Skip to main content

Posts

Showing posts from June 29, 2014

Makanan terbaik untuk kanak-kanak yang berpuasa

Makanan memberi kita tenaga sepanjang hari. Oleh itu, makanan yang hendak diberikan kepada kanak-kanak yang berpuasa haruslah dititik beratkan bagi membolehkan kanak-kanak itu melakukan aktiviti harian mereka. Walaubagaimanapun kita boleh melatih anak mengikut kemampuan mereka. Jom ikuti sedikit coretan mengenai makanan terbaik bagi si manja anda.  - Makanan seimbang Makanan seimbang yang lengkap  dapat memberikan tenaga kepada si kecil yang berpuasa. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu ditambah dalam setiap hidangan untuk melengkapkan khasiat dan memberi tenaga kepada mereka yang berpuasa. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar bagi memastikan mereka mendapat khasiat sepenuhnya untuk keperluan badan mereka sepanjang berpuasa. - Makanan berserat Pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia membuatkan anda lambat lapar. Ia juga baik untuk penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makan...

Petua buang lendir untuk kanak-kanak dengan daun ketumbit

Petua buang lendir ni bukan sahaja boleh digunakan kepada kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh. Al-kisah ilman kene asma dan nafasnya berbunyi. Dah masuk sepital 3 hari pun masih ada bunyi, lendir/kahak tu tak reti nak buang. Tapi alhamdulillah dekat paru-paru nya dah tak da lagi, tu yang doktor benarkan balik rumah. Jadi cara alternatifnya adalah menggunakan petua yang menggunakan daun ketumbit ini selain turut makan ubat yang dibekalkan oleh pihak sepital.  Cara menggunakan daun ketumbit ni adalah petik 5, 6 helai daun, basuh bersih dan ambil sedikit kapur makan, gesek ditapak tangan dan akhirnya akan keluar lendir maka kita sapu didada dan belakang badan. Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas lagi ye...   Ada sesiapa yang tak kenal daun ketumbit, ini lah dia, rupanya macam rumput ditepi-tepi rumah yang menyemakkan tapi banyak khasiat tu.   Sekian sahaja entry kali ni, sebenarnya entry kali ini sangat lah menguji kesabaran seb...