miss consume oste ni. Boleh dikatakn rasa lenguh2, sakit pinggang, cramp, sakit gigi, sembelit mmg xde lgsng...
    Pendek kata pregnant kali ni alhamdulillah sihat dan cergas je.
    **teman baik sepanjang masa.


  • Kakcik Maz Ostematrix buat gusi bengkak dan nyilu gigi kurang (kes lepas mengandung anak pertama ni). Mengandung anak ke-2 Cramp kaki langsung xde xde dah gusi berdarah nyilu2 gigi.. Alhamdulillah.


  • Noraimi Syazwani kalo sembelit time pregnant, amik oste ni insyaAllahbl setel
  • Nurul Huda M S Saya mmg suka sangat ostematrix. Masa preggie, masalah cramp kaki dengan sembelit takde. Badan lenguh sakit pinggang dan belakang hilang lepas bangun pagi fresh je. Kalau tak amik sebelum tidur, pagi esoknya mesti ada rasa lenguh lagi

  • Ckyndyg Nogha Suplemen wajib setiap malam! Sepanjang hamil Kali ini, baru 2x kaki cramp berbanding hamil sebelum ini. Alhamdulillah! 
    Ostematrix memang best & TERBAIK utk diamalkan ibu mengandung & menyusukan anak.


  • Atiqah Aziz suka ostematrix..amik dr awal, masa period susu xterasa kurang sampai xcukup supply pun..senang bgn pagi..xde malas2..senang membuang xyah tunggu lama2, hilangkan sakit sendi bila ambil sekali dgn ajht..saya hampir setiap hari angkut brg n anak serentak 20kg p balik keja..hihi..wlpn xspenuhnya xkejang kaki masa preggy yg bestnye xla start kejang kaki dr awal preggy.

  • Saya sangat suka jika anda mencuba terlebih dahulu, pasti akan kagum dengan hasil nya dan dengan izin Allah ye. InsyaAllah pasti membantu sangat-sangat. Banyak ibu-ibu yang dah mencuba dan mengakuinya. DAH CUBA PASTI JATUH CINTA. Oleh itu, ambil makanan yang berkhasiat semasa hamil dan supplement bagi mendapatkan khasiat yang mencukupi untuk diri dan bayi dalam kandungan. Wsalam..


Friday, February 13, 2015

Al-fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz

Saat ini baru diberi kesempatan menulis mengenai perginya seseorang yang memperjuangkan agama islam yang sangat saya hormati, bukan dari sudut politiknya, memang saya tak berminat sangat dengan politik tapi dari sudut agamanya. Sayu je hati bila terlihat newsfeed kat FB, Inalillahiwainailahirajiun, al-fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz. Sumbangannya kepada agama sangat lah besar. Pemergiannya juga amat-amat dirasai. Kata mereka di Kelantan sana, awan mendung seolah-olah mengiringi pemergiannya. Ramai sangat orang disana, Alhamdulillah allah permudahkan semua. Semoga Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Teringat satu kisah yang diceritakan oleh adik waktu dahulu mengenai Tuan Guru Nik Aziz dan pen milik kerajaan (urusan kerja). Beliau akan menggunakan pen beliau sendiri untuk urasan peribadi dan tidak menggunakan pen milik kerajaan atas urusan peribadi. Begitulah amanahnya Tuan Guru Nik Aziz dalam memegang tanggungjawabnya. 

Ya Allah, terasa insaf diri ini, kerdilnya aku disismu Ya Allah.

Pic kredit : astroawani

Thursday, February 12, 2015

Wajibkan diri untuk ambil supplement semasa hamil, jangan bahayakan anak dalam kandungan

Panjang dan lebar tajuk saya harini kan. Rasanya semua isi penting nak tulis dalam tajuk.hihihi. Alhamdulillah para ibu yang sedang hamil, basahkan diri dengan zikir/selawat dan hadapi moning sickness dengan lebih tenang. Alahaiii rindunya hamil lagi. cewah, kemungkinan tahun hadapan, InsyaAllah.

