Skip to main content

Panduan doktor pakar bila anak kecil jatuh katil

Itulah yang terjadi kepada anak kecil saya yang kedua ni. Mama pun tak tahu lah macam mana ilman boleh jatuh katil. Ayah pergi keje dia masih diposisi yang betul, tak da la kat hujung katil, dia ada kat sebelah saya je. Tapi dalam pukul 7 lebih saya terdengar ilman menagis. bunyi jatuh gedebuk tu pun saya tak dengar. Ingatkan mimpi ilman nangis tapi rupa-rupanya dia menangis betul-betul. Alahai cian anak mama. 

Anak kecil saya tu kini berusia 6 bulan dan dia memang dah pandai terbalik-terbalik kan badan tapi yang ni dia dah mengesot pula. Tak pe lah wahai anak. Pengalaman buat saya.

Tapi adakah saya PANIK!
Jawapannya TAK sebab saya ada pengalaman anak sulung saya jatuh katil ketika usianya 8 bulan. Masa tu memang panik gila, mengigil tangan, berderau darah, saya pun menangis sekali. Bila hantar kat baby sitter sampai opis saya tak boleh buat kerja sebab risaukan dia. 'Arghhhh tak boleh jadi ni nak bawa dia ke klinik la'... Apa lagi terus berdesup balik rumah ambil dia bawa pergi klinik pakar,

 Ilman rupanya berak, dia mengeget-ngenget sebab tu lah dia berpusing-pusing lalu terjatuh. Inilah dia tertidur apabila sudah dibersihkan.

Doktor ada bagi beberapa panduan apabila anak kecil jatuh katil antaranya :
1. Tengok reaksi anak. Adakah anak tidak aktif seperti biasa ataupun tak.
2. Ada keluar sebarang cecair dari hidung atau telinga ataupun muntah.
Sekiranya anak tidak aktif dan ada kuar sebarang cecair, eloklah bawa ke klinik tetapi kalau tiada sila pantau anak 24 jam untuk lihat kedua-dua perkara seperti di atas. Kalau tak da kira alhamdulillah lah tu, tak perlu risau tapi kalau dalam masa 24 jam ada muntah yang lain macam ke segeralah bawa ke klinik untuk rujuk doktor.

Ilman nampak ok je, lagipun anak kecil saya ni menangis pun kejap je, abgnya dulu menangis lama mungkin sebab ilman dah biasa kene buli dengan abang nya kot. hihihi.. cian anak mama.



Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...