Adakah perkara ini biasa terjadi kepada anda? Pada kite, Tak biasa, sebab kite mengalami keadan ini pertama kalinya ketika mengandung anak sulung, rasa pelik sebab tak tau, apakah yang terjadi kepada kakiku, asal ni? asal ni? Simpul biawak atau tarik mengkarung yang terjadi pada kite pada pertama kalinya berlaku dalam masa 3 minit dan kemudian pulih seperti biasa, peritnya hanya allah je yang tahu, hampir menitiskan air mata apabila terasa seperti urat ditarik tegang dah macam nak tercabut kakiku. Semasa mengandung anak sulung, tarik mengkarung mula berlaku apabila dah masuk trimester kedua dan ianya berlaku berkali-kali sehingga bersalin, kalau salah mengeliat waktu bangun pagi, siap la kau, mengucap dan berselawat panjang la menahan sakit. Sejak tu jarang-jarang nak mengeliat, dan bersalin pun takut dah nak mengeliat. Selepas melahirkan, tarik mengkarung ni terus hilang, tak da kene lagi. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari, ingatkan hilang ter...