Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Abg haq sekolah di Tadika Kemas, Melaka

Percaturan Maha Esa cukup indah. Muhammad Haq Uqasha akan mula bersekolah seawal usia 3 tahun 4 bulan . Berita yang mama terima lewat pukul 11 malam (30/12/2014) dengan mesej berbunyi sukacita dimaklumkan blablabala... Alhamdulillah. Ramai yang mohon, abg haq yang dapat.. Syarat wajib masuk ke tadika kemas adalah pandai menguruskan diri sendiri contohnya makan sendiri, ke tandas dan cebok sendiri. Itu mama tak risau, memang abg haq pandai buat sendiri. Tapi yang mama risaukan abg haq berebut kale/pensil, abg haq kalau mood tak baik, pantang orang usik barang pasti dia mengamok dan menjerit. Mama harap-harap abg haq cepat menyesuaikan diri di Tadika Kemas tu. Bukan sahaja untuk belajar A B C tetapi juga untuk belajar mengawal emosi, tingkah laku dan akhlak yang baik.  Perasaan saya amat gembira sekali, abg haq pun teruja nak ke sekolah. Bila suruh tulis buku selalu kata, abg haq nak sekolah kene tulis buku, nanti cikgu nak tengok. Padahal tika tu usianya 2 tahun. Sekejap je masa...

Al-kisahnya, sebab itu anaknya tak nak ke sekolah!

Boleh ke kita memanjakan anak untuk membolehkan dia mendapat 'excuse' untuk tidak hadir ke sekolah? alkisah nak story ni pasal ada anak tak nak ke sekolah! SEBAB APA? kerana 'gelaran' atau digelar-gelar. Penumpuan harini kepada mereka yang kurus-kurus seperti saya, hihihihi Biasanya zaman saya sekolah dulu, kalau budak tu terlalu kurus mesti akan dapat nama best yang kawan-kawan berikan seperti dipanggil 'kering', 'cekeding', 'kerempeng' begitu juga sebaliknya kalau gemok dan sebagainya, mudah je kawan-kawan gelarkan nama lain. Bila dah dapat kene gelar-gelar tu, ada yang buat tak kisah je, lantak lah tapi ada juga yang sampai jadi muram dan tak mahu ke sekolah (anak manja). Sebagai ibu bapa, kita tak nak lah anak kita orang panggil 'cekeding' kan, bukannya memanjakan anak tapi kita nak yang terbaik untuk anak, bukan nya menggalakkan anak untuk tidak ke sekolah, jangan manja sesangat lerrr, melampau tak nak pergi sekolah tu, jangan ...

Alkisah Abg Haq Elergik Ubat

Hari yang sangat mencemaskan hati saya. Ambil dari rumah pengasuh mulut Abg Haq agak tebal dan muka memang macam sembap je. Kenapa kepelikkan ini berlaku? Bawah telinga Abg Haq membengkak, bawa ke klinik malam itu juga, rupanya tonsil membengkak walaupun tak demam, jadi salur yang berkaitan dengan tonsil pun turut membengkak. Doktor bekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat untuk dihisap seperti gula-gula. Saya bertanya kepada doktor, "perlu ke bagi antibiotik ni" doktor kata " memang perlu memandangkan kuman telah merebak ke tonsil dan salurnya" Sebelum tidur Abg Haq makan antibiotik, apabila bangun pagi, bengkak tersebut makin besar dan Abg Haq mengadu sakit. Saya berikan lagi antibiotik dan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan pukul 7 pagi. Tak lama selepas itu, jari Abg Haq bengkak, memang besar kata pengasuh. Tengahari bengkak tu kembali surut. Pukul 3 petang makan antibiotik dan ubat tahan sakit, tak lama kemudian bibir pula bengkak. Tak terdetik pu...

Ilman batuk berlarutan sembuh dengan madu dan omega

Ilman sudah mula makan omega guard shaklee a.k.a minyak ikan. Tahap kesihatan Ilman adalah lebih baik daripada Abg Haq jadi saya rasa tiada keperluan lagi untuk memberikan ilman vitamin seperti Abg Haq. Tetapi apabila ilman batuk berlarutan, kadang-kadang sampai termuntah, kadang-kadang sampai merah mukanya, keras perutnya, ubat batuk dah banyak makan tapi tak hilang juga, mak pun bising sebab dah hampir dua botol ubat batuk saya berikan. Nak kata saya give up dengan ubat batuk pun iye juga, apabila ubat batuk botol kedua habis, saya tak beli lagi, saya terus berhenti sebab bimbang banyak sangat ubat batuk yang diambil akan memudaratkan ilman kemudian hari. Apabila berhenti saya gantikan dengan madu dan saya selang selikan dengan bagi omega kepada ilman. Batuknya beransur hilang dan 4 hari terus tak batuk lagi. Ya Allah, Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah.      Sejak dari itu, madu dan omega menjadi supplement kepada ilman. Madu saya beri...

