Wednesday, August 21, 2013

Simpul biawak @ tarik mengkarung

Adakah perkara ini biasa terjadi kepada anda? Pada kite, Tak biasa, sebab kite mengalami keadan ini pertama kalinya ketika mengandung anak sulung, rasa pelik sebab tak tau, apakah yang terjadi kepada kakiku, asal ni? asal ni? 

Simpul biawak atau tarik mengkarung yang terjadi pada kite pada pertama kalinya berlaku dalam masa 3 minit dan kemudian pulih seperti biasa, peritnya hanya allah je yang tahu, hampir menitiskan air mata apabila terasa seperti urat ditarik tegang dah macam nak tercabut kakiku. Semasa mengandung anak sulung, tarik mengkarung mula berlaku apabila dah masuk trimester kedua dan ianya berlaku berkali-kali sehingga bersalin, kalau salah mengeliat waktu bangun pagi, siap la kau, mengucap dan berselawat panjang la menahan sakit. Sejak tu jarang-jarang nak mengeliat, dan bersalin pun takut dah nak mengeliat. 

Selepas melahirkan, tarik mengkarung ni terus hilang, tak da kene lagi. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari, ingatkan hilang terus, rupanya tidak lagi, kite kene juga sewaktu mengandungkan anak kedua. Tapi alhamdulillah nak masuk trimester ke 3 baru dia datang menyerang. Itupun termasuk semalam baru 2 kali, alhamdulillah tidak sekerap anak sulung. Sengalnya belum pun hilang. 

Menurut Dr. Zubaidi : Kekejangan pada wanita hamil berlaku apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Keadaan berpunca apabila rahim semakin membesar, kaki akan mudah lenguh, tekanan rahim pada saluran darah menganggu perjalanan darah ke bahagian kaki dan berlakulah kekejangan. 


Dengan kelapangan waktu yang ada, kite telahpun mengoogle perkara-perkara berkaitan simpul mengkarung ini dan dah take note sikit mengenainya. Apa yang kite perolehi dari mengoogle? (sumber  Dengan olahan sendiri untuk senang paham la ye, Jom ikuti perkongsian ini:

Faktor terjadinya Simpul biawak @ tarik mengkarung :

  1. Keletihan otot yang digunakan dalam pergerakkan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. (aktif sukan, atau tetibe je bersukan, tidak melakukan stretching)
  2. Pengecutan otot secara tidak terkawal (cramps)
  3. Kekurangan pengaliran darah dibahagian kaki akibat posisi yang tidak betul.
  4. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah menganggu perjalanan darah kebahagian kaki.
  5. Terlalu banyak bergerak menyebabkan kaki cramps. 
  6. Kekurangan garam mineral seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Cara mengurangkan kesakitan ketika kena simpul biawak @ tarik mengkarung :
  1. Kejutkan suami, suruh ambil ais dan tuamkan pada kaki.
  2. Suami boleh tolong urut perlahan menggunakan minyak atau picit-picit betis dan jari kaki perlahan-lahan.
  3. Sekiranya bersendirian, gerakan perlahan pergelangan kaki, atau gerakkan kaki supaya darah dapat mengalir. 

Untuk mengelakkan terkena Simpul biawak @ tarik mengkarung :
  1. Sebelum tidur, lakukan sedikit regangan pada bahagian kaki.
  2. Sapu minyak panas dan urut perlahan dibahagian kaki.
  3. Pakai stokin atau selimutkan kaki agar tidak kesejukan atau masuk angin.
  4. Minum air secukupnya. 
  5. Minum susu atau ambil kalsium secukupnya.
  6. Jangan berdiri terlalu lama ataupun duduk kaki terjuntai.
  7. Makan makanan seimbang.

Menurut Dr Tan, 
(Berita Harian Online)

“Apabila wanita hamil kerap merasa sakit, kejang, gatal dan kakinya bengkak, amalkan memakai stokin tekanan sepanjang masa, elak berdiri terlalu lama, jangan duduk bersilang kaki, lakukan senaman ringan dan angkat kaki sekerap mungkin,” katanya. 

STOKIN TEKANAN...Emmm bagaimana ya rupanya.. google google..