Assalammualaikum dan selamat hari raya.. cewah.. masih dalam mood raya lagi ke. Ya allah, berkurun aku tak update blog.. eh ye ke.. Apalah dak hanie ni, ni kan blog untuk vitamin-vitamin shaklee, kenapa pula ada termasuk gambar bercuti ke Pulau Tioman pula ni.. hehehehe.. Jawapannya sebab saya takda blog personal untuk saya abadikan gambar-gambar ini, jadi saya pun dengan suka hati mengupload lah gambar bercuti ke Pulau Tioman saya disini. Rasa best sangat dengan aktiviti snorkeling di Pulau Tioman ni, dapat tengok banyak ikan dan isi-isi bumi di dalamnya. Alangkah indah ciptaan Allah, terasa tenang berasa di tengah lautan. Aisyyyy.. memang teruja lah.. best sungguh. Tempat : Pulau Tioman Tarikh : 31 Julai 2014 Kos perbelanjaan 3 hari 2 malam lebih kurang 4 ribu untuk 10 dewasa dan 2 kanak-kanak Kalau nak pergi dinasihatkan tengok ramalan cuaca terlebih dahulu ye sebab masa kami nak balik, angin serta ombak kuat pun...