Si manja Ilman berusia setahun sebulan

Ini lah Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz, Ilman dah nak masuk usia setahun sebulan bulan. Ilman masih lagi bertatih. Setakat malam tadi, dalam 10 tapak pastu tumbang. Alhamdulillah lah, tapi nampak gaya dirinya belum dapat merasai keseimbangan untuk berjalan. Si manja ilman, tak suka kalau orang kata 'tatih, tatih' dia pasti duduk kembali. Jadi saya bangunkan dia dan suruh dia kejar abg Haq, senyum -senyum simpul dia menapak pergi mendapatkan abangnya itu. Abg haq pun ketawe terkekek-kekek bila adik mengejarnya. Suka Abg Haq sebab ada kawan bermain.   Perwatakan ilman agak manja berbanding Abg haq, mungkin sebab dia 'adik'. Walaupun begitu, sifat tak beralah dan suka berebut mainan sama juga seperti kanak-kanak lain. Saya sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan saya dalam menjaga mereka berdua seorang diri kerana suami bekerja jauh. Setelah pulang dari rumah pengasuh, biasanya saya akan memberi mereka makan, lepastu bermain-main hingga penat. ...

Susu soya untuk ibu menyusu badan

Alhamdulillah kenyang, untuk alas perut sementara tunggu waktu makan tenghari saya memilih susu soya dari shaklee ini. Saya sangat-sangat berpuashati, lepas pam susu semestinya perut akan lapar. Mana tak nya, saya sarapan pukul 7 pagi, pam susu pukul 10 pagi, secara automatik perut terus lapar. Tapi takda lah pelik sangat, memang ibu yang menyusu badan akan alami situasi macam ni.  Apa yang bagus mengenai susu soya shaklee ini kerana kacang soya yang digunakan hanya mengandungi non-Genetically Modified Organism(non-GMO). Tiada sebarang campuran kimia dan bahan penyedap. Alhamdulillah saya minum susu soya shaklee ni sejak sebelum hamil, semasa hamil dan sekarang masa menyusu badan, anak takda masalah pun dari segi kulit elergik ke apa ke.  Satu tong susu soya ini dihasilkan dari 30kg kacang soya. NAMPAK!! Sebab tu pengambilan MAX sehari 3 sudu sahaja.  Penjimatan berganda. Sehari 3 sudu, tapi biasa saya ambil 2 sudu dah cukup. Sekali shake satu sudu je saya l...

Rahsia diriku kekal kurus menawan

Hamboiii, tajuk kali ni tak agak-agak ye, kurus tu menawan ker???hahaha Tergerak hati untuk berkongsi rahsia diriku kekal kurus ni sebab ada yang menegur saya sebentar tadi ketika menghantar surat.  kakak 1 : Dak hanie ni kurus je aku tengok, apa rahsia ko nie? Kakak 2 : Ni mesti makan shaklee ni. Kakak 1 : Ko tak makan malam er? Hanie : Tersenyum poyo.. hahaha Sebenarnya ianya bukanlah rahsia lagi. Betul tekaan kakak 1 itu, apabila pulang dari kerja saya akan makan malam, iaitu sebelum pukul 7. Saya agak itulah yang menyebabkan saya kurus dan rahsia-rahsia lain yang bukan rahsia lagi yang menyebabkan diriku kekal kurus menawan adalah pengambilan air putih yang mencukupi iaitu lebih 2 hingga 3 litter sehari, senaman ringkas iaitu sit up max 20 x sehari, senaman cantikkan peha 10x iaitu (gambar senaman yang tengah2 tu, konon nak kecikkan peha buat lah senaman itu ye)  dan menyusukan baby (kalau yang ada baby lah). Itu je. ringkaskan tapi kalau tak biasa mungkin o...

Breast pump yang bermasalah

Apabila breast pump bermasalah, maka terganggulah sikit kuantiti susu yang dihasilkan. Mana tak nya, selalu pam serentak kedua-dua belah, tetiba pula kena buat satu satu, tak ke stress dak hanie, selalunya 15-20 minit dah siap ni nak kene tunggu hampir 40 minit. ayakkkk...  Banyak kedai dah dirayau di Melaka ni untuk dapatkan spare part breast pump ni, tapi tak jumpa, kene order online lah jawapnya ni. Ada ke yang alami masalah nak cari getah ni ye. Brand spactra 3 lah.  Moga Allah beri saya kesempatan masa untuk online cari getah putih ini sebab rasanya sekarang terlalu sibuk untuk survey2. Amin.  Di harap lepas tukar getah putih, pump ini boleh beroperasi seperti biasa, janganlah benda lain yang gosak. 

