Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Hari ke 11 berniaga

Assalammualaikum dan selamat pagi Harini merupakan hari ke 11 berniaga di bazar ramadhan. Alhamdulillah allah permudahkan segalanya. Sepanjang saya berniaga cuaca sangat bagus, tuah menyebelahi saya, hujan sebelah pagi, tengah hari mentari muncul lagi (cerah la). Sepanjang saya berkerjaya, ini adalah kerja yang memerah kudrat saya sehabisnya, kadang terasa seperti seolah-olah tiada daya dek kepenatan tapi semangat sentiasa ada, niat mengikut sunnah rasulullah menguatkan hati. Berniaga ni bukan senang, penat, masa dengan keluarga kurang. Bagaimana orang survive ye kalau ini adalah satu-satu nya sumber pendapatan mereka? Semoga mereka beroleh ganjaran daripada Allah atas usaha yang dilakukan. InsyaAllah saya akan berniaga hingga akhir ramadhan. Ya Allah kuatkan lah daya dan semangatku aku dalam mencari rezeki, jangan kau leka kan aku dengan segala nikmat yang kau berikan. amin.

Lawatan Tabika Kemas Tahun 2017

Assalammualaikum Lawatan pelajar yang Abg Haq dan Ilman sertai.  Bersesak-sesak, mesti panas kan sayang. Terselit gambar Abg Haq disebalik gugurlz. Nak jugak gambar. Ilman kecik sangat, dia ada tapi mesti kat belakang, jadi tak nampak la. hehehe Mama selit satu gambar sempena Hari Guru tahun 2017. Nampak, cikgu susun, ilman paling depan. Masa ni pelajar 6 tahun ada dalam kelas.

Makan di Muara Sungai Duyong

Assalammualaikum Selamat pagi semua. Di hari yang indah ni saya nak kongsi moment indah saya bersama rakan sepejabat. Di ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan JJ (bercermin mata tudung biru) selaku seponser pada hari kejadian. Makan-makan ini adalah sempena meraikan staf yang bertukar ke daerah lain, staf yang berpencen, staf yang naik pangkat dan juga sempena nak menyambut puasa. Alhamdulillah, happy sangat hang out dengan depa-depa ni. Sedap-sedap masakan disini Dak hanie senyum kegembiraan dalam kelaparan tunggu sampai cukup korum baru boleh makan.  Mana lagi ni, cepat la sikit. banyak kosi kosong lagi tu.  Selepas makan, semua muka kegembiraan.  Still waiting.... Maaf ler susunan gambar tidak mengikut urutan. Sekian. Wasalam

Bintik Merah Dan Berair, Chicken Pox Ke Campak

Assalammualaikum dan selamat pagi.  Mula-mula mama tengok ada 5 bintik merah kat badan Abg Haq. Ingatkan kene gigit nyamuk. Tak lama tu makin banyak. Kemudian dekat bintik merah tu ada air gelembong, mama dah rasa lain macam je. Abg haq pernah kene campak keladi masa umur setahun lebih dulu tapi xda la macam ni keadaannya.  Makin lama makin banyak dan naik ke muka, kepala, tangan. Rupanya kene chicken pox.  Beza chicken pox dengan campak adalah campak tu ruam yang banyak dekat badan diikuti dengan demam dan keadaan badan yang tidak sihat manakala chicken pox pula bintik dekat badan diikuti dengan gelembong air, air itu kuman yang menyebabkan senang merebak. Bila air di gelembong dah pecah, ia akan kering, masa proses kering tu la ia akan rasa gatal. Kesian anak mama, harini dah masuk hari ke empat. Bawa Abg Haq ke klinik doc bagi calamine lotion dan ubat syrap tahan gatal. Semoga anak mama cepat sembuh dan tak menjangkiti Ilman dan Ali ye.  ...

Nukilan untuk anak mama

Bismillahirahmannirahim Khas untuk anak-anak mama Muhammad Haq Uqasha bin Mohd Fairuz Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz Muhammad Ali Baihaqi bin Mohd Fairuz Anak, Bumi Allah ini besar, Bumi Allah ini luas, Kamu teroka lah anak, Walau banyak cubaan, Walau banyak dugaan,  Walau banyak ujian, Namun,  Allah lebih dari segala-galanya. Anak, Kamu ketenganan mama, Kamu pembelajaran buat mama, Kamu suka duka mama, Kamu syurga dunia mama, Kamu aset akhirat mama. Anak, Gembiralah kamu tika kecil, Bahagialah kamu tika dewasa Damailah kamu tika berusia.  Anak, Jadi lah sebaik-baik khalifah, Jadi lah sebaik-baik hambaNya, Moga Allah beri kamu bahagia, Restu sentiasa mengiringi kamu semua.

Ali Baihaqi

MUHAMMAD ALI BAIHAQI BIN MOHD FAIRUZ 25 APRIL 2016 Assalammualaikum dan selamat pagi. Dengan sengaja mengupload gambar cahaya mata, buah hati pengarang jantung saya yang ke tiga ini. Alhamdulillah membesar dengan sihat bagai johan. Semoga Allah permudahkan mama untuk membesarkan anak-anak mama semua agar kamu semua jadi khalifah dibumi Allah ini. 

Setelah Batuk 4 Hari Ali Baihaqi sah kene Bronchial Pneumonia

BRONCHIAL PNEUMONIA 16 JAN 2017 MUHAMMAD ALI BAIHAQI BIN MOHD FAIRUZ 8 BULAN 22 HARI Semoga anak mama Muhammad Ali Baihaqi cepat sembuh. Naik ambulan kemudian terus ke bahagian kecemasan zon merah di Hospital Melaka. Risau betul mama, alhamdulillah setelah xray dan pemeriksaan daripada doktor pakar kanak-kanak, mereka kata jangan risau. Ali cuma ada jangkitan di paru-paru (pneumonia).  Pertama kali masuk ke zon merah seumur hidup mama membuatkan mama merasakan keinsafan di dalam diri ini. Kesihatan yang baik adalah benda yang paling bernilai dalam hidup. Ya Allah berikan aku, ibu bapaku, suamiku dan keturunanku kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan dengan baik. Berikan kami nikmat syukur kepada mu Ya Allah. Mama betul-betul merasa kerdil dan tak berdaya tengok pesakit di Zon Merah ini. Semoga Allah permudahkan urusan mereka.  Hari ke tiga Ali mula aktif semula (gambar kat atas). Tidak seperti hari pertama dan kedua, Ali bangun untuk susu...

Homestay di Klebang Melaka

Assalammualaikum Harini saya ingin memperkenalkan salah satu homestay yang berada di Melaka iaitu : D'pinang Homestay Melaka Sekiranya anda tercari-cari homestay di Melaka, boleh cuba menginap di D'pinang Homestay Melaka. D'pinang Homestay ini terletak berhampiran dengan Pantai Klebang (+/- 1 km) dan Pantai Puteri/Tanjung Keling (+/- 3km).  D'pinang Homestay merupakan sebuah rumah teres 3 bilik yang terletak betul-betul di tepi jalan besar. Ini adalah sangat memudahkan untuk  guest keluar dan masuk.  Kadar harga : RM200 - Hari biasa (Ahad hingga Khamis) RM220 - Hari minggu / Jumaat - Sabtu / Perayaan / Cuti sekolah Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor tertera. 018-7854751 012-7454751