Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

#Cabaran35EntrySept, Cuaca panas melanda dan jerebu

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Harini masuk hari kedua keadaan berjerebu di Melaka. Sampaikan nak buat kerja-kerja mengukur kat site pun terpaksa saya tangguhkan dahulu sebab jerebu ni buat rasa macam pening pun ada, batuk pun ada. Sebelum-sebelum ni rasa bukan main panas lagi tetiba lak jerebu. Dikatakan ada kebakaran di kawasan Indonesia. Oleh itu, diharap kita dapat menjaga diri dan anak-anak supaya tidak terdedah di kawasan luar rumah, elok duduk atau anak bemain dalam rumah sahaja. Banyakkan minum air masak. Diharap tidaklah sampai diisytiharkan darurat sebab ada yang tengah periksa UPSR. Poster ini adalah dari Kementerian Kesihatan Malaysia Berikut adalah video sebagai panduan kepada ibu bapa. Kalau nak cuba, boleh hubungi saya.   Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo .

Hernia, bagaimana nak atasinya?

Hernia a.k.a bahasa orang kampung iaitu angin pasang. Saya nak pesan banyak-banyak, bagi sesiapa yang ada hernia, baru muncul hernia tu ke, anak kita yang ada hernia ke, sila lah rujuk kepada doktor bagi dianosis benda tu dulu. Jangan lah terjah kepada bomoh ke ubat-ubat kampung ke. Bagi doktor bertauliah menjelaskan apa hernia tu, punca dan bagaimana cara merawatnya. Lepas dapat penjelasan yang sepatutnya, ada ilmu sikit tentang penyakit itu, barulah kita fikir nak buat apa, kalau nak berubat kampung silakan. Al-kisah operation anak saya terpaksa ditunda berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau batuk sikit. Bagi pakar bius, batuk seleseme atau demam sikit pun tak boleh sebab ianya melibatkan paru-paru memandangkan usianya yang kecil. Banyak ilmu yang saya korek daripada en.google, Alhamdulillah ianya terang dan nyata bagi saya supaya saya tak panik atau kalut menghadapinya. Bagaimana nak atasi hernia ini, hanyalah dengan pembedahan sahaja bagi menutup saluran/din...

#Cabaran31hari, Meriahnya Tabika Kemas Bertam Malim B Sambut Merdeka

Assalammualaikum dan selamat pagi. Dengan tema 'Sehati Sejiwa' bulan kemerdekaan pada tahun ini, Tabika Kemas Abg Haq tidak ketinggalan memeriahkan kawasan tabika dengan bendera dan poster. Sungguh teruja mama rasa setiap kali hantar Abg Haq Ke sekolah. Gambar di atas adalah lambang bendera yang dicorakkan daripada cop tapak tangan setiap pelajar di tabika kemas ini termasuk cikgu dan pembantunya sekali. Cop tangan Abg Haq ada pada warna biru. Abg Haq beriya-iya bagitahu mama cop tanggannya berada di nun atas sekali. Tarikan begini membuatkan pelajar kat situ suka sangat dengan sekolah. Masa bulan puasa yang lepas diaorang ada buat biskut. Memang best la sekolah tabika ni kan bukan takat belajar akademik je tapi macam-macam aktiviti. Sukanika Tabika Kemas Bertam Malim Ini lah buah hati pengarang jantung intan belian mama. Sekarang macam-macam pandainya. Kalau mama nak marah pada adiknya, dia akan kata " mama, jangan marah, ilman kan kecik lag...

#Cabaran31hari, Cedera ringan akibat bermain bola

Assalammualaikum dan selamat malam. Bersiaran dari atas katil jam 11:21 malam sambil menjaga anak yang cedera ringan tapi membuatkan mama risau. Masa saya dalam perjalanan pulang ke rumah, pengasuh talifon memberi tahu kepala anak saya berdarah akibat botol kaca jatuh atas kepalanya. Suaranya seakan cemas tapi dia kata ada luka sikit. Walaupun sikit bila dengar botol kaca memang lah risau. Saya tak bertanya banyak, saya cuma kata 'ok kak saya dah nak dekat sampai'. Apabila tiba je kat rumah pengasuh, nampak abg haq ceria je, alhamdulillah, lega hati saya. Al-kisah rupanya-rupanya Abg Haq bermain dekat beranda rumah, ada beberapa botol hiasan yang diletakkan tinggi atas rak, bola melantun ke arah itu, lalu botol kaca jatuh atas kepala Abg Haq, botol tu tak pecah tapi kepalanya yang berdarah. walaupun koyak lebih kurang setengah inci tapi luka tu dalam. Kepalanya terkena bucu botol kaca empat segi.  Apa yang merisaukan mama, pengasuh dah letak ubat gamat pada luka...