Tips mengatasi anak susah tidur awal di waktu malam

Di petang yang sejuk beku dengan angin ekon yang sepoi-sepoi bahasa ini, terajin pula harini untuk berkongsi tips untuk mengatasi masalah yang sering dihadapai oleh ibu bapa masa kini iaitu susah untuk anak-anak tidur awal diwaktu malam.  Kesukaran ini juga pernah saya hadapi ketika Abg haq berumur setahun lebih. Sangat susah untuk Abg Haq tidur awal. Ada kalanya saya tidur pukul 10 malam, Abg Haq akan tidur pukul 12 malam. Tapi alhamdulillah masalah itu dapat diatasi malah beliau akan tidur biasanya seawal 9.30 malam.  Antara tips untuk atasi masalah anak susah tidur awal ini adalah : 1. Kenali punca Mengapa susah tidur? Perkara paling biasa adalah kerana anak-anak melakukan aktiviti kegemaran mereka sehingga melekakan dan tiada rasa mengantuk. Penyelesaiannya menyuruh mereka sambung aktiviti kegemaran mereka keesokkan hari. 2. Masuk ke tempat tidur lebih awal.  Kalau nak anak tidur pukul 10. Pukul 9.30 dah boleh ajak anak ke tempat tidur. Biar mereka ...

ESP menjadi peneman dikala kelaparan

Yeahhh.. dasyat tak tajuk entry kali ni. Baru je habis pam susu badan, tu yang jadi ayat 'ESP menjadi peneman dikala kelaparan' tu. Makan dalam pukul 12.30 tenghari kini sudah pukul 3.30 petang, jadi berkeroncong lah perut saya ni. Saya makan mee hun je, tu yang cepat lapar, kalau makan nasi lambat sikir laparnya. hehehe. ataupun itu hanya mitos diminda saya je, ayakkk..pulak dah, macam-macam hal lah dak hanie ni kan.  Nasib ada lah ESP ni ada kat opis, kalau tak, kene tunggu balik rumah lah baru makan. Nak keluar dari opis ni cukup la malas tahap gaban, jadi dengan cara mudah dan pantas, penyediaanya kurang dari 5 minit. Hanya koyakkan 1 pek nestum 3 IN 1, letak air panas bagi kembang sikit, campur air suhu bilik biar jadi suam-suam kuku, kemudian masukkan sesudu esp, kemudian kita shake shake shake!!! TARAAAAAA...siap dah.. pantas sungguh penyediaan ESP Shaklee ni kan, eMM..Sedap pula rasanya. Campuran ESP dengan Nestum ni memang kegemaran saya ni. ni cicah dengan bisiku...

Perlukah susu formula untuk anakku

Dengan rasa yang agak kecewa saya menulis entry ini, kalau ada yang mengikut blog saya ni pastinya tahu misi saya sebelum terjadinya anak ini, semasa mengandungkan anak ini, semasa lahirnya anak ini, hati saya teramatlah kuat untuk menyusu badan anak ini sepenuhnya tanpa campur dengan susu formula. Memang niat suci murni saya itu sentiasa mekar dalam hati saya.  Tapi apakan daya, semakin ilman membesar semakin banyak pula permintaan susu yang agak payah untuk saya tunaikan. Saya ambil keputusan untuk cuti tanpa gaji selama 3 bulan iaitu pada usia ilman 5 bulan hingga usianya 8 bulan.  Semasa saya bercuti, tiada masalah untuk saya bagi susu badan secara exclusive sepenuhnya. Mula-mula bercuti, dengan penuh semangat saya membuat stok susu ibu untuk ilman, ada 5 botol penuh susu ibu beku di freezer, apakan daya, ianya cair akibat en.suami mendefross peti ais kami. adehhh.. habis semua susu cair. Buang kesemua susu tersebut. Dan en. suami tak bagi saya menyimpan susu ibu l...

