Skip to main content

Posts

Showing posts from December 28, 2014

Abg haq sekolah di Tadika Kemas, Melaka

Percaturan Maha Esa cukup indah. Muhammad Haq Uqasha akan mula bersekolah seawal usia 3 tahun 4 bulan . Berita yang mama terima lewat pukul 11 malam (30/12/2014) dengan mesej berbunyi sukacita dimaklumkan blablabala... Alhamdulillah. Ramai yang mohon, abg haq yang dapat.. Syarat wajib masuk ke tadika kemas adalah pandai menguruskan diri sendiri contohnya makan sendiri, ke tandas dan cebok sendiri. Itu mama tak risau, memang abg haq pandai buat sendiri. Tapi yang mama risaukan abg haq berebut kale/pensil, abg haq kalau mood tak baik, pantang orang usik barang pasti dia mengamok dan menjerit. Mama harap-harap abg haq cepat menyesuaikan diri di Tadika Kemas tu. Bukan sahaja untuk belajar A B C tetapi juga untuk belajar mengawal emosi, tingkah laku dan akhlak yang baik.  Perasaan saya amat gembira sekali, abg haq pun teruja nak ke sekolah. Bila suruh tulis buku selalu kata, abg haq nak sekolah kene tulis buku, nanti cikgu nak tengok. Padahal tika tu usianya 2 tahun. Sekejap je masa...