Skip to main content

Posts

Showing posts from August 16, 2015

#Cabaran31hari, Cedera ringan akibat bermain bola

Assalammualaikum dan selamat malam. Bersiaran dari atas katil jam 11:21 malam sambil menjaga anak yang cedera ringan tapi membuatkan mama risau. Masa saya dalam perjalanan pulang ke rumah, pengasuh talifon memberi tahu kepala anak saya berdarah akibat botol kaca jatuh atas kepalanya. Suaranya seakan cemas tapi dia kata ada luka sikit. Walaupun sikit bila dengar botol kaca memang lah risau. Saya tak bertanya banyak, saya cuma kata 'ok kak saya dah nak dekat sampai'. Apabila tiba je kat rumah pengasuh, nampak abg haq ceria je, alhamdulillah, lega hati saya. Al-kisah rupanya-rupanya Abg Haq bermain dekat beranda rumah, ada beberapa botol hiasan yang diletakkan tinggi atas rak, bola melantun ke arah itu, lalu botol kaca jatuh atas kepala Abg Haq, botol tu tak pecah tapi kepalanya yang berdarah. walaupun koyak lebih kurang setengah inci tapi luka tu dalam. Kepalanya terkena bucu botol kaca empat segi.  Apa yang merisaukan mama, pengasuh dah letak ubat gamat pada luka...

Hernia Dikalangan Kanak-Kanak

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Harini saya nak berkongsi sedikit mengenai hernia dikalangan kanak-kanak. Kenapa hernia ye? sebab anak saya bakal menjalani pembedahan untuk menutup bukaan kecil yang menyebabkan air atau usus nya terkeluar lalu jelas kelihatan pada telur (testis).  Pada raya cina tahun 2015 iaitu awal tahun haritu, telurnya besar sebelah, mula-mula takda risau sangat tapi lama kelamaan ianya semakin membesar. Beliau kerap pegang sebab rasa tak selesa tapi bila mama tanya sakit atau tak? beliau kata tidak sakit. Bila telurnya besar sebelah, telur yang sebelah lagi semakin kecil dan menghilang. Kami mencuba rawatan alternatif iaitu pergi berurut, keesokkan harinya ianya makin teruk, telurnya menjadi merah dan sakit. Dengan segera saya membawanya ke hospital. Doktor kata bahagian telur jangan diurut kerana takut mendatangkan bahaya. Kami diminta rujuk kepada pakar di Hospital Melaka. Akhirnya doktor memberi penerangan sama seperti penerangan...

Betul ke PetPet direka semula dengan keselesaan tambahan?

Assalammualaikum Saya adalah pengguna lampin pakai buang PetPet sejak anak sulung dan sekarang anak kedua saya yang berumur 1 tahun 10 bulan juga masih menggunakan PetPet. Sejak harga lampin pakai buang itu dari harga RM29.50 masa anak sulung iaitu tahun 2011 naik hingga ke RM34.50 pada tahun 2015(after GST) saya masih menggunakan lampin pakai buang PetPet kerana keselesaan anak saya dimana lampin tersebut tebal dan pengudaraan yang bagus. Anak saya jarang kene ruam apabila memakai lampin pakai buang Petpet. Dari segi harga PetPet yang semakin mahal, bagi saya keselesaan anak saya lebih penting. tapi......???? Tapi kenapa saya rasa PetPet mengecewakan saya? Bagi mereka yang biasa menggunakan lampin pakai buang PetPet pasti mereka akan setuju dengan saya. Lampin terbaru ini nipis, memang berbeza dengan PetPet yang lama. Ianya mudah renyok, apa ye istilah yang sesuai digunakan.. emmm.. dilema pula.. apa-apa pun, dengan slogan "PetPet direka semula dengan keselesaan tambaha...

Rahsia Wanita Turun 20kg Selepas Bersalin

Assalammualaikum dan selamat petang. Topik 'kurus' dipilih pada petang ini kerana saya rasa berat badan saya telah naik sikit. Alhamdulillah mengikut seperti yang direncanakan. Saya nak gemuk sikit dari berat asal 46kg. Sangat kurus bagi saya yang ada 2 anak ni. Kalau capai 50kg tu dah sedap dipandang lah mengikut perkiraan saya. Berbalik kepada rahsia nak turun berat badan. Saya nak kongsi rahsia saya, mudah je nak turun berkilo-kilo. Kacang putih je, cewah berlagak pula kan. Antaranya caranya adalah : 1. Kurangkan makan fast food. 2. Masak dirumah supaya mudah untuk mengagak garam, minyak dan sebagainya. 3. Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. 4. Jauhi air berkarbonat. 5. Minum lebih air putih. 6. Bersenam ringkas. Belanja gambar sekeping Sebenarnya banyak lagi, tapi kekurangan masa nak tulis ni. Apa kata kita tengok video wanita ini. Bagaimana beliau boleh turun 20kg selepas bersalin? Adakah sebab berat anak yang dikandung itu dah takda atau s...