Anak aktif, Abg haq kini berusia 3 tahun

Alhamdulillah, semalam adalah hari lahir Muhammad Haq Uqasha yang ke 3 tahun. Happy birthday sayang, moga jadi anak soleh ye. Anak aktif, cergas dan pintar ni mempunyai banyak kebolehan di usia 3 tahun ni. Antaranya Abg Haq dan pandai bawa basikal (roda tiga), pandai jaga adik (pegang kaki supaya tak jatuh katil), pandai buang air besar di tandas, tidak lagi memakai pampes (tapi nak tidur saya akan pakaikan), sungguh kuat semangat, kalau berebut mainan tu memang tak mengalah, kalau demam pun masih lagi aktif bermain, kalau pergi taman permainan sejam pun belum penat lagi, sedikit sensitif (merajuk), pandai mengalah dengan adik kalau kene dengan cara pujuk nya. Salah satu caranya, umpan dia dengan bagi vitamin sebab Abg Haq suka makan vitamin.  Abg haq seorang yang takut dengan gelap & guruh seperti mamanya, berani pegang cicak & katak & sedikit baran seperti ayahnya. Budak-budak sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan sikap ibu bapanya kan. Jadi memang saya beraza...

Bercuti ke Pulau Tioman

Assalammualaikum dan selamat hari raya.. cewah.. masih dalam mood raya lagi ke. Ya allah, berkurun aku tak update blog.. eh ye ke..  Apalah dak hanie ni, ni kan blog untuk vitamin-vitamin shaklee, kenapa pula ada termasuk gambar bercuti ke Pulau Tioman pula ni.. hehehehe.. Jawapannya sebab saya takda blog personal untuk saya abadikan gambar-gambar ini, jadi saya pun dengan suka hati mengupload lah gambar bercuti ke Pulau Tioman saya disini.  Rasa best sangat dengan aktiviti snorkeling di Pulau Tioman ni, dapat tengok banyak ikan dan isi-isi bumi di dalamnya. Alangkah indah ciptaan Allah, terasa tenang berasa di tengah lautan. Aisyyyy.. memang teruja lah.. best sungguh.  Tempat : Pulau Tioman Tarikh : 31 Julai 2014 Kos perbelanjaan 3 hari 2 malam lebih kurang 4 ribu untuk 10 dewasa dan 2 kanak-kanak Kalau nak pergi dinasihatkan tengok ramalan cuaca terlebih dahulu ye sebab masa kami nak balik, angin serta ombak kuat pun...

Jadual pam yang betul banyakkan susu ibu

Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki yang allah bagi. Stok susu ibu untuk ilman yang baru je saya pam di ofis sebentar tadi. Pukul 6 pagi pam susu ibu tapi sekadar pam angin keluar. Sekiranya ini terjadi pada anda jangan kecewa. Saya bila tengok botol masih kosong. Saya ucapkan alhamdulillah.. allah bagi kita sedikit masa untuk merangsang hormon kita. Kita bagitau badan kita 'i need more milk'... saya perlukan lebih susu ibu, lebih!!  Dan sememangnya  tujuan saya pam susu ibu itu pun dengan harapan akan dapat banyak susu pada jadual mengepam seterusnya. Dan ini lah hasilnya. Disini saya ingin tekankan kepada ibu bekerjaya yang ingin menyimpan susu ibu, pam ikut jadual yang anda buat/tetapkan. Misalnya saya akan pam pada jam 6pagi , 9pagi , 12 tengahari, 3 petang. Biasanya jam 6 pagi, saya pam dapatlah 1 atau 2 auns. Sikit kan, tapi takpe. Kita dah ransangan untuk mendapat lebih banyak susu ibu pada jam 9 pagi dan hasilnya jam 9 pagi saya dah dapat 6 auns (bulan pua...

Rahsia ibu menyusu kekal aktif di bulan ramadhan

Sebagai ibu yang masih menyusu badan, sebelum tibanya bulan ramadhan saya risau, takut-takut produktiviti susu saya akan merundum. Walaupun dah berlatih 2, 3 kali puasa sunat, tetapi hati tetap rasa gusar. Saya memang nak sangat menyusukan anak saya sehingga 2 tahun.  Harini hari ke 12 berpuasa di bulan ramadhan, saya dah boleh menarik nafas lega. Alhamdulillah susu saya maintain, tak lah meriah dan melimpah ruah tapi cukup untuk si kecik saya tu. Apakah rahsianya? cewah. Masa hari pertama berpuasa, ya allah memang berkeroncong perut waktu tengahari lepas menyusukan anak. Awal-awal mula berpuasa maka terlupalah vitamin nak ambil, ESP pun tak sempat nak minum. Begitulah 2, 3 hari berikutnya masih belum dapat menguruskan masa dan keadaan dengan betul. My hero 2 orang tu pun ikut bangun sahur sekali, tak ke kacau bilau pepagi tu.  Biasanya waktu sahur saya akan ambil 2 gelas air masak, 1 biji vitamin C Shaklee, sesudu madu dan beberapa biji kurma. Masuk hari ke 4 kal...

