Saya selalu rasa kesian pada mereka-mereka yang tak makan pedas, al-maklumlah lidah orang melayu kan, suka yang agak pedas sedikit, tapi kami memang hantu pedas, kalau makan makanan yang tak pedas mesti makan ciput je. Alkisah bagaimana saya mengajar si manja Ilman, anak kedua saya yang kini berusia 1 tahun 3 bulan untuk makan pedas. Melentur buluh biarlah dari rebung nya, bukan untuk membentuk akhlak sahaja tapi unuk lidah juga (untuk merasa). Anak sulung saya tak makan pedas, pantang warna merah dia dah seriau, tu belum tahu makanan tu pedas ke tak. Jadi saya mulakan proses ini kepada ilman kerana saya belajar dari pengalaman, anak tak makan pedas ni cukup memilih makanan. Antara tips untuk ajar anak makan pedas adalah: 1. Mulakan dari usia 8 bulan dan ke atas. Memang hati seorang ibu akan rasa macam 'eh, tak sakit perut ke anak aku nanti' atau 'ala, takut kene cirit birit nanti' . Apabila hendak mengajar anak makan pedas dalam usia awal sebegini m...