Masalah ibu yang sering diasak oleh pengasuh anak untuk memberi bayi makanan pejal seawal 3 bulan. Katanya anak tidak puas minum susu dan asyik meragam dan kurang tidur. Saya pasti tentunya ramai ibu menyusu lebih-lebih lagi yang menyusu badan diluar sana. Apatah lagi pengasuh itu lebih tua daripada kita. Mereka merasakan mereka itu betul dan sememangnya tradisi mereka dari dulu semasa membesarkan anak mereka sehingga terbawa-bawa apabila menjaga anak kita. Saya pasti ramai ibu muda yang mengalaminya. Begitu juga dengan seorang kenalan saya. Begini cerita beliau. Saya mula menghantar bayi ke rumah pengasuh ketika berusia 2 bulan 3 minggu. Dan selepas sebulan pengasuh telah meminta saya untuk membeli nestum, katanya anak tidur kejap-kejap mungkin sebab lapar. Bila saya cakap susu tak cukup ke saya boleh ke nak tambah susu..pengasuh tu kata susu cukup tak perlu tambah tapi bayi saya lapar. Tapi saya bagi alasan nanti saya tanya emak saya dulu. Sampai sekarang saya belum bagi jaw...