Skip to main content

Makanan terbaik untuk kanak-kanak yang berpuasa

Makanan memberi kita tenaga sepanjang hari. Oleh itu, makanan yang hendak diberikan kepada kanak-kanak yang berpuasa haruslah dititik beratkan bagi membolehkan kanak-kanak itu melakukan aktiviti harian mereka. Walaubagaimanapun kita boleh melatih anak mengikut kemampuan mereka. Jom ikuti sedikit coretan mengenai makanan terbaik bagi si manja anda. 

- Makanan seimbang
Makanan seimbang yang lengkap  dapat memberikan tenaga kepada si kecil yang berpuasa. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu ditambah dalam setiap hidangan untuk melengkapkan khasiat dan memberi tenaga kepada mereka yang berpuasa. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar bagi memastikan mereka mendapat khasiat sepenuhnya untuk keperluan badan mereka sepanjang berpuasa.

- Makanan berserat
Pengambilan serat ketika berpuasa sangat penting kerana ia membuatkan anda lambat lapar. Ia juga baik untuk penghadaman. Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan kekacang menggalakkan penyerapan zat daripada makanan ke dalam tubuh. Manakala, serat tidak larut di dalam bijirin dan sayur-sayuran pula  memastikan salur pencernaan bebas daripada sebarang halangan. Serat jenis ini turut menyerap air yang dapat membantu anak anda cepat kenyang. Yang penting pastikan menu makanan mereka adalah makanan kaya serat ketika berbuka dan bersahur.

- Protein dan kalsium
Daging, ikan, ayam, kekacang, susu atau produk tenusu adalah sumber protein penting untuk tumbesaran anak anda sekali gus merupakan sumber untuk protein dan kalsium yang dapat membantu mereka mendapat khasiat dan tenaga secukupnya ketika berpuasa. Berikan susu ketika sahur dan hidangkan ayam goreng kegemaran mereka ketika berbuka pasti merka cukup bertenaga sepanjang hari-hari berpuasa.



- Karbohidrat
Nasi adalah makanan ruji yang tinggi karbohidrat. Ia dapat memberi tenaga kepada si kecil anda yang berpuasa. Namun jika mereka tidak gemar makan nasi, gantikan dengan makanan jenis yang sama berdasarkan piramid makanan seperti mi, mihun, pasta, roti dan bijirin.

- Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi. Ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi  sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya. Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mngandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.

- Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan  dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.

Sumber : pama

Anda juga boleh memberikan memilih milk shake untuk dicampur dalam minuman untuk anak anda supaya anak mendapat nutrisi yang lengkap walaupun di bulan puasa. Mealshake adalah multivitamin berperisa vanilla.. hebat.. terasa seperti makan aiskrim pula ye.. 



Comments

Popular posts from this blog

Gaji dari you tube tahun 2023

Alhamdulillah, kali ketiga dapat gaji dari you tube iaitu 100 dolar bersamaan RM444.00. Sesungguhnya diri ini yang malas pun masih dapat gaji dari google.  Semoga ini menjadi pembangkit semangat untuk bangkit semula.  Betul la kata pujangga, untuk mencapai sesuatu itu mudah tapi untuk mengekalkannya itu perlu istiqomah dan kekentalan..huhuhu.  

Rutin ibu bekerjaya, 5 tips masak dengan cepat, sediakan lauk untuk seminggu

Alhamdulillah, terbuka hati nak masak semula ketika hari bekerja, sebelum ni adalah sebaliknya, hihihi, selalu beli je tapi rasanya Ilman dah jadi budak baik, InsyaAllah tak kacau mama. Harap-harapnya begitulah.  Ada kala nya kita dengar "tak fresh la kalau beli lauk siap seminggu terus" tapi bagi saya, tak kisahlah asalkan saya dapat masak sendiri makanan untuk dimakan di rumah, Sampai bila nak guna alasan lauk tak fresh, so kalau beli makanan kat kedai tu fresh sangat lah. Memang tak sempatlah nak ke pasar setiap hari, ini je lah yang saya mampu buat.   Dengan sengaja saya ambil gambar dibawah sekadar perkongsian bersama bagi ibu-ibu yang bekerjaya, semoga tips ni mampu memudahkan para ibu-ibu semua. Oklah, jom teruskan dengan tips masak dengan cepat. 1. Pastikan bawang dah siap kopek, dan lagi bagus kalau siap-siap blender/tumbuk. Saya suka asingkan bawang besar dan bawang putih.      2. Siang dan basuh bersih bahan mentah (ikan, ayam at...

Kronologi Menjadi You Tuber Dan Pengalaman ber Google Adsense

Alkisah 29 Jun 2021 Alhamdulillah, semalam no pin yang pihak Google AdSense pos ke rumah berjaya sampai walaupun lewat.  Sekadar berkongsi perjalanan sebagai orang baru dalam you tube, bukanlah satu perkara yang mudah tapi istikomah itu penting.  Kronologinya seperti ini 😅 **30 Oct 2020 Mengupload satu video membuat kek yang diedit berhari-hari al maklumlah sebelum ni tak pandai nak edit mengedit.  Masa ni proses nak rakam tu berposak-posak, tapi boleh layan lagi la, brape banyak kali cut... Buttttt nak edit, ya Allah macam nak give up. Tuhan jek tau. Hati kene kental, (baru nak berak baru nak korek lubang)(time ni ler nak blajau edit) emosi agak terganggu sebab kita tak tahu teknik dan waktu yang betul. (Sebetulnya kene tunggu semua orang tido baru boleh edit sebab nak rekod suara)  **5 May 2021 Setelah bertukung lumus bersilat di dapur akhirnya berjaya mencapai 1k subscriber dan 4k tontonan. Alhamdulillah syukur sesangat. Kalau nak tau bila kita dah capai target n...