Assalammualaikum dan selamat pagi, bersiaran diwaktu 5.30 pagi harini dan dalam keadaan tengah kepedasan makan meggi kari. Tertanya-tanya pula sejak bila meggi kari ni pedas bebenau ye. Nampak sangat dah lama tak makan meggi kari ni. Harini hari kedua saya puasa 6 dan di harapkan sempat lah nak menghabiskannya sebab bulan syawal dah tak lama je lagi. InsyaAllah sempat. Menu sahur harini adalah 3 biji kurma, secawan ESP, dan semangkuk meggi kari. Hajat di hati untuk makan kurma dan minum ESP sahaja tetapi bila terrrpandang meggi ni macam sedap je kan, so kita buat je lah. Sebenarnya tak membantu pun makan meggi ni, so sila jangan tiru aksi makan meggi ni ye. Sila lah tiru menu makan kurma dan minum ESP, memang sangat-sangat bangus. Makan kurma semasa sahur adalah sunnah rasulullah s.a.w. ianya penuh khasiat dan memberi tenaga kepada kita. Jom kita baca sikit apa kata en.google tentang kurma dari blog akuinginsukses Nilai Nutrisi dari Kurma Kurma merupakan sum...