Anak kecil saya tu kini berusia 6 bulan dan dia memang dah pandai terbalik-terbalik kan badan tapi yang ni dia dah mengesot pula. Tak pe lah wahai anak. Pengalaman buat saya.
Tapi adakah saya PANIK!
Jawapannya TAK sebab saya ada pengalaman anak sulung saya jatuh katil ketika usianya 8 bulan. Masa tu memang panik gila, mengigil tangan, berderau darah, saya pun menangis sekali. Bila hantar kat baby sitter sampai opis saya tak boleh buat kerja sebab risaukan dia. 'Arghhhh tak boleh jadi ni nak bawa dia ke klinik la'... Apa lagi terus berdesup balik rumah ambil dia bawa pergi klinik pakar,
Ilman rupanya berak, dia mengeget-ngenget sebab tu lah dia berpusing-pusing lalu terjatuh. Inilah dia tertidur apabila sudah dibersihkan.
Doktor ada bagi beberapa panduan apabila anak kecil jatuh katil antaranya :
1. Tengok reaksi anak. Adakah anak tidak aktif seperti biasa ataupun tak.
2. Ada keluar sebarang cecair dari hidung atau telinga ataupun muntah.
Sekiranya anak tidak aktif dan ada kuar sebarang cecair, eloklah bawa ke klinik tetapi kalau tiada sila pantau anak 24 jam untuk lihat kedua-dua perkara seperti di atas. Kalau tak da kira alhamdulillah lah tu, tak perlu risau tapi kalau dalam masa 24 jam ada muntah yang lain macam ke segeralah bawa ke klinik untuk rujuk doktor.
Ilman nampak ok je, lagipun anak kecil saya ni menangis pun kejap je, abgnya dulu menangis lama mungkin sebab ilman dah biasa kene buli dengan abang nya kot. hihihi.. cian anak mama.