Hernia Dikalangan Kanak-Kanak

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai hernia dikalangan kanak-kanak. Kenapa hernia ye? sebab anak saya bakal menjalani pembedahan untuk menutup bukaan kecil yang menyebabkan air atau usus nya terkeluar lalu jelas kelihatan pada telur (testis).  Pada raya cina tahun 2015 iaitu awal tahun haritu, telurnya besar sebelah, mula-mula takda risau sangat tapi lama kelamaan ianya semakin membesar. Beliau kerap pegang sebab rasa tak selesa tapi bila mama tanya sakit atau tak? beliau kata tidak sakit. Bila telurnya besar sebelah, telur yang sebelah lagi semakin kecil dan menghilang. Kami mencuba rawatan alternatif iaitu pergi berurut, keesokkan harinya ianya makin teruk, telurnya menjadi merah dan sakit. Dengan segera saya membawanya ke hospital. Doktor kata bahagian telur jangan diurut kerana takut mendatangkan bahaya. Kami diminta rujuk kepada pakar di Hospital Melaka. Akhirnya doktor memberi penerangan sama seperti penerangan...

Betul ke PetPet direka semula dengan keselesaan tambahan?

Assalammualaikum Saya adalah pengguna lampin pakai buang PetPet sejak anak sulung dan sekarang anak kedua saya yang berumur 1 tahun 10 bulan juga masih menggunakan PetPet. Sejak harga lampin pakai buang itu dari harga RM29.50 masa anak sulung iaitu tahun 2011 naik hingga ke RM34.50 pada tahun 2015(after GST) saya masih menggunakan lampin pakai buang PetPet kerana keselesaan anak saya dimana lampin tersebut tebal dan pengudaraan yang bagus. Anak saya jarang kene ruam apabila memakai lampin pakai buang Petpet. Dari segi harga PetPet yang semakin mahal, bagi saya keselesaan anak saya lebih penting. tapi......???? Tapi kenapa saya rasa PetPet mengecewakan saya? Bagi mereka yang biasa menggunakan lampin pakai buang PetPet pasti mereka akan setuju dengan saya. Lampin terbaru ini nipis, memang berbeza dengan PetPet yang lama. Ianya mudah renyok, apa ye istilah yang sesuai digunakan.. emmm.. dilema pula.. apa-apa pun, dengan slogan "PetPet direka semula dengan keselesaan tambaha...

Rahsia Wanita Turun 20kg Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan selamat petang. Topik 'kurus' dipilih pada petang ini kerana saya rasa berat badan saya telah naik sikit. Alhamdulillah mengikut seperti yang direncanakan. Saya nak gemuk sikit dari berat asal 46kg. Sangat kurus bagi saya yang ada 2 anak ni. Kalau capai 50kg tu dah sedap dipandang lah mengikut perkiraan saya. Berbalik kepada rahsia nak turun berat badan. Saya nak kongsi rahsia saya, mudah je nak turun berkilo-kilo. Kacang putih je, cewah berlagak pula kan. Antaranya caranya adalah : 1. Kurangkan makan fast food. 2. Masak dirumah supaya mudah untuk mengagak garam, minyak dan sebagainya. 3. Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. 4. Jauhi air berkarbonat. 5. Minum lebih air putih. 6. Bersenam ringkas. Belanja gambar sekeping Sebenarnya banyak lagi, tapi kekurangan masa nak tulis ni. Apa kata kita tengok video wanita ini. Bagaimana beliau boleh turun 20kg selepas bersalin? Adakah sebab berat anak yang dikandung itu dah takda atau s...

