Assalammualaikum dan selamat petang semua. Harini saya nak abadikan cerita sukanika sekolah Abg Haq iaitu Tabika Kemas Taman Bertam Malim. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran bagi ibubapa dan pelajar serta nama untuk cabutan bertuah. Selepas itu, bermula lah sukan bagi pelajar tabika kemas ini. Acara pertama yang dijalankan iaitu namanya lari bawa aiskrim tapi bukan bawa aiskrim betul, ianya adalah lari sambil bawa kon yang diletakkan dengan bola. Seronok tengok anak2 bersungguh-sungguh berlari. Acara kedua adalah acara ayam bawa telur. Ianya adalah acara dimana pelajar-pelajar ini akan kepit bola dikelengkang dan dibawa sambil melompat. Pada pandangan saya acara ini tidak berapa sesuai untuk kanak-kanak kecil sebab mereka penat nak kepit bola sambil lompat, asyik2 bila terlepas. Bolanya besar pelajar semua kecik-kecik. Nampak anak-anak ni penat sangat. Ada yang tak nak lompat, mereka lari je. Acara ketiga adalah isi air dalam botol....