Skip to main content

Posts

Showing posts from November 2, 2014

Ilman batuk berlarutan sembuh dengan madu dan omega

Ilman sudah mula makan omega guard shaklee a.k.a minyak ikan. Tahap kesihatan Ilman adalah lebih baik daripada Abg Haq jadi saya rasa tiada keperluan lagi untuk memberikan ilman vitamin seperti Abg Haq. Tetapi apabila ilman batuk berlarutan, kadang-kadang sampai termuntah, kadang-kadang sampai merah mukanya, keras perutnya, ubat batuk dah banyak makan tapi tak hilang juga, mak pun bising sebab dah hampir dua botol ubat batuk saya berikan. Nak kata saya give up dengan ubat batuk pun iye juga, apabila ubat batuk botol kedua habis, saya tak beli lagi, saya terus berhenti sebab bimbang banyak sangat ubat batuk yang diambil akan memudaratkan ilman kemudian hari. Apabila berhenti saya gantikan dengan madu dan saya selang selikan dengan bagi omega kepada ilman. Batuknya beransur hilang dan 4 hari terus tak batuk lagi. Ya Allah, Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah.      Sejak dari itu, madu dan omega menjadi supplement kepada ilman. Madu saya beri...

Si manja Ilman berusia setahun sebulan

Ini lah Muhammad Ilman Ziqri bin Mohd Fairuz, Ilman dah nak masuk usia setahun sebulan bulan. Ilman masih lagi bertatih. Setakat malam tadi, dalam 10 tapak pastu tumbang. Alhamdulillah lah, tapi nampak gaya dirinya belum dapat merasai keseimbangan untuk berjalan. Si manja ilman, tak suka kalau orang kata 'tatih, tatih' dia pasti duduk kembali. Jadi saya bangunkan dia dan suruh dia kejar abg Haq, senyum -senyum simpul dia menapak pergi mendapatkan abangnya itu. Abg haq pun ketawe terkekek-kekek bila adik mengejarnya. Suka Abg Haq sebab ada kawan bermain.   Perwatakan ilman agak manja berbanding Abg haq, mungkin sebab dia 'adik'. Walaupun begitu, sifat tak beralah dan suka berebut mainan sama juga seperti kanak-kanak lain. Saya sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan saya dalam menjaga mereka berdua seorang diri kerana suami bekerja jauh. Setelah pulang dari rumah pengasuh, biasanya saya akan memberi mereka makan, lepastu bermain-main hingga penat. ...