Harini kite nak bagi petua sikit, eh petua ke, tips la.. perkongsian ni kite baca dari akhbar metro kalau tak silap la. Kalau ada yang tak kenal rupa buah peria, tengok gambar ini ye. gambar dari en.google, comel tak? Ramai tidak menggemari peria kerana rasanya yang pahit. Di Negara ini, sering ditemui dua jenis peria iaitu yang panjang berwarna hijau muda dan bersaiz kecil yang lebih dikenali sebagai peria katak. Pokok peria mudah didapati di negara beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Langka, Malaysia dan Filipina. Ia biasanya tumbuh menjalar seperti pokok timun. Sayur peria ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Peria bermanfaat kepada pesakit kencing manis (diabetes) untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan dalam air kencing mereka. Kaedah paling mudah untuk merawat kencing manis (diabetes) ini adalah minum jus daripada empat atau lima biji peria seti...