Bahaya kalau kita tak ambil supplement semasa hamil (google kalau nak tahu lebih lanjut) kerana supplement itu bukan untuk kita sahaja, malah untuk anak yang kita kandung. Ada alasan yang tak berapa sedap didengar kata "memang tak boleh telan pil, tak lalu sebab berbau" jadi dengan alasan ini, rasa tak bersalahlah kita untuk tidak ambil supplement. Ingatkan diri, ramai orang yang inginkan anak contohnya dato' siti Nurhaliza atau Emma Fatima yang inginkan anak tapi belum ada rezeki, jadi kita yang dah Allah pilih untuk beri anugerah ini, kenapa pula nak beri pelbagai alasan, berkorban lah sikit demi anak itu. Kalau memang dah tak boleh sangat, elok kita amalkan makan makanan yang sihat, ambil banyak buah dan sayur, kita usaha selagi boleh  ye ibu-ibu semua. 

Tak suka dengar orang merungut tapi terkadang diri sendiri pun begitu juga. Justeru itu, ingatan ini untuk diri sendiri juga. Jadikan anak dalam perut kita itu sebagai kekuatan dan bukannya alasan. Allah nak beri kita banyak pahala tau semasa hamil. Makan makanan yang sihat dan jaga kehamilan, kelakuan dan nafsu semasa hamil. Sekian bebelan dari ibu yang beranak dua. wasalam


Buah hati pengarang jantung saya, si manja Ilman.

Thursday, February 5, 2015

Tips ajar anak makan pedas

Saya selalu rasa kesian pada mereka-mereka yang tak makan pedas, al-maklumlah lidah orang melayu kan, suka yang agak pedas sedikit, tapi kami memang hantu pedas, kalau makan makanan yang tak pedas mesti makan ciput je. 

Alkisah bagaimana saya mengajar si manja Ilman, anak kedua saya yang kini berusia 1 tahun 3 bulan untuk makan pedas. Melentur buluh biarlah dari rebung nya, bukan untuk membentuk akhlak sahaja tapi unuk lidah juga (untuk merasa). 

Anak sulung saya tak makan pedas, pantang warna merah dia dah seriau, tu belum tahu makanan tu pedas ke tak. Jadi saya mulakan proses ini kepada ilman kerana saya belajar dari pengalaman, anak tak makan pedas ni cukup memilih makanan.

Antara tips untuk ajar anak makan pedas adalah:

1. Mulakan dari usia 8 bulan dan ke atas.
Memang hati seorang ibu akan rasa macam 'eh, tak sakit perut ke anak aku nanti' atau 'ala, takut kene cirit birit nanti'. Apabila hendak mengajar anak makan pedas dalam usia awal sebegini mulakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya masa kita tengah makan lauk asam pedas, ada anak kita kat sebelah, celupkan sedikit jari kita dalam kuah dan coletkan dalam mulut anak. buat sekali je dan kita dapat lihat mukanya berkerut. hihihi. 


2. Sentiasa latih anak untuk rasa 'pedas'
Pastikan buat hari-hari dan tak semestinya asam pedas je, lauk lain pun boleh. Mungkin keesokkan harinya kita boleh coletkan 2 kali, pagi petang, mukanya mungkin masih seperti semalam. Hari ketiga mungkin boleh letak beberapa titik kuah pedas dalam bubur si manja. Kalau dah seminggu coletkan kuah, minggu seterusnya mungkin kita boleh kopekkan ikan yang pedas dan beri kepadanya. Contohnya ambil lauk ikan sambal. Kemudian asingkan sambal menggunakan sudu (tak perlu basuh ikan tersebut dengan air, lari lah proses untuk ajar anak makan pedas nanti) kemudian letak dengan bubur dan suapkan anak tersebut, buatkan selalu, garenti dia akan suka makan pedas. 

3. Jangan beralasan.
Jangan sesekali guna alasan 'sayang tak boleh makan makanan ni sebab ni pedas, sakit perut". Tolong jangan set kan minda anak-anak dengan "pedas dan tak boleh makan" sebab ianya akan memberi kesan kepada anak-anak. Kalau dia nak apa yang kita makan, kot iya makanan itu pedas tahap gaban, pandai-pandai lah bagi sikit je ke atau apa ke, jangan guna ayat-ayat menakutkan. 
4. Pastikan ada air
Lepas dah coletkan anak makan pedas, berikan air untuk melegakannya.

Rasanya, itu je kot tips yang dapat saya kongsikan yang telah dipraktiskan pada si manja Ilman untuk makan pedas, dan sekarang ilman suka makan pedas, Mungkin selepas ni saya akan buat entry bagaimana saya melatih Abg Haq makan pedas di usia dia yang kini hampir 3 tahun 4 bulan, bagaimana Ilman mempengaruhi Abg Haq. Nantikan ye entry seterusnya dan selamat mencuba!!