Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Harini 24 ramadhan 1442h, cuaca sejuk sebab hujan dan redup je. Lama tak menulis dalam blog ni. nama blog ni pun saya dah tukar daripada rujukvitaminku kepada emyilhamie. Nama blog ini ditukar adalah kerana dulu blog ini diwujudkan sebab saya mula berjinak-jinak dalam menjual vitamin Shaklee. Namun beberapa tahun kebelakangan ni saya beli untuk makan sendiri dan tidak lagi berjual. bila diimbas kembali coretan diblog ni ada 440 posting telah saya buat bermula 2014 hingga 2018. Gigihnya saya ketika itu, kagum seketika dengan diri sendiri. Banyak posting yang saya buat terpaksa saya kembalikan kepada draft dan tidak publish atas sebab-sebab tertentu. Kini keterujaan saya beralih kepada you tube pula. Alahai teruja pulak nak cerita, semalam you tube saya dengan nama emyilhamie telah berjaya mencapai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh you tube iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Alhamdulillah, syukur sangat akhirny...