Entry untuk keputihan di kalangan wanita atau gadis telahpun di tulis sebelum ini. Kalau nak baca klik sini ye. klik klik klik." Masalah keputihan dikalangan wanita". Tetapi harini kite nak fokuskan keputihan yang dialami wanita ketika hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Kerana itulah wanita hamil sering mengalami keputihan. Antara tips untuk mengatasi keputihan ketika hamil antaranya adalah :- Kurangkan pengambilan makanan yang manis. Banyakka...