Skip to main content

Posts

Showing posts from November 9, 2014

Alkisah Abg Haq Elergik Ubat

Hari yang sangat mencemaskan hati saya. Ambil dari rumah pengasuh mulut Abg Haq agak tebal dan muka memang macam sembap je. Kenapa kepelikkan ini berlaku? Bawah telinga Abg Haq membengkak, bawa ke klinik malam itu juga, rupanya tonsil membengkak walaupun tak demam, jadi salur yang berkaitan dengan tonsil pun turut membengkak. Doktor bekalkan antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat untuk dihisap seperti gula-gula. Saya bertanya kepada doktor, "perlu ke bagi antibiotik ni" doktor kata " memang perlu memandangkan kuman telah merebak ke tonsil dan salurnya" Sebelum tidur Abg Haq makan antibiotik, apabila bangun pagi, bengkak tersebut makin besar dan Abg Haq mengadu sakit. Saya berikan lagi antibiotik dan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan pukul 7 pagi. Tak lama selepas itu, jari Abg Haq bengkak, memang besar kata pengasuh. Tengahari bengkak tu kembali surut. Pukul 3 petang makan antibiotik dan ubat tahan sakit, tak lama kemudian bibir pula bengkak. Tak terdetik pu...