Sukanika Tabika Kemas Taman Bertam Malim

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Harini saya nak abadikan cerita sukanika sekolah Abg Haq iaitu Tabika Kemas Taman Bertam Malim. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran bagi ibubapa dan pelajar serta nama untuk cabutan bertuah. Selepas itu, bermula lah sukan bagi pelajar tabika kemas ini. Acara pertama yang dijalankan iaitu namanya lari bawa aiskrim tapi bukan bawa aiskrim betul, ianya adalah lari sambil bawa kon yang diletakkan dengan bola. Seronok tengok anak2 bersungguh-sungguh berlari.  Acara kedua adalah acara ayam bawa telur. Ianya adalah acara dimana pelajar-pelajar ini akan kepit bola dikelengkang dan dibawa sambil melompat. Pada pandangan saya acara ini tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak kecil sebab mereka penat nak kepit bola sambil lompat, asyik2 bila terlepas. Bolanya besar pelajar semua kecik-kecik. Nampak anak-anak ni penat sangat. Ada yang tak nak lompat, mereka lari je.  Acara ketiga adalah isi air dalam botol....

Memantau Kerja-Kerja membuat cerun

Cukup panas cuaca pada harini, rasa kulit menrenyam-renyam dek panas matahari. Macam manalah nanti panas akhirat kan, Ya Allah, takutnya. Sekarang saya memantau kerja-kerja 3 buah cerun di sekitar Daerah Alor Gajah. Dari satu tempat ke satu tempat. Berada dibawah panas tu perkara biasa bagi kami yang kerja sebagai kuli-kuli ni. Redha je la, saya yang memilih bidang ini, memang serasi dengan jiwa saya. Penat ke panas ke tetap kene tempuh dan kita kerja lillahita'ala. Yang penting niat sebagai ibadah, jadi kita tak lah dapat penat je malah kita dapat pahala.  Tetiba je petang ni nak cerita pasal kerja saya pulak kan. hehehe sebab ni tengah kepenatan baru balik dari site. Nak tidur tak lelap pula jadi kita story mory lah kat blog. Jom tengok sikit kerja saya di site.  Gambar dibawah ini adalah kerja-kerja membuat tembok penahan untuk mengelakkan dari cerun tersebut runtuh. Tembok penahan yang dibina ini adalah dari jenis "Rubber Pitching" . Nampak macam mudahkan, ha...

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah syukur akhirnya saya dapat menghabiskan puasa 6 saya dan harini kiranya hari raya untuk saya. Oleh itu, sempana menyambut hari raya ini, saya buatkan jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan satu opis. Terlaksana niat nak belanja kawan-kawan bila habis puasa ni. Semuanya berjalan dengan lancar. Menu jamuan raya tadi adalah Nasi Lemak dan rendang, lepas tu ada biskut raya berserta jajan. Jom saya belanja satu gambar. Ada kisah disebalik nasik lemak ni tau. Al-kisah niat dihati memang nak tempah awal nasi lemak ni, punya lah sibuk sampai tak sempat nak pergi. Nak dijadikan cerita, pukul 7.00 pagi tadi saya berjalan kaki pergi ke gerai sambil dalam hati sebut 'Ya Allah minta-minta Cik Julie buka" berulang-ulang kali sebut. Alhamdulillah buka tapi nasik lemak yang ada cukup untuk 15 orang sahaja. Masa dalam kereta risau takut-takut tak cukup. Dalam hati kata "Ya Allah minta-minta cukup" banyak kali sebut. Akhirnya cukup juga. Ramai staff pergi ...

Hari Terakhir Bepuasa 6 Di Aidilfitri

Assalammualaikum dan selamat pagi Alhamdulillah harini hari yang ke 6 saya berpuasa di hari raya aidilfitri tahun 2015 ini.  Tak sangka saya akan berpuasa 6 pada tahun ni. Tiba-tiba bila dalam radio bercerita pasal fadhilat berpuasa 6 tu terus saya terdetik dan bermonolog sebegini 'eh, aku nak puasa 6 lah, selain dapat fadhilat berpuasa sepertimana berpuasa setahun dapat jugak aku ganti puasa' . Alhamdulillah syukur sangat, semoga harini berjalan dengan lancar.  Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan unt...

