Skip to main content

Posts

Showing posts from September 21, 2014

Rahsia diriku kekal kurus menawan

Hamboiii, tajuk kali ni tak agak-agak ye, kurus tu menawan ker???hahaha Tergerak hati untuk berkongsi rahsia diriku kekal kurus ni sebab ada yang menegur saya sebentar tadi ketika menghantar surat.  kakak 1 : Dak hanie ni kurus je aku tengok, apa rahsia ko nie? Kakak 2 : Ni mesti makan shaklee ni. Kakak 1 : Ko tak makan malam er? Hanie : Tersenyum poyo.. hahaha Sebenarnya ianya bukanlah rahsia lagi. Betul tekaan kakak 1 itu, apabila pulang dari kerja saya akan makan malam, iaitu sebelum pukul 7. Saya agak itulah yang menyebabkan saya kurus dan rahsia-rahsia lain yang bukan rahsia lagi yang menyebabkan diriku kekal kurus menawan adalah pengambilan air putih yang mencukupi iaitu lebih 2 hingga 3 litter sehari, senaman ringkas iaitu sit up max 20 x sehari, senaman cantikkan peha 10x iaitu (gambar senaman yang tengah2 tu, konon nak kecikkan peha buat lah senaman itu ye)  dan menyusukan baby (kalau yang ada baby lah). Itu je. ringkaskan tapi kalau tak biasa mungkin o...

Breast pump yang bermasalah

Apabila breast pump bermasalah, maka terganggulah sikit kuantiti susu yang dihasilkan. Mana tak nya, selalu pam serentak kedua-dua belah, tetiba pula kena buat satu satu, tak ke stress dak hanie, selalunya 15-20 minit dah siap ni nak kene tunggu hampir 40 minit. ayakkkk...  Banyak kedai dah dirayau di Melaka ni untuk dapatkan spare part breast pump ni, tapi tak jumpa, kene order online lah jawapnya ni. Ada ke yang alami masalah nak cari getah ni ye. Brand spactra 3 lah.  Moga Allah beri saya kesempatan masa untuk online cari getah putih ini sebab rasanya sekarang terlalu sibuk untuk survey2. Amin.  Di harap lepas tukar getah putih, pump ini boleh beroperasi seperti biasa, janganlah benda lain yang gosak. 

Tips mengatasi anak susah tidur awal di waktu malam

Di petang yang sejuk beku dengan angin ekon yang sepoi-sepoi bahasa ini, terajin pula harini untuk berkongsi tips untuk mengatasi masalah yang sering dihadapai oleh ibu bapa masa kini iaitu susah untuk anak-anak tidur awal diwaktu malam.  Kesukaran ini juga pernah saya hadapi ketika Abg haq berumur setahun lebih. Sangat susah untuk Abg Haq tidur awal. Ada kalanya saya tidur pukul 10 malam, Abg Haq akan tidur pukul 12 malam. Tapi alhamdulillah masalah itu dapat diatasi malah beliau akan tidur biasanya seawal 9.30 malam.  Antara tips untuk atasi masalah anak susah tidur awal ini adalah : 1. Kenali punca Mengapa susah tidur? Perkara paling biasa adalah kerana anak-anak melakukan aktiviti kegemaran mereka sehingga melekakan dan tiada rasa mengantuk. Penyelesaiannya menyuruh mereka sambung aktiviti kegemaran mereka keesokkan hari. 2. Masuk ke tempat tidur lebih awal.  Kalau nak anak tidur pukul 10. Pukul 9.30 dah boleh ajak anak ke tempat tidur. Biar mereka ...