Skip to main content

Posts

Showing posts from August 23, 2015

Hernia, bagaimana nak atasinya?

Hernia a.k.a bahasa orang kampung iaitu angin pasang. Saya nak pesan banyak-banyak, bagi sesiapa yang ada hernia, baru muncul hernia tu ke, anak kita yang ada hernia ke, sila lah rujuk kepada doktor bagi dianosis benda tu dulu. Jangan lah terjah kepada bomoh ke ubat-ubat kampung ke. Bagi doktor bertauliah menjelaskan apa hernia tu, punca dan bagaimana cara merawatnya. Lepas dapat penjelasan yang sepatutnya, ada ilmu sikit tentang penyakit itu, barulah kita fikir nak buat apa, kalau nak berubat kampung silakan. Al-kisah operation anak saya terpaksa ditunda berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Beliau batuk sikit. Bagi pakar bius, batuk seleseme atau demam sikit pun tak boleh sebab ianya melibatkan paru-paru memandangkan usianya yang kecil. Banyak ilmu yang saya korek daripada en.google, Alhamdulillah ianya terang dan nyata bagi saya supaya saya tak panik atau kalut menghadapinya. Bagaimana nak atasi hernia ini, hanyalah dengan pembedahan sahaja bagi menutup saluran/din...

#Cabaran31hari, Meriahnya Tabika Kemas Bertam Malim B Sambut Merdeka

Assalammualaikum dan selamat pagi. Dengan tema 'Sehati Sejiwa' bulan kemerdekaan pada tahun ini, Tabika Kemas Abg Haq tidak ketinggalan memeriahkan kawasan tabika dengan bendera dan poster. Sungguh teruja mama rasa setiap kali hantar Abg Haq Ke sekolah. Gambar di atas adalah lambang bendera yang dicorakkan daripada cop tapak tangan setiap pelajar di tabika kemas ini termasuk cikgu dan pembantunya sekali. Cop tangan Abg Haq ada pada warna biru. Abg Haq beriya-iya bagitahu mama cop tanggannya berada di nun atas sekali. Tarikan begini membuatkan pelajar kat situ suka sangat dengan sekolah. Masa bulan puasa yang lepas diaorang ada buat biskut. Memang best la sekolah tabika ni kan bukan takat belajar akademik je tapi macam-macam aktiviti. Sukanika Tabika Kemas Bertam Malim Ini lah buah hati pengarang jantung intan belian mama. Sekarang macam-macam pandainya. Kalau mama nak marah pada adiknya, dia akan kata " mama, jangan marah, ilman kan kecik lag...