Skip to main content

Posts

Showing posts from April 6, 2014

Puri lobak untuk si kecil

Masa hari pertama buatkan makanan pejal (solid food) untuk ilman, saya telah merebus beras selama 4 jam kononnya tak perlulah nak blender dan buat stok untuk 4 hari, jadi keesokkan harinya saya keluarkan dari freezer dan masuk ke chiller, lagi sejam waktu ilman makan saya dah keluarkan dan 15 minit sebelum bagi makanan pejal pada ilman saya dah rendam dalam air panas. Tapi bila tiba je nak suap, terasa bukan macam bubur tapi rasa hampas. Alahai spoil betul la. tak tau la pula kalau bubur rebus terlampau lama akan jadi hampas cenggitu. Jadi tiadalah makanan pejal untuk ilman pada hari keduanya. Tapi bila saya makan mangga saya suapkan airnya kat ilman sebab die tengok warna mangga tu terbelik-belik matanya macam nak makan. Teruk lah mama ni, nasib ilman tak sakit perut.  Hari ketiga untuk makanan pejal (solid food) ilman tu saya telah menyediakan puri lobak. Yeehhh nampaknya ilman suka dengan warna lobak yang keorenan itu. Dan ilman lebih suka lobak dari bubur nasi. Mungkin sebab ...

Makanan pejal yang pertama untuk ilman

Semalam adalah hari pertama saya menyediakan makanan pejal (solid food) untuk baby ilman yang lagi 7 hari nak masuk umur 6 bulan. Mulakan awal sikit ye. Alhamdulillah saya sangat-sangat lah bersyukur kerana dapat menyusukan ilman secara exclusive dengan susu ibu.. yeehhh hanie, anda berjaya. Sebenarnya saya telah lama diasak oleh orang disekeliling saya untuk berikan ilman nestum la, bubur la seawal umurnya 3 bulan, nampak tak berapa lama saya bertahan. Mereka kata ilman tak cukup susu la lapar la blablabla. emmm.. kalau nak ikut logik takkan la ilman yang bam bam tembam tu tak cukup susu, tengok je la saiz badan dia. huhuhu.. ok la, abis cerita full stop. Untuk makluman, masa anak sulung saya bagi abg haq nestum je, huhuhuhu.. bila dah besar sikir baru bagi makan bubur dan biskut. Jadi memang saya pening sikit, puaslah berwasap dengan kawan-kawan, siap google cara buat puri lobak la, puri kentang lah, akhirnya saya buat bubur kosong je dulu. Tapi saya tak blender s...