Tuesday, June 6, 2017

Hari ke 11 berniaga

Assalammualaikum dan selamat pagi

Harini merupakan hari ke 11 berniaga di bazar ramadhan. Alhamdulillah allah permudahkan segalanya. Sepanjang saya berniaga cuaca sangat bagus, tuah menyebelahi saya, hujan sebelah pagi, tengah hari mentari muncul lagi (cerah la).

Sepanjang saya berkerjaya, ini adalah kerja yang memerah kudrat saya sehabisnya, kadang terasa seperti seolah-olah tiada daya dek kepenatan tapi semangat sentiasa ada, niat mengikut sunnah rasulullah menguatkan hati. Berniaga ni bukan senang, penat, masa dengan keluarga kurang. Bagaimana orang survive ye kalau ini adalah satu-satu nya sumber pendapatan mereka? Semoga mereka beroleh ganjaran daripada Allah atas usaha yang dilakukan.

InsyaAllah saya akan berniaga hingga akhir ramadhan.

Ya Allah kuatkan lah daya dan semangatku aku dalam mencari rezeki, jangan kau leka kan aku dengan segala nikmat yang kau berikan. amin.



Friday, June 2, 2017

Lawatan Tabika Kemas Tahun 2017

Assalammualaikum

Lawatan pelajar yang Abg Haq dan Ilman sertai. 

Bersesak-sesak, mesti panas kan sayang. Terselit gambar Abg Haq disebalik gugurlz. Nak jugak gambar. Ilman kecik sangat, dia ada tapi mesti kat belakang, jadi tak nampak la. hehehe

Mama selit satu gambar sempena Hari Guru tahun 2017. Nampak, cikgu susun, ilman paling depan. Masa ni pelajar 6 tahun ada dalam kelas.



Thursday, June 1, 2017

Makan di Muara Sungai Duyong

Assalammualaikum

Selamat pagi semua. Di hari yang indah ni saya nak kongsi moment indah saya bersama rakan sepejabat. Di ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan JJ (bercermin mata tudung biru) selaku seponser pada hari kejadian.

Makan-makan ini adalah sempena meraikan staf yang bertukar ke daerah lain, staf yang berpencen, staf yang naik pangkat dan juga sempena nak menyambut puasa. Alhamdulillah, happy sangat hang out dengan depa-depa ni.


Sedap-sedap masakan disini


Dak hanie senyum kegembiraan dalam kelaparan tunggu sampai cukup korum baru boleh makan. 


Mana lagi ni, cepat la sikit. banyak kosi kosong lagi tu. 



Selepas makan, semua muka kegembiraan. 


Still waiting....

Maaf ler susunan gambar tidak mengikut urutan. Sekian. Wasalam