Makanan terbaik untuk kanak-kanak yang berpuasa

Makanan memberi kita tenaga sepanjang hari. Oleh itu, makanan yang hendak diberikan kepada kanak-kanak yang berpuasa haruslah dititik beratkan bagi membolehkan kanak-kanak itu melakukan aktiviti harian mereka. Walaubagaimanapun kita boleh melatih anak mengikut kemampuan mereka. Jom ikuti sedikit coretan mengenai makanan terbaik bagi si manja anda.  - Makanan seimbang Makanan seimbang yang lengkap  dapat memberikan tenaga kepada si kecil yang berpuasa. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu ditambah dalam setiap hidangan untuk melengkapkan khasiat dan memberi tenaga kepada mereka yang berpuasa. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar bagi memastikan mereka mendapat khasiat sepenuhnya untuk keperluan badan mereka sepanjang berpuasa. - Makanan berserat Pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia membuatkan anda lambat lapar. Ia juga baik untuk penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makan...

Petua buang lendir untuk kanak-kanak dengan daun ketumbit

Petua buang lendir ni bukan sahaja boleh digunakan kepada kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh. Al-kisah ilman kene asma dan nafasnya berbunyi. Dah masuk sepital 3 hari pun masih ada bunyi, lendir/kahak tu tak reti nak buang. Tapi alhamdulillah dekat paru-paru nya dah tak da lagi, tu yang doktor benarkan balik rumah. Jadi cara alternatifnya adalah menggunakan petua yang menggunakan daun ketumbit ini selain turut makan ubat yang dibekalkan oleh pihak sepital.  Cara menggunakan daun ketumbit ni adalah petik 5, 6 helai daun, basuh bersih dan ambil sedikit kapur makan, gesek ditapak tangan dan akhirnya akan keluar lendir maka kita sapu didada dan belakang badan. Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas lagi ye...   Ada sesiapa yang tak kenal daun ketumbit, ini lah dia, rupanya macam rumput ditepi-tepi rumah yang menyemakkan tapi banyak khasiat tu.   Sekian sahaja entry kali ni, sebenarnya entry kali ini sangat lah menguji kesabaran seb...

Punca lelah/semput/asma kepada baby

Nak panggil lelah ke semput ke asma ke.. apa-apa je lah kan.. Tajuk entry kali ini ditulis sebab baby ilman kene asma.  Al-kisahnya begini.... Mungkin perjalanan kami yang jauh dari Kedah ke Melaka, berehat sehari di rumah dan meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi, Johor membuatkan baby ilman penat, dengan perubahan cuaca dan tempat, maka singgahlah en.demam. Pada ketika dah baik demam selesema, berjangkit pula pada Abg haq selesema dan batuk. Dalam seminggu tu berjangkit pula batuk pada baby ilman. Emmm.. berbalik-balik pula penyakit ni. Kesian tengok baby ilman batuk keras, bawa ke klinik dan bagi makan ubat. Setelah 3 hari batuk bermulalah episod lelah/semput/asma kepada baby ilman. Waktu pagi, seperti semalam nafas baby ilman berbunyi lebih jelas. Nafasnya laju macam orang penat dan sememangnya saya betul-betul ingat baby ilman penat kot menyiarap dan mengemop satu ruang tamu rumah kejar mengejar abg haq. Jadi saya leb...

Stok susu ibu yang beku telah rosak

Agak kecewa apabila stok susu ibu yang disimpan selama sebulan di dalam frezer cair begitu saja. Alahai.. apa nak buat, bukan rezeki ilman nampaknya. Walaupun hanya 4 botol tapi frust juga lah. Angan-angan bila jadi suri rumah 3 bulan ni nak buat stok susu ibu banyak-banyak, nanti dah naik kerja senang sikit, boleh mengelat waktu mengepam nanti. Nampaknya allah lebih mengetahui, Dia nak saya lebih berusaha untuk memenuhi permintaan baby ilman. Masa mula-mula datang en.suami dah warning saya, ‘ayang tak payah la pam, peti ais kan kecik je, nanti tak muat nak letak barang’ tapi saya kan degil sikit, nak juga pam.. ni lah hasilnya. Hihihi Stok susu ibu yang telah cair terpaksalah dihabiskan dalam masa 24 jam tapi rasanya tak bagi kot kat ilman sebab susu fresh mama kan ada. Jadi terpaksa buang la jawapnya. Bagaimana stok susu ibu itu boleh cair ye? Peti air satu pintu, apabila ais yang melekat kat dinding bahagian freezer dah tebal, kita kene cairkan dengan menek...