Sahur dengan roti telur cheese

Assalammualaikum dan selamat pagi. Bersiaran dari rumah pada jam 5.53 a.m. Harini menu sahur wastern sikit iaitu roti telor cheese, agak berselera sikit sahur harini ye sebab jarang-jarang buat roti telur ni. Cheese ada dalam freezer, jadi sagat la sikit, bertambah-tambah kesedapannya, al-maklumlah pencinta cheese. hehehehe Harini selain Roti Telur Cheese, macam biasa minuman fav saya mesti ada iaitu ESP yang dicampurkan dengan bijirin nestum. Memang perut terasa kenyang, penuh... Alhamdulillah. Anda nak tahu kenapa saya suka minum ESP. Jom lihat poster ini ye. 

Puasa 6 Di Aidilfitri Sahur Dengan Meggi Kari

Assalammualaikum dan selamat pagi, bersiaran diwaktu 5.30 pagi harini dan dalam keadaan tengah kepedasan makan meggi kari. Tertanya-tanya pula sejak bila meggi kari ni pedas bebenau ye. Nampak sangat dah lama tak makan meggi kari ni.  Harini hari kedua saya puasa 6 dan di harapkan sempat lah nak menghabiskannya sebab bulan syawal dah tak lama je lagi. InsyaAllah sempat. Menu sahur harini adalah 3 biji kurma, secawan ESP, dan semangkuk meggi kari. Hajat di hati untuk makan kurma dan minum ESP sahaja tetapi bila terrrpandang meggi ni macam sedap je kan, so kita buat je lah. Sebenarnya tak membantu pun makan meggi ni, so sila jangan tiru aksi makan meggi ni ye. Sila lah tiru menu makan kurma dan minum ESP, memang sangat-sangat bangus.  Makan kurma semasa sahur adalah sunnah rasulullah s.a.w. ianya penuh khasiat dan memberi tenaga kepada kita. Jom kita baca sikit apa kata en.google tentang kurma dari blog akuinginsukses Nilai Nutrisi dari Kurma Kurma merupakan sum...

Khasiat Mahkota Dewa untuk seorang wanita

Harini saya terkesima dengan bicara seorang tua yang saya gelar Haji. Dari perbualan mereka saya dapat menangkap satu perkataan. Haji kata kepada seorang staff 'perempuan umur 35 tahun ke atas kene banyak makan ulam-ulam, kene jaga kesihatan dan blablabala'. Ayat pendek tu je yang saya dapat tangkap. Oh.. mereka sedang berbicara pasal Mahkota Dewa Ayat tersebut terngiang-ngiang kat kepala saya. emmm.. kenapa perempuan je, lelaki pun sama. Adakah sebab dia sedang berborak dengan perempuan atau pun sebab lelaki akan nampak lebih gagah bila semakin berusia. Selesai menghadap komputer saya pun menyampuk, kata Haji 'Mahkota Dewa ni sangat bagus untuk kencing manis, buang toksin dalam badanm, elak kanser dan banyak lagi . Mahkota Dewa ni kalau dekat Indon memang glamour untuk perubatan tradisional tapi kat Malaysia agak kurang' .  Perkara itu diiyakan oleh kakak sebelah.   Dari perbualan dengan mereka timbul satu hasrat untuk mengamalkan perkara-perkara tradisional yang ...

31 Entry Di Bulan Ogos #Cabaran31hari

Assalammualaikum dan selamat petang  Harini tiba-tiba saja saya terniat untuk mengimarahkan lagi blog saya dengan cerita-cerita hidup saya, keluarga saya, vitamin saya dan tips-tips dari saya. InsyaAllah dengan cabaran kepada diri saya ini blog rujukvitaminku akan lebih meriah dan tiba-tiba rasa macam banyaknya perkara nak kongsi bersama. hehehe. Jadi sepanjang bulan Ogos 2015 ini setiap tajuk akan bermula dengan #Cabaran30hari. Sebelum ini ada rakan blogger buat so kita tiru lah. Benda baik tiru is dibenarkan, jangan benda buruk ye.   Dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim kita mulakan ye.  Cari ideal nak tulis blog

