Tuesday, September 8, 2015

#Cabaran35EntrySept, Cuaca panas melanda dan jerebu

Assalammualaikum dan selamat petang semua.

Harini masuk hari kedua keadaan berjerebu di Melaka. Sampaikan nak buat kerja-kerja mengukur kat site pun terpaksa saya tangguhkan dahulu sebab jerebu ni buat rasa macam pening pun ada, batuk pun ada. Sebelum-sebelum ni rasa bukan main panas lagi tetiba lak jerebu. Dikatakan ada kebakaran di kawasan Indonesia. Oleh itu, diharap kita dapat menjaga diri dan anak-anak supaya tidak terdedah di kawasan luar rumah, elok duduk atau anak bemain dalam rumah sahaja. Banyakkan minum air masak. Diharap tidaklah sampai diisytiharkan darurat sebab ada yang tengah periksa UPSR.

Poster ini adalah dari Kementerian Kesihatan Malaysia






Berikut adalah video sebagai panduan kepada ibu bapa. Kalau nak cuba, boleh hubungi saya.