Tuesday, March 11, 2014

Sepetang bersama ESP dan cerita susu ibu

Cewah tajuk macam nak masuk dalam iklan tivi ye. Sepetang bersama ESP Shaklee ni diambil sempena waktu petang ni. Saya baru je sudah pam susu. Petang ni saya dapat 7 auns. Alhamdulillah. Walau banyak ke sikit ke kuantitinya saya syukur sangat sebab susu masih ada tak kira lah berapa banyak. Saya sebolehnya nak elak untuk bagi ilman susu formula.

Alhamdulillah juga ilman tidak berjangkit selesema saya yang dah masuk hari ke 6 tak elok-elok lagi ni. Saya nampak sangat perbezaan antara baby yang minum susu formula dengan susu ibu ni. Bayi yang minum susu ibu ni antibodi nya lebih banyak bagus daripada susu formula.
Sepetang bersama ESP shaklee ni cuma nak bagitau dan nak kongsi selain minum ESP ni dapat susu yang lebih pekat dan berkualiti tapi ianya memperbaiki kulit saya.

Ni testimoni saya sendiri.. lihat kulitku.. tak kering dan tona kulit lebih sekata.
 Wewit wewit. Hehehehe..


Monday, March 10, 2014

Cerita susu ibu : Ulang alik hantar susu

Saya tak taulah ni kisah yang sedih ke tapi saya tak rasa sedih pun, mungkin ini katagori 'cabaran'... Cabaran sebagai ibu menyusu badan exclusive.

3 hari saya berkursus di MITC MELAKA. 

Bermula hari selasa, hantar ilman bersama susunya 5 botol x 3 auns dan pergi ke tempat kursus yang jauhnya 18kn dari rumah. Tiba waktu rehat selama setengah jam iaitu pukul 10.00 saya bergegas ke surau di tingkat bawah untuk pam susu dan saya dapat 4 auns. Lepas pam saya pergi ke tempat makan yang disediakan. Semua orang tengok saya, semua dah nak abis makan tapi saya baru je sampai. Malu sungguh lah.. So saya ambil baki makanan yang tinggal, mee sup dah habis, saya ambil je kuih 2 biji dan ambil air. Bila saya baru nak duduk mereka yang lain dah bergegas nak masuk semula ke dewan sebab dah nak habis rehat. Nasib kakak opis ada teman kan saya, saya pun makan dengan laju-laju dan minum air, adeh melecur mulut, air panas gila, tak jadi nak minum terus ajak kakak tu masuk ke dewan, memang kami antara yang lambat la. blablablabla.. 

Apabila waktu rehat untuk makan tenghari, saya bergegas turun, duduk tengah-tengah tapi saya paling laju keluar. Kene cepat kalau tak kene beratur panjang, jadi saya dan kakak antara orang yang terawal makan. Jadi selepas makan saya pun balik terus ke rumah. Sampai rumah bergegas pam, solat dan terus keluar rumah, singgah hantar susu dan kembali ke dewan. Saya juga yang paling lambat masuk. Malu lagi.. adehhhh...nasib tak kene denda.


Hari kedua. Rutin macam biasa rehat pagi saya mengepam dan waktu rehat tenghari saya pam juga dan harini saya tak balik rumah hantar susu sebaliknya mak saya datang ambil sebab saya taknak lewat masuk ke dewan. Nasib mak saya baik... hehehehe

Hari ketiga memang agak teruk sebab saya hanya dapat bekalkan ilman dengan 3 botol sahaja, saya kurang sihat, selesema, tekak perit, kepala ting tong, mungkin sebab tu susu pun kurang. Jadi bila dikira susu ilman akan habis pukul sebelas jadi masa rehat pagi saya putuskan untuk balik rumah pam susu dan hantar pada pengasuh. Oleh sebab tak berapa sihat jadi saya buat keputusan untuk masuk ke dewan sesi petang je.

Terasa sangat payah untuk menyusu badan sepenuhnya dengan pengasuh lagi ayik cakap ilman tak kenyang minum susu... isyyy.. kalau ilman tak kenyang macam mana ilman boleh jadi tembam sebegitu... takpa la, saya abaikan je la rungutan pengasuh tu. Yang penting saya kuatkan hati untuk bagi ilman menyusu badan sepenuhnya sehingga 6 bulan. Insyaallah...amin.

Friday, March 7, 2014

Alas perut dengan ESP

Harini saya nak kongsikan minum yang mudah dibuat, cepat dan kenyang. Boleh dijadikan alas perut sementara menunggu waktu makan tengahari ataupun bila-bila masa yang anda sibuk sangat-sangat sampai tak sempat nak makan. Jadi ESP ni la jawapannya. 

ESP ni la peneman (alas perut) saya dikala perut kebuluran bila habis mengepam dan nak tunggu waktu makan. Al-maklum la jadi ibu menyusu ni lapar sokmo. 

Resepi pantas ESP :-
Satu sudu McD ESP
Satu paket nestum 3 in 1
Secawan air sejuk. 

Shake shake shake shake shake... dah siap.


Memang sedap dan memang pantas. Saya suka buat sejuk-sejuk. Apa tunggu lagi.. jom alas perut dengan ESP.  Minum protein kualiti tinggi. Selain alas perut ianya baik untuk kulit. Amboi.. tu yang paling best nak dengar tu. Hihihi