Skip to main content

Posts

Showing posts from January 12, 2014

Cerita susu ibu : Tanggapan orang mengenai ibu menyusu

Tak tau la apa ye tanggapan orang melihat saya bergondoh-gandah bawa barang-barang utk pam susu badan tiap-tiap hari, tangan kiri kanan pegang barang, bahu pulak sangkut beg tangan sebelah lagi sangkut beg isi susu ibu. Entah la saya pun tak paham dengan perasaan sendiri, kenapa saya malu lalu depan orang bawa barang-barang untuk pam susu tersebut. Rasa macam orang pandang kita lain je. Alahai..malu nya.. Selalunya saya akan pergi ke opis tumb print dulu. Pastu kalau dah tiba nak pam baru la saya pergi ambil dalam kereta. Masa tu dah tak ramai orang, jadi tak da lah saya malu nak hangkut barang-barang tu. Ya allah berilah aku kekuatan untuk mengatasi perasaan ini sesungguhnya apa yang engkau berikan itu adalah yang terbaik untuk aku.. Saya cekalkan hati, mungkin ini permulaan je.  Mungkin sebab ini kat opis tu nisbah lelaki dengan perempuan 2:10(P/L).. Jadi kita tak biasa tengok keadaan gondoh gandah tu kan.hihihi.. Saya selalu mengharap minta-minta jangan ada ora...

Cabaran berpantang dan membesarkan anak

Terbaca coretan hati seorang kawan blogger saya, beliau seorang ibu yang menyusu badan sepenuhnya, duduk di luar negara, bersalin secara czer, suami sibuk dengan kerja dan kesukarannya untuk bergerak, nak kencing sakit dipundi kencing dan berpantang sendiri, tiada yang menguruskannya, anak sulung pula tu... Masyaallah Subhanaallah, alhamdulillah, allahuakbar.... tetiba je timbul rasa keinsafan dalam diri saya, ya Allah, betapa aku bersyukur kepada mu ya allah ya rahman ya rahim. Allah menguji sahabaat saya sebegitu, beliau seringkali menangis malam hari tika bangun melihat anak menangis mahukan susu ibu, bergenang juga air mata membacanya tetapi hati beliau sangat cekal, sehingga kini masih menyusu badan sepenuhnya kerana beliau percaya dan yakin pemberian allah itu adalah yang terbaik untuk anaknya, cabaran itu adalah pengalaman indah buat seorang ibu yang bersusah payah untuk anaknya. Saya seorang ibu yang menyusu badan yang berpantang dalam keadaan yang senang, emak saya menatang...