Skip to main content

Posts

Showing posts from March 9, 2014

Sepetang bersama ESP dan cerita susu ibu

Cewah tajuk macam nak masuk dalam iklan tivi ye. Sepetang bersama ESP Shaklee ni diambil sempena waktu petang ni. Saya baru je sudah pam susu. Petang ni saya dapat 7 auns. Alhamdulillah. Walau banyak ke sikit ke kuantitinya saya syukur sangat sebab susu masih ada tak kira lah berapa banyak. Saya sebolehnya nak elak untuk bagi ilman susu formula. Alhamdulillah juga ilman tidak berjangkit selesema saya yang dah masuk hari ke 6 tak elok-elok lagi ni. Saya nampak sangat perbezaan antara baby yang minum susu formula dengan susu ibu ni. Bayi yang minum susu ibu ni antibodi nya lebih banyak bagus daripada susu formula. Sepetang bersama ESP shaklee ni cuma nak bagitau dan nak kongsi selain minum ESP ni dapat susu yang lebih pekat dan berkualiti tapi ianya memperbaiki kulit saya. Ni testimoni saya sendiri.. lihat kulitku.. tak kering dan tona kulit lebih sekata.  Wewit wewit. Hehehehe..

Cerita susu ibu : Ulang alik hantar susu

Saya tak taulah ni kisah yang sedih ke tapi saya tak rasa sedih pun, mungkin ini katagori 'cabaran'... Cabaran sebagai ibu menyusu badan exclusive. 3 hari saya berkursus di MITC MELAKA.  Bermula hari selasa, hantar ilman bersama susunya 5 botol x 3 auns dan pergi ke tempat kursus yang jauhnya 18kn dari rumah. Tiba waktu rehat selama setengah jam iaitu pukul 10.00 saya bergegas ke surau di tingkat bawah untuk pam susu dan saya dapat 4 auns. Lepas pam saya pergi ke tempat makan yang disediakan. Semua orang tengok saya, semua dah nak abis makan tapi saya baru je sampai. Malu sungguh lah.. So saya ambil baki makanan yang tinggal, mee sup dah habis, saya ambil je kuih 2 biji dan ambil air. Bila saya baru nak duduk mereka yang lain dah bergegas nak masuk semula ke dewan sebab dah nak habis rehat. Nasib kakak opis ada teman kan saya, saya pun makan dengan laju-laju dan minum air, adeh melecur mulut, air panas gila, tak jadi nak minum terus ajak kakak tu masuk ke dewan, memang...