Entry kali ini ditulis untuk mengabadikan cerita dan pengalaman saya berjalan-jalan di penang tempoh hari, 3 hari kami di Penang dan ini pengalaman yang pertama saya menyusu badan walau dimana sahaja. Anak sulung saya menyusu badan sepenuhnya selama 20 hari sahaja tapi alhamdulillah baby kedua saya kini hampir 3 bulan dan saya masih menyusu badan sepenuhnya. Bersyukur sangat dan saya harap penyusuan susu ibu ini akan berterusan sehingga 2 tahun. Treatment for osteoarthritis Dua pengajaran bermakna yang saya dapat sebagai ibu yang menyusu badan semasa percutian di Penang haritu adalah : 1. Memakai baju ibu menyusu. Sekiranya kita berjalan-jalan ke tempat yang susah untuk mencari tempat privacy dan memaksa kita menyusukan badan walau dimana sahaja, sangat-sangat digalakkan memakai baju ibu menyusu. Ketika saya di Penang haritu, kami menaiki Bukit Bendera (Penang Hill), sebelum dan selepas naik ke Penang Hill memang susah nak cari tempat untuk menyusu kan baby jadi saya me...