Assalammualaikum Harini kite dah 37 minggu, macam biasa cek up setiap hari rabu. Setelah mengecek bagai, jumpa la misi, 'Ibu sihat? 'Banyakkan makanan seimbang' 'Sekiranya ada tanda nak bersalin cepat-cepat ke hospital' 'Ambil vitamin setiap hari' uit.. berat badan kite turun ..aisyyy compius.. tak lama lagi ke ni.. Bagi ibu yang pertama kali melahirkan pastinya pelbagai perasaan di dalam hati, rasa gembira sebab nak sambut orang baru tapi seram sebab tak tau macam mana sakitnya. Kite ni anak yang kedua pun tak tentu arah rasa, gembira, seram pun ada tapi alhamdulillah pengalaman menjadikan kite lebih tenang. Masa anak sulung kelahiran berlaku pada 38 minggu. Apakah tanda-tanda kelahiran yang saya alami? 1. Keluar lendir cair yang banyak tidak berwarna tiada bau, jadi kebetulan hari yang keluar lendir tu misi datang melawat rumah, dia suruh ke hospital, waktu tu pagi lagi. Bila sampai hospital dah cek doktor kata bukan air ket...