Puasa di bulan Rejab, melatih diri sebelum bertemu ramadhan

Alhamdulillah terjaga juga harini untuk bersahur setelah beberapa hari kunci jam tapi tak terjaga. Aisyyy.. macam mana bila tiba bulan ramadhan nanti, susah nak bangun, Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini, kuatkan semangatnya.  Sebab itu dikatakan bulan rejab ini sebagai bulan persediaan bagi kita untuk menghadapi ramadan. Bersedia dari segi apa? dari segi amalan, mula bulan rejab ni kita praktis bangun malam bertahjud, paling tidak pun kita buat 2 rakaat pun jadi lah, lagi banyak lagi bagus. Lepas solat tahajud tu boleh kita berzikir sikit-sikit. Sampai tertidur pun tak pe. Selain itu, kita perlu bersedia dari segi mental. Haritu masa 1 Rejab saya berpuasa, jadi apabila saya dah lama tak puasa, saya rasa agak letih walaupun pada hari tersebut saya tak pergi ke site/kerja luar, saya hanya buat kerja di pejabat. Agak-agak kenapa tu? Sebab itu kita perlu bersedia dari segi mental dan sentiada la ingat Allah. saya suka sebut Ya Allah, kuatkan semangat aku Ya Allah. Menyebut Y...

Anak sembelit teruk, bagaimana nak atasainya?

Sembelit memang macam satu mimpi ngeri, kalau boleh tak nak kena betol tak? itu kita yang dewasa kata, bagaimana pula dengan anak kecil yang menghadapi sembelit, Ya Allah kasihan sungguh, tak sanggup rasanya nak biar anak kita kene sembelit ni kan. Jom tengok video ini, apakah cara kita nak atasi sembelit ini? Bagi ibu bapa yang buntu mencari ubat atau petua untuk atasi sembelit teruk yang dihadapi oleh anak, boleh mencuba Mealshake dari shaklee untuk masukkan sekali dalam senarai keperluan untuk anak selain buah-buahan dan makanan harian.  Anak juga boleh diajar supaya lebih kerap mengambil air kosong dan galakkan makan buah-buah dan sayuran. Pelbagaikan makanan harian supaya mereka mendapat khasiat yang mencukupi. 

Mesyuarat Agung Tabika Kemas Bertam Malim B

Hujung minggu haritu saya dan suami terpaksa rela pergi kalau tak Abg Haq akan menangis seharian. Abg Haq: Mama, cikgu suruh datang sekolah.  Mama : kalau tak pergi boleh tak?  Abg Haq : ala... (muka nak nangis) Jadi , terpaksalah mama pergi. Ilman pun ikut sekali. Memang bising la suara Ilman, siap menyanyi-nyanyi lagi. Yang paling best, si bijak mama ni mengopek apa yang cikgu tampal kat dinding, puas la ayah melayannya. Ilman kopek ayah tampal, ilman kopek ayah tampal, kene marah, menangis bapak kuat. hihihi. Abg Haq ada kat dalam bilik mengala, ada pertandingan mewarna tapi macam biasa Abg Haq tak menang. hihihi Oleh sebab yang datang setakat 8 Orang ibu/bapa maka kami saumi isteri dengan automatiknya terpilih untuk menjadi AJK. Tak kisah la, kalau ada masa kita turun, Insya Allah.  Bila ditengok takwim, KEMAS ni memang banyak aktivi la, bagus juga, mengeratkan hubungan ibu bapa dengan cikgu dan ibu bapa kanak-kanak lain. Nantikan aktiviti Tab...

Bagaimana Ilman memperngaruhi Abg Haq untuk makan pedas

Asal merah je dah tak nak, padahal kalau spegeti tu merah je lebih bukan pedas pun kan. Itu lah situasi yang dialami oleh Abg Haq, anak sulung saya. Kini Abg Haq dah sekolah.  Biasanya saya akan puji anak-anak tak kisah lah dieorang buat benda seperti kemas mainan ke atau lap air tumpah ke, "pandainya kemas mainan sayang mama ni, baiknya sayang mama tolong lap air tumpah" . Bila puji salah sorang, sorang lagi macam excited nak buat juga supaya dapat pujian. Begitulah, saya tak pasti anak orang lain bagaimana pula situasinya. Jadi dengan usia Abg Haq yang kini masuk 3 tahun 6 bulan (betul tak aku kira ni) perasaan tak nak kalah tu memang sentiasa ada, lebih-lebih lagi dengan Ilman, memang Abg Haq suka nak menang, nak no. 1 dalam apa-apa hal. Kalau mama puji Ilman, kadang-kadang jeling je dari jauh, nak tengok apa yang Ilman buat tu sampai mama puji. Jadi dengan usianya begini, saya selalu puji Ilman bila suap makan pedas, Ilman tak luek balik. "Pandai anak mama ...

Kelebihan kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten

Saya adalah pengemar kepada ESP . Apa yang membuatkan saya jatuh cinta adalah sebab ia membantu saya untuk alas perut ketika saya sedang sibuk. Mula-mula untuk alas perut, lepas tu rasa kulit macam best je kan. Senang cerita anda cuba baru tahu,. hihihihi  Harini saya nak kongsi apa kelebihan kepada pengguna yang mengamalkan ESP secara konsisten. 1. Mengekalkan awet muda kerana asid amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50 ribu jenis protein dalam badan, 20ribu jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit. 2. ESP mengandungi hormon berasaskan tumbuhan semulajadi. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavoid. Isoflavoid membantu dalam mengurangkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan mencegah penyakit jantung. 3. ESP membantu memulihkan fungsi prostat lelaki. Genistin dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel...

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Majlis Bacaan Yassin Tabika Kemas Bertam Malim

Alhamdulillah saya diberi kelapangan masa untuk hadir ke majlis bacaan yasin Tabika Kemas Bertam Malim yang diadakan di Tabika Kemas Bertam Malim A bersebelahan Majlis Kg. Bertam Malim. Dalam Majlis ini dibuat bersekali dengan Tabika Kemas Bertam Malim B (sekolah Abg Haq). Ibu bapa dijemput hadir. Walaupun begitu, kehadiran gabungan kedua-dua tabika ini tidak lah memberangsangkan. Nasib baik la dijemput sekali orang-orang masjid sebelah, terasa lah ramai sikit. Kalau tak, ada lah 7, 8 ketol manusia. Hihihihi.. Mungkin masing-masing sibuk dengan urusan ataupun terlupa. Majlis bacaan yasin ini berlangsung selepas magrib (27hb feb), jadi saya ambil kesempatan untuk solat di Masjid bersebelahan dengan Tabika tersebut. Abg haq cukup teruja jumpa kawan-kawan, bermain kejar-kejar sampai songkok baju basah akibat peluh. 3 orang yang aktif dan bising tu rasanya bagai 10 orang plak yang bermain. Sesekali Abg Haq masuk ke dalam tabika jengah mama ada ke tak lepas tu sambung main lagi...

Penyakit bawaan ibu hamil, sakit pinggang, kaki kejang, simpul biawak dan lain-lain

Persoalan untuk sakit-sakit bawaan ibu hamil, macam-macam masalah, lagi bagus kalau kita dapat elakkan daripada kita cari cara nak mengatasinya bila dah sakit kan. Jadi bagi ibu-ibu yang tercari-cari penyelesaian kepada masalah ini, jejom kita baca apa ibu-ibu ni kata :   Eizan Adzan   Sekarang ni dh 33weeks...sebelum pregnant hgga skrg mmg x pnh miss consume oste ni. Boleh dikatakn rasa lenguh2, sakit pinggang, cramp, sakit gigi, sembelit mmg xde lgsng... Pendek kata pregnant kali ni alhamdulillah sihat dan cergas je. **teman baik sepanjang masa. Kakcik Maz   Ostematrix buat gusi bengkak dan nyilu gigi kurang (kes lepas mengandung anak pertama ni). Mengandung anak ke-2 Cramp kaki langsung xde xde dah gusi berdarah nyilu2 gigi.. Alhamdulillah. Noraimi Syazwani   kalo sembelit time pregnant, amik oste ni insyaAllahbl setel Nurul Huda M S   Saya mmg suka sangat ostematrix. Masa preggie, masalah cramp kaki d...