Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki yang allah bagi. Stok susu ibu untuk ilman yang baru je saya pam di ofis sebentar tadi. Pukul 6 pagi pam susu ibu tapi sekadar pam angin keluar. Sekiranya ini terjadi pada anda jangan kecewa. Saya bila tengok botol masih kosong. Saya ucapkan alhamdulillah.. allah bagi kita sedikit masa untuk merangsang hormon kita. Kita bagitau badan kita 'i need more milk'... saya perlukan lebih susu ibu, lebih!! Dan sememangnya tujuan saya pam susu ibu itu pun dengan harapan akan dapat banyak susu pada jadual mengepam seterusnya. Dan ini lah hasilnya. Disini saya ingin tekankan kepada ibu bekerjaya yang ingin menyimpan susu ibu, pam ikut jadual yang anda buat/tetapkan. Misalnya saya akan pam pada jam 6pagi , 9pagi , 12 tengahari, 3 petang. Biasanya jam 6 pagi, saya pam dapatlah 1 atau 2 auns. Sikit kan, tapi takpe. Kita dah ransangan untuk mendapat lebih banyak susu ibu pada jam 9 pagi dan hasilnya jam 9 pagi saya dah dapat 6 auns (bulan pua...