Semalam
adalah hari pertama saya menyediakan makanan pejal (solid food) untuk
baby ilman yang lagi 7 hari nak masuk umur 6 bulan. Mulakan awal sikit
ye. Alhamdulillah saya sangat-sangat lah bersyukur kerana dapat
menyusukan ilman secara exclusive dengan susu ibu.. yeehhh hanie, anda
berjaya.
Sebenarnya
saya telah lama diasak oleh orang disekeliling saya untuk berikan ilman
nestum la, bubur la seawal umurnya 3 bulan, nampak tak berapa lama saya
bertahan. Mereka kata ilman tak cukup susu la lapar la blablabla. emmm..
kalau nak ikut logik takkan la ilman yang bam bam tembam tu tak cukup
susu, tengok je la saiz badan dia. huhuhu.. ok la, abis cerita full
stop.
Untuk
makluman, masa anak sulung saya bagi abg haq nestum je, huhuhuhu.. bila
dah besar sikir baru bagi makan bubur dan biskut. Jadi memang saya
pening sikit, puaslah berwasap dengan kawan-kawan, siap google cara buat
puri lobak la, puri kentang lah, akhirnya saya buat bubur kosong je
dulu. Tapi saya tak blender sebab saya dah masak bubur tu 4 jam..
hahahaha.. dasyat tak saya, asyik tambah air je, dah naik hancur dh jadi
tak yah lah blender.
Inilah hasilnya. tara...Comot momot ilman makan, mula lah dia buat muka pelik, hihihi
No comments